tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 23 April 2009

UMNO PAS:DALAM ISTANA NIZAR DIAM SERIBU BAHASA LUAR ISTANA NIZAR BERKOKOK SIANG MALAM

Semasa Nizar hadir ke majlis istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar tempoh hari Nizar menganggap diri nya sudah diampunkan oleh Sultan bila Sultan menjemputnya keIstana untuk menghadiri ulang tahun Baginda.Dalam Istana juga Nizar kelu untuk berkata kata.

Tapi bila Nizar berada diluar Istana Nizar berkokok semula dengan tetap berkeras mahu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Nizar berkata, pembubaran DUN merupakan jalan penyelesaian terbaik ke arah mencapai kestabilan politik di negeri ini.Beliau berkata, mengikut amalan demokrasi raja berperlembagaan, Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri.

Nampak gaya nya Nizar tidak mengambil ikhtibar dari apa yang Baginda titah tempohari ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Apakah Nizar memekakan telinga semasa mendengar titah Baginda tempohari.Apakah Nizar tidak memahami maksud titah Baginda yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Dari sini lah Umno memahami hasrat Baginda dengan lantas dan cepat Zambry menyahut titah Baginda dengan membuka pintu yang UMNO sedia bekerjasama dengan Pas dan parti-parti pembangkang lain dalam usaha mewujudkan kestabilan politik di negeri ini.Umno sebagai parti pemerintah terasa terpanggil dengan titah Baginda dengan menolak ketepi iedeologi politik semata mata ingin melihat Perak terus maju demi kemajuan rakyat perak sendiri.

Tapi Nizar merasakan dirinya sahaja yang layak dan berkuasa dengan menolak segala ingatan Baginda hanya disebabkan oleh ketamakan untuk berkuasa.Apakah tiada langsung tolak ansur antara sesama ugama dan sesama bangsa.

Dari pemahaman dangkal kita dapat lah kita rungkaikan yang Nizar tidak mahu langsung menerima nasihat Baginda Sultan kerana Nizar beranggapan dialah yang berkuasa dan mengheret sekali lagi rakyat dalam konflik dengan Istana.

Seharusnya Nizar menyambut baik apa yang telah Zambry usahakan agar perbalahan politik ini dapat diselesaikan segera dan tumpuan pada pembangunan negeri dapat di teruskan.Inilah harapan Umno agar kemelut ini akan cepat berakhir.Tapi bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan terjadi dan seharusnya ada usaha juga dari pihak Pas dan Nizar sendiri agar Baginda Sultan akan gembira atas apa yang Baginda titahkan mendapat respon dari rakyat Baginda.

Inilah harapan Umno agar Pas sedia menerima pelawaan agar rakyat Perak terus terbela.Pada Nizar cubalah hayati titah Baginda Sultan .Bagi saya apa yang di Titah oleh Sultan amat mudah untuk difahami dan saya merasakan PAS terutama Nizar ,perlulah akur dan menerima segala kenyataan apa yang sudah diputuskan oleh Sultan dalam kemelut perlantikan MB Perak.

Tegas baginda, dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.

Jelas Sultan Azlan Shah, baginda sendiri dari semasa ke semasa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahu pun tertutup berkaitan perkara-perkara yang tergelincir daripada dasar dan garis perundangan.

Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa individu atau yang berpunca daripada kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.

Barang dijauhkan Allah, bangsa menghadapi nasib malang ‘menang sorak kampung tergadai’, akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri.Apakah PAS atau Nizar tidak dapat memahami apa yang tersurat dalam pemikiran Baginda Sultan.Tapi ,PAS dan Nizar tidak mahu memahami hasrat tuanku Sultan kerana bagi PAS kuasa adalah segalanya walaupun orang melayu menjadi mangsanya.

Pada saya PAS mahu pun Nizar tidah mahu belajar dari sejarah yag mana negara ini hancur dek sifat irihati dan sombong.Pada saya PAS iri hati dengan kejayaan Umno selama ini dan sombong bila mendapat kuasa tanpa mahu mendengar nasihat dari orang orang melayu apatah mahu mendengar nasihat dan teguran Sultan.Pada Nizar jangan lah jadi juara berkokok kerana selagi Nizar berkokok Nizar sebenarnya MENELANJANGI SELURUH INSTITUSI RAJA RAJA MELAYU.

SILA BACA SINI BAGAIMANA NIZAR UGUT DAN HASUT UNTUK TUMBANGKAN INSTITUSI RAJA.

BACA JUGA DISINI NIZAR SANGAT KURANG AJAR

BACA JUGA PENASIHAT UMNO JAWAB ISU MB PERAK

AKHIR SEKALI MARILAH KITA BERDOA AGAR NIZAR JANGAN LAH BERKOKOK TERLALU LAMA KERANA TERLALU LAMA BERKOKOK RAKYAT AKAN TERASA KEBISINGAN NYA.JADI FAHAMILAH HASRAT BAGINDA DAN RAKYAT.

RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI....

4 ulasan:

  1. UMNO berkokok lah hiduup Malayu..melayu happpraaak

    BalasPadam
  2. woi kamal..apa yang ko mengarut ni..yang kat terengganu tu apa kes? tak abis2 cakap mengarut..tutuplah blog karut ni..pembohong!!nizar tak pernah menderhaka tapi ko yang sokong UMNO penderhaka..dahlah buang masa layan ko ni..

    BalasPadam
  3. Duduk kat perak dulu baru hang akan tahu siapa yang lebih baik baik.................. 11 bulan berlalu ...... apa pun tak buat...... semua yang berlaku UMNO dah rancang berpuluh tahun dahulu..... PAS DAP dah bankrap isu..... Tunggu PRU 13..... BN pasti bangkit

    BalasPadam
  4. kahkahkahkah. apanama

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH