tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 20 April 2009

UMNO PAS:HAJI HADI PUN SAMA CAKAP BELIT BELIT KEJAP NAK KEJAP TAKNAK

Hadi gugur syor dibentuk kerajaan perpadu

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik cadangannya yang diutarakan dua bulan lalu agar Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan perpaduan.

Dalam temu bual dengan Harakah edisi pertama minggu ini, Hadi berkata, beliau menggugurkan syor tersebut atas alasan Umno tidak berani.

"Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu Unity Government tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya.

"Saya yakin dan percaya pada satu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik," kata beliau.

Hadi menambah, "apabila masa tenang balik, dia (Umno) fikir balik, apabila keadaan munasabah."

Katanya, kerajaan perpaduan bertujuan membuangkan orang yang bermasalah dalam negara.

"Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri," katanya lagi.

Hadi memberitahu, syor kerajaan perpaduan yang dikemukakan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat kerajaan perpaduan dan mungkin dia bimbang kerana akan ada orang dia dibicarakan di mahkamah, maka ia terhenti," katanya lagi.

Pandangan Hadi agar diwujudkan kerajaan perpaduan juga pernah ditentang oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Syor kerajaan perpaduan yang dicetuskan Hadi baru-baru ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu pendekatan 'politik damai' bagi mengelak kemelut politik berpanjangan yang merugikan negara dan menjejaskan keamanan.

Nik Abdul Aziz menolak cadangan itu yang disifatkannya membelakangkan kehendak akar umbi yang diputuskan dalam Muktamar Tahunan Pas pada Jun tahun lalu di Ipoh dengan pendirian menolak kerjasama dengan Umno.

Malah Nik Abdul Aziz menegaskan cadangan seumpama itu sewajarnya dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat agung khas dan beliau akan akur sekiranya diputuskan bersama.

2 ulasan:

  1. tapi still xleh lawan si diktator nye belit....
    lg pun, sape nk bergabung ngan parti yg seludup ecstasy...ooopppssss...!!

    BalasPadam
  2. Salam kamal..

    Hj Hadi nak kan ujudnya kerajaan perpaduan krn ianya tuntutan agama. Ianya bertujuan merapatkan semula org2 Islam. Tp bila ditegur oleh Tuan Guru agar kembali kpd perjanjian asal penubuhan PR. Hj hadi kena ikut pandangan ahli2 juga.

    Sementara Tuan Guru plak, walaupun perjanjian dg org2 kafir sekali pun, mengikut sirah Nabi semasa Perjanjian Mekah dulu (perjanjian dgn Org Quraish), org Islam kena patuh juga pada Perjanjian.

    So, ada pelbagai pandangan yg ulama2 nak pikirkan juga. So, pada aku Hj Hadi tak berbelit, cuma kau aja suka putar belit..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger