tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 20 April 2009

UMNO PERCAYA PERLETAKAN JAWATAN FAIRUS MEMANG SUDAH DIRANCANG

Sejak dari awal lagi isu perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin semacam ada yang tak kena. Mula kata tak akan letak selapas itu bukan setakat jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1), Fairus akhirnya turut letak jawatan ADUN Penanti.

PKR nampaknya bermati-matian cuba mempertahankan bahawa perletakan jawatan Fairus adalah keputusan peribadinya tetapi dariapda cakap-cakap orang yang rapat dengan PKR, perletakan jawatan itu sebenarnya ‘dirancang’.

Jika tidak masakan soal pengagnti sehingga sekarang masih tidak dapat diselesaikan.

Malah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng semacam sudah hilang sabar apabila secara terbuka lahirkan kekecewaannya dengan sikap PKR yang lambat menamakan penggantinya walaupun pada masa yang sama beliau memahami ‘kemelut’ politik dalaman PKR dan sedia memberikan masa kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari penyelesaian terlebih dahulu.

Ekoran kenyataan terbuka Lim baru-baru ini, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim hari Isnin tampil membidas Lim kerana menggunakan media melahirkan rasa tidak puashatinya terhadap PKR dan Anwar.

"Sebagai parti yang bergabung di bawah satu pakatan, mengapa beliau tidak boleh berbincang sendiri dengan Anwar atau saya berhubung isu mencari calon pengganti Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan Adun Penanti.

Mengapa suka sangat meluahkan perasaan kepada media? Apakah kita sudah tidak ada saluran untuk berbincang mengenai perbezaan pendapat yang timbul?," katanya.

Lim dilaporkan sebagai berkata, beliau kecewa dengan perkembangan isu peletakan jawatan TKM1 dan ADUN Penanti itu kerana hanya mengetahui mengenainya melalui media.

Malah beliau tidak senang dengan isu yang berlaku kerana sebelum ini Mohammad Fairus dan Anwar pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin itu tidak akan meletak jawatan sebagai Adun Penanti.

Menurut Zaharin, sikap Lim yang sering menuding kepada Anwar kononnya pemimpin itu tahu semua dan merancang mengenai tindakan Mohammad Fairus itu amat tidak disenanginya kerana ia jelas menunjukkan bahawa Lim tidak menghormati perasaan rakan kongsinya di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Kita bukan hendak membelakangkan dia tetapi kita sedang menyelesaikan perkara yang berlaku di dalam parti berikutan keputusan peribadi yang dibuat oleh Mohammad Fairus untuk melepaskan semua jawatannya. Mengapa perlu tergesa-gesa dalam soal ini," katanya.

Katanya, penentuan calon pengganti TKM1 dan Adun Penanti adalah hak PKR dan Lim tidak perlu mencampuri urusan parti itu.

"Memang benar selaku Ketua Menteri, beliau mempunyai kata muktamad, tapi sekurang-kurangnya bagi peluang kita menentukan apa yang kita mahu dan dia perlu mendengar dahulu apa yang kita usulkan. Jangan sewenang-wenangnya mahu masuk campur urusan parti kita," ujar beliau.

Beliau turut mengungkit beberapa keputusan Lim dan kerajaan negeri terutama dalam soal perlantikan bagi jawatan dalam agensi atau badan berkanun kerajaan negeri selama ini yang tidak pernah dirujuk kepada PKR.

"Kalau dia nak ungkit, saya pun boleh ungkit…dia tidak pernah merujuk pendapat PKR atau saya sebagai pengerusi negeri mengenai pelantikan Datuk Lee Kah Choon di InvestPenang dan beberapa jawatan lain,” jelasnya.

9 ulasan:

  1. pendedahan kaitan anwar,PKR & CIA . Namun walau pun telah banyak kali pendedahan telah di buat,penyokong totok PR masih in denial ,menolak dan mengatakan fitnah.

    Orang Penanti,harus sedar ini lah kelakuan pimpinan agung PR yang harus di tolak,bersekongkol dengan Yahudi CIA,mengadai bangsa & negara.Apa perlunya mendapat bantuan daripada Singapura? ini bukan yang pertama,malah pertemuan sebelum PRU12 turut berlaku di Pulau Pinang,dengan sejumlah besar wang di salurkan oleh CIA & Singapura.

    BalasPadam
  2. sudah2 la tu laga2 kan Pakatan Rakyat..
    after all, manusia hanye merancang tp Allah yg menentukan...
    sehebat mana pun manusia merancang, kalau Allah taknak, takkan jadi jugak...

    BalasPadam
  3. ORANG PKR NI HATI NYA DAH DI TUTUP DEK ANWAR PASAL TU LA MEREKA NI TAK NAMPAK APA TUJUAN ANWAR SEBENARNYA...SAYA SETUJU DENGAN PENDAPAT R.A.M

    BalasPadam
  4. Salam kamal..
    Aku masih hormat kau kamal,

    PKR tak rancang utk perletakkan jawatan Fairus. Dlm PKR ni, ahli2 dia org tak suka sekiranya ada sesuatu kesalahan yg ADUN2 mereka buat. Jika mereka terjumpa bukti, mereka akan belasah isu tersebut cukup2 spt 2 org kat Perak dan si Fairus ni...

    BalasPadam
  5. SALAM KELANA...YANG SEBENARNYA ANWAR YANG PUTAR BELIT...DIA NI KAN PUTAR BELIT...APA YANG TAK DIBELIT OLEH ANWAR....LU PIKIR LA SNDIRI

    BalasPadam
  6. kahkahkah....woit r.a.m;

    ko ni buta sejarah la...sape kah yg melobi jack abramov utk jumpe presiden US..?? ko ni biar btol...baru balik dari kutub utara ke smpai x igt sejarah...

    yg sbnar korg jeles anwar hebat di mana2 seluruh dunia...Pee M kita sape nak layan kat luar negara...? gosip je penuh..hahaha...

    kelana, btol ko ckp...kite nak sebuah kerajaan yg bersih..x mcm kerajaan skarang...!

    BalasPadam
  7. Salam kamal...
    Ttg Anwar tu, dia tak pernah belit aku, tp pemimpin UMNO yg lain lidah dia selalu putarbelitkan aku. Cuma aku harap, kau jgn ler belitkan aku lak...

    BalasPadam
  8. salam kelana...ANWAR SEMEMANGNYA PEMBELIT RAKYAT



    Menjelang 19 September tahun lalu sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim bikin gimik nak tawan Putrajaya menerusi pintu belakang berbagai desas desus timbul mengenai nama-nama sebilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang dikatakan telah ditemui secara sulit oleh Ketua Pembangkang itu.Namun belum ada seorang pun dikalangan mereka yang tampil untuk membuat pendedahan mengenai modus operandi Anwar dalam usaha memujuk mereka menyertai apa yang dikenali sebagai ‘Pelan 16 September’ yang tak menjadi itu.Petang Ahad 16 April,Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi,Ahli Parlimen Batu Pahat yang baru ini memenangi pemilihan jawatan Majlis Tertinggi UMNO menceritakan bagaimana Anwar berusaha memujuknya termasuk mendakwa empat Sultan termasuk Yang Dipertuan Agong menyokongnya.Dr Puad menceritakannya pada kira-kira 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan sekitar Hulu Kelang yang hadir dalam perjumpaan sembang petang di Kelab Darul Ehsan,dekat Kuala Lumpur.Katanya beliau mulanya dihubungi menerusi telefon oleh contactman Anwar yakni Dr Rahim Ghaus.Dr Rahim diketahui adalah orang kanan Anwar yang kini menetap di Melbourne,Australia tapi sering berulang alik ke Malaysia.Bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini melarikan diri ke luar negara semasa kemuncak reformasi 1998 dan kini berkhidmat dengan sebuah cawangan bank Timur Tengah di bandaraya itu.Pendedahan Dr Puad di majlis itu ditulis oleh Datuk Fuad Hassan,bekas ahli Dewan Undangan Negeri BN Hulu Kelang dalam laman blognya dialamat: http://www.dakwat-kertas.blogspot.com/
    Berikut ialah tulis penuh Datuk Puad dibawah tajuk “Rahsia godaan Anwar”
    Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani surat untuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong.

    Demikian didedahkan oleh ahli parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang.

    Menurut Dr. Puad, beliau telah menerima panggilan telepon daripada rakan Anwar Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Ghaus, seorang ahli perniagaan pada 20 September jam 2 pagi tahun lalu yang menyatakan beliau ingin berjumpa dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.

    Dr. Puad bersetuju berjumpa dengan Dr. Abd Rahim yang kemudiannya yang merayu dan menunjukkan surat yang ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong bagi mendapatkan persetujuan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah hilang sokongan.

    Untuk meyakinkan lagi, Dr. Abdul Rahim telah menelepon Anwar Ibrahim untuk bercakap dan meyakinkan beliau. Menurut Dr. Puad, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa “ Pak Lah is no longer in command..”

    Beliau merayu agar Dr. Puad menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada Barisan Nasional. Anwar berjanji akan merahsiakan tandatangan beliau. Ia hanyalah untuk tatapan SPB Yang Di Pertuan Agong, tambahnya lagi.

    “I need more Malay MPs like you ”, tambah Anwar lagi. “ And we already have enough numbers to form new government ,” kata Anwar cuba meyakinkan lagi.

    Anwar cuba meyakinkan Dr. Puad dengan menyatakan bahawa empat Sultan telah menyatakan sokongan, termasuk SPB Yang Di Pertuan Agong.

    Dr. Puad secara fizikalnya terketar-ketar. Beliau hanya baru beberapa bulan menjadi ahli parlimen tiba-tiba menerima ujian yang begini besar. Menurutnya, beliau terketar-ketar kerana takut terpengaruh dan lantas tanpa sedar menandatangani surat tersebut, jelasnya lagi.

    Beliau cuba menguatkan pendirian dengan bertanya Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu. Ini kerana beliau bimbang Pakatan Rakyat tidak lagi menjuarai kepentingan bangsa Melayu dan Islam lantaran ingin menjaga perasaan DAP dan pengundi Cina.

    Menurut Dr. Puad, Anwar menyatakan kepadanya kepentingan bangsa Melayu akan dijaga dan beliau pernah menegur Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana kes tanah di Selangor.

    Tetapi Kata Dr. Puad, banyak kes di Parlimen seperti serangan terhadap menghalang Murtad / keluar Islam yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Bukit Mertajam dari DAP tidakpun dipertahankan oleh ahli-ahli parlimen PAS mahupun PKR. Hanya pemimpin UMNO yang berbuat demikian. Apa yang diharapkan kepada mereka untuk berbuat demikian, tegasnya lagi.

    “UMNO yang telah menggubal perlembagaan yang membuat ketetapan dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar di mahkamah sivil,” tambah Dr. Puad dengan bersemangat.

    Berbalik kepada perbualan telepon Anwar-Dr.Puad, lantaran debaran yang demikian kuat, Dr. Puad meminta tempoh kepada Anwar untuk beliau menunaikan solat istiqarah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah swt.

    Beliau menyampaikan berita tersebut kepada isterinya untuk berbuat demikian dan melakukan solat istiqarah mendapatkan restu Allah. Keesokannya beliau menerima telepon lagi daripada Dr. Rahim Ghaus.

    Dr. Puad menjawab bahawa setelah beliau melakukan istiqarah, beliau telah mendapat mimpi yang menyatakan, “Kalau saya sign surat persetujuan tersebut bermakna saya telah menjual negara..”, kata Puad disambut dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin yang hadir.

    “Kalau saya sign , saya akan dihalau oleh Sultan dari negeri Johor yang merupakan tempat UMNO dinobatkan”, tegas beliau lagi.

    “Saya memegang jawatan ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk bangsa dan agama dan saya berharap saya akan istiqamah dengan perjuangan ini,” tambah Dr. Puad mengakhiri ucapannya dengan soalan-soalan yang bertalu-talu dari hadirin.

    Anwar mengenali Dr. Puad kerana beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik pada tahun 80 an dahulu. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada prinsip perjuangan agama dan bangsa. Pendekatannya sudah tentu berbeda dengan ahli-ahli parlimen yang lain.

    Umum mengetahui bagaimana Anwar telah mengarahkan wakil-wakil rakyat PKR berkejaran ke Taiwan untuk memujuk ahli parlimen BN menandatangai surat persetujuan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke 6 pada 16 September 2008 yang lalu.

    Dengan kehendak Allah, Perak yang jatuh ke tangan Barisan Nasional.

    Hampir 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan Hulu Kelang hadir dalam perjumpaan tersebut.

    BalasPadam
  9. Salam kamal.

    Terima kasih atas maklumat kau ni.

    Aku baca 2 -3 kali nak memahami apa yg kau tulis sbb panjang sgt. Aku rasa lepas aku baca ni pun, kena baca lg.. nak cari apa yg diputarbelitkan oleh Anwar. Tp yg aku jumpa hasrat Anwar nak memerintah negara adalah. Adakah kau ckp yg Anwar dah jumpa 4 sultan tu adalah semata-mata bole dikatakan putar belit?? Kau ada bukti?? Atau kau nak membelitkan aku??

    Hasrat Anwar nak memerintah negara dgn memujuk MP BN tu, kau anggap putar belit ke?? Masa aku belajar Bahasa Melayu dulu, guru aku tak pun cakap mcm tu. Kesimpulannya, ianya usaha Anwar ler dgn cita2nya.

    K/kala kalau nak berhujah dgn kau ni, kena hati2 sikit putar belit kau ni. Tp aku suka sbb kita ni berlainan pendapat dan kena bijak menangkis hujah-hujah mcm ni.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger