tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 22 April 2009

PAS DAN PKR BERTINDAKLAH DENGAN AKAL

Pas dan sekutunya PKR dan DAP harus dipersalahkan atas kemelut yang melanda diPerak yang mengheret Institusi Raja Raja melayu.Perkara sebegini boleh dielakan sekiranya Nizar mengambil langkah bijak dengan menerima titah Sultan dan redha akan ketentuan ILLAHI.Sebaliknya Nizar mengheret rakyat dalam ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan sultan dengan memberi ruang pada penyokong PAS untuk mengadakan demonstrasi dalam menunjukan bantahan .Boleh diandaikan yang Nizar telah berkerat rotan dengan Istana dengan membawa rakan rakan nya terutama sekali DAP melalui pengerusinya Karpal Singh untuk menyaman Sultan sebagai memprotes tindakan Sultan.

Sempena dengan Istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah Baginda telah menghantar mesej yang cukup jelas .Baginda tidak senang dengan sikap sesetengah parti politik yang sanggup menggunakan apa sahaja peluang atau matlamat menghalalkan cara demi mencapai kepentingan peribadi.

Sikap membisu Baginda dalam berdepan politik di Perak selama ini tidak bermaksud Baginda bersetuju atau merelakan apa sahaja yang berlaku.Hakikatnya ,itu adalah sikap yang didorong kerana Raja dan Takhta sebenarnya berada diatas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat secara terbuka dengan memberi jawapan dan penerangan menangkis segala tohmahan yang dilemparkan .

Malangnya kesempatan ini digunakan oleh PAS,DAP dan PKR tanpa mengambil kira perasaan Baginda sebagai Raja memerintah.Pemerintah yang bertangungjawab perlu memastikan setiap rakyat yang dinaungi sentiasa dilindungi kesejehteraan mereka tanpa mengira bangsa dan agama.

Tindakan menghasut untuk mencetuskan huru hara dan mencemar institusi Raja dengan menyemai rasa benci rakyat jelas kearah menyalakan api dalam sekam .Jika tidak diatasi dengan segera ,bukan sahaja akan meruntuhkan negara malah menghapuskan sama sekali institusi raja yang menjadi tonggak rakyat selama ini.

Atas nama keadilan apa sahaja yang dilakukan cuba diyakinkan sebagai benar ,walaupun ia membawa lebih banyak kehancuran pada negara dan bangsa pada masa depan.Kalau semua pihak terutama Pas dan Pkr memikirkan soal kesejahteraan rakyat seperti mana dihasratkan Baginda Sultan,tindakan yang diluar batasan dengan berbaring ditengah jalan untuk menunjukan rasa tidak puas hati tidak akan berlaku andainya Pas tidak terlalu mengikut emosi dalam perkara perlantikan MB Perak.

Seharusnya Pas memahami sikap membisu Baginda yang mahu betindak adil dan enggan mengunakan kuasa yang ada dengan sewenang wenang nya.Mungkin dengan kehadiran sebahagian pemimpin pembangkang ke hari ulangtahun Baginda dapat memahami keadaan dan juga adalah masa yang terbaik pada PAs dan sekutunya disedarkan tentang peranan masing masing.Peringatan harus diberikan pada pembangkang kerana tafsiran peranan Raja Berpelembagaan yang dianggap bahawa Raja hanya merupakan lambang tanpa ada sebarang kuasa harus diperbetulkan segera.

Adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa peranan seorang raja pemerintah sama seperti seorang presiden ,terbatas semata mata kepada apa yang tersurat.Secara tidak langsung apa yang ditegaskan Baginda ,menjawab setiap tindak tanduk pihak pihak yang sering membelakangkan peranan Raja pemerintah dinegeri Perak.

Kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka kini telah kehilangan kuasa mungkin mendorong pakatan pembangkang sanggup melakukan apa saja demi untuk mempertahankan kuasa yang telah dinyatakan tadi bahawa Baginda Sultan lah yang mempunyai kuasa untuk melantik MB yang dianggap telah menerima sokongan ahli ahli dewan .

Tindakan Speaker Perak yang merasakan dirinya lebih kebal daripada undang undang juga mengundang seribu persoalan .Beliau juga mempersoalkan perkenan Sultan untuk mengadakan sidang Dun pada 7 mei ini terang terang menunjukan sikap kurang ajar beliau pada Raja Perak.Apakah kuasa speaker lebih besar dari kuasa Sultan dalam ruang lingkupnya.

Keadaan menjadi bertambah sukar apabila sentimen perkauman turut dikaitkan dalam hal mahu mendapatkan sokongan dan kuasa semata mata.Negara akan mencapai usia 52 tahun dan usia ini masih terlalu muda untuk kita menghadapi kehancuran angkara mereka yang tidak mahu menghormati kedaulatan undang undang.Pada pembangkang jangan lah hancurkan negara yang sudah dibangunkan oleh Umno selama ini hanya kerana ingin membalas dendam pada BN kerana rakyat tahu siapa yang selama ini berjuang untuk agama bangsa dan negara.

Memetik kata kata Raja muda (Jangan terlalu cepat membuang pelita kerana riang melihatkan fajar akan menyinsing kerana hari siang juga akan berakhir :jangan nanti bila malam mendakap senja ,warga dan bangsa akan hidup teraba raba ,hilang haluan kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita)

Kepada kumpulan yang menentang Institusi Diraja ingatlah bahawa Raja pemerintah bukan daripada kalangan insan yang buta penglihatan ,pekak pendengaran dan bisu pertuturan,bahkan segala yang berlaku dalam negara adalah dalam ruang penglihatan ,pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.

MAKA WAJARLAH PAS DAP DAN PKR BERTINDAK DENGAN AKAL DAN BUKAN MENGIKUT NAFSU SYAITAN.

RENUNG RENUNGKAN LAH...LU PIKIR LA SENDIRI

2 ulasan:

  1. BN pula kenapa tidak bertindak dengan bijak bubarkan DUN PERAK kembalikan kuasa pada RAKYAT.Biar rakyak yang menentukan masa depan negeri PERAK bukan BN semoga kekalutan ini tidak berpanjangan,SETUJU?.

    BalasPadam
  2. salam...insyallah umno akan bubarkan dun...tapi bukan la sekarang...cukup tempoh akan sampai juga ..sabar je tunggu

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger