tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 26 April 2009

UMNO PAS:PEMBANGKANG TERUS MANIPULASI BARISAN PENTADBIRAN BN

Nampaknya pakatan pembangkang semakin tak senang duduk apatah lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama dengan barisan kepimpinan telah pun memulakan tugas dengan langkah penuh yakin membawa perubahan demi kesinambungan kemajuan Negara.

Terbukti bahawa pembaharuan yang diperkatakan bukan hanya sekadar cakap kosong atau untuk menarik perhatian masyarakat seperti mana yang dipropagandakan oleh pembangkang, sebaliknya tindakan menjadi penentu apatah lagi dengan pelaksanaan dasar dan langkah yang diambil termasuklah tindakan Datuk Seri Najib dan pemimpin-pemimpin lain turun padang secara mengejut.

Kesederhanaan yang ditunjukkan oleh pemimpin tertinggi tersebut sememangnya menutup mulut pelbagai pihak yang mengkritik kepimpinan UMNO/BN sebagai kononnya berstatus mewah sedangkan Perdana Menteri mengadakan lawatan tanpa ada sebarang sambutan, apatah lagi bunyi kompang atau bunga manggar yang mengiringi.

Datuk Seri Najib menunjukkan keprihatinan bersama rakyat apabila sanggup merasai sendiri kesesakan di Ibu Kota, berjalan di kawasan siar kaki dalam panas matahari, menaiki kenderaan awam dan meninjau kawasan yang sering menjadi tumpuan masyarakat.

Persolannya, adakah tindakan sedemikian sekadar hanya untuk menarik golongan pengundi sepertimana yang diperkatakan oleh pembangkang?

Dalam hal ini, parti-parti pembangkang khususnya PAS, PKR dan DAP cuba menimbulkan spekulasi dengan mengada-adakan cerita kononnya apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin lain adalah gimik semata-mata.

Sebaliknya, yang mahu bertindak mencipta gimik selama ini adalah pakatan campuran sendiri yang jelas sudah seakan cacing kepanasan, cuba mencipta pelbagai spekulasi bersandarkan kepada apa yang berlaku dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana mereka takut dengan keampuhan barisan pemimpin yang ada apatah lagi bersandarkan kepada pakej atas wibawa dan kebertanggungjawaban untuk membawa kemajuan dan pembangunan dalam Negara.

Sebabnya, sebelum ini parti-parti pembangkang berpaut atas kelemahan dalam kerajaan untuk mengaut keuntungan peribadi tanpa memikirkan kesejahteraan masyarakat. Dalam ayat yang lebih mudah, mereka mencipta populariti atas kelemahan yang ada dalam UMNO/BN.

Pucuk pimpinan dan barisan kabinet serta pemimpin-pemimpin UMNO/BN telah memulakan tugas berlandaskan kepada perancangan yang telah dibuat tanpa mempedulikan gelagat pihak pembangkang yang masih terus-terusan sibuk dengan permainan politik sahaja.

Lantas, terbukti sememangnya kepimpinan dalam Kerajaan tidak mahu melayan kerenah-kerenah sedemikian yang secara tidak langsung hanya akan membantutkan pembangunan dengan pemikiran sempit tanpa memikirkan masa hadapan yang semakin mencabar.

Sesungguhnya, ini bukanlah perkara baru. Sebelum peralihan kuasa lagi, mereka telah cuba melontarkan fitnah dan tohmahan agar perancangan yang dibuat untuk peralihan tampuk kepimpinan tidak berjalan dengan lancar.

Bukan itu sahaja, mereka juga sengaja menyebarkan cerita palsu bebentuk serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin lain dengan harapan agar masayarakat akan percaya dan Datuk Seri Najib ditolak. Malangnya, mereka tidak berjaya.

Namun demikian, mereka terus sahaja mewujudkan spekulasi walaupun telah nyata bahawa barisan kepimpinan kabinet dan dalam parti telah dibentuk dengan jayanya untuk menggempur kembali masyarakat yang selama ini menjadi mangsa dalam permainan politik pakatan campuran.

Lebih teruk lagi, permainan politik pembangkang ini turut mengaitkan pelbagai agenda dan kekecohan yang berlaku ekoran daripada ketaksuban dan ketamakan kuasa pembangkang dengan kononnya ekoran daripada suara rakyat.

Sedangkan rasionalnya, rakyat tidak pernah mahu menjadi alat apatah lagi menjadi mangsa dalam kepompong politik sempit yang tidak memikirkan jangka masa panjang.

3 ulasan:

  1. penunggu gunung tunggalAhad, 26 April, 2009

    paku dulang paku serpih.
    mengata orang kamu yang lebih, kamal.

    tiada artikel kamu yang mengkritik umno dan bn dari dalam, semuanya menyerang pembangkang.

    ini berbeza dengan laman pro-pembangkang, mereka aku lihat turut mengkritik kepimpinan mereka sendiri jika ada yang tak betul. bukan hanya membodek dan mengampu pucuk pimpinan parti masing2 sahaja. itulah keluhuran dan ketelusan. dan kerana itulah aku beri penghormatan pada mereka.

    orang malaysia bukannya bodoh seperti yang kamu sangka. aku nak tunggu, bila kamu berani tegur pucuk pimpinan kamu. sedangkan kelemahan dan kesilapan mereka jelas dari sehari ke sehari. kamu pun tahu..

    berkata benarlah walau ianya pahit.

    wassalam.

    BalasPadam
  2. alah....pm yg dulu pun naik lrt jugak....

    tak settle2 pun masalah.....

    BalasPadam
  3. Paklah dulu pun pernah naik LRT. Masih tak terasa perubahan. Harap-harap perubahan tu bukan cakap kosong atau retorik je seperti kebiasaan.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH