tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 20 April 2009

UMNO BN MESTI TEGUH HADAPI MUSLIHAT PKR DI PENANTI

APA muslihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila membenarkan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan, kira-kira sembilan hari selepas mengosongkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang?

Adakah ia bagi memilih calon yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu untuk mengisi kekosongan tempat Mohammad Fairus adalah orang yang benar-benar layak menduduki jawatan nombor dua dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang?

Atau, ia hanya satu muslihat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) memandangkan Pakatan Rakyat sudah memenangi empat daripada lima pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum lalu, sekali gus boleh dijadikan senjata kepada mereka untuk terus mengelirukan orang ramai kononnya sokongan rakyat terus berpihak kepada mereka.

Mungkinkah ini juga membuktikan parti itu sedang dilanda masalah dalaman yang sudah tidak boleh ditutup lagi?

Jika meneliti kepada kenyataan Anwar kira-kira seminggu lalu, dengan tegas beliau menyatakan kerusi DUN Penanti tidak akan dikosongkan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13, tetapi perkara sebaliknya berlaku. Kenapa Anwar berbohong dengan pengundi DUN Penanti, yang juga memilihnya ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada Ogos tahun lalu.

Penanti adalah satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh. Dua lagi ialah Seberang Jaya yang diwakili Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas).

Pembohongan itu menunjukkan bukan saja Anwar tidak ikhlas dan jujur kepada penduduk Penanti khususnya pengundi, malah membuktikan PKR menghadapi masalah dalaman yang besar sehingga menyebabkan pemimpin utamanya tidak boleh membuat keputusan dengan tepat.

Masalah dalaman itu bertepatan dengan kenyataan pertama Mohammad Fairus sebaik beliau menghantar surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bulan lalu, dengan mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi politik.

Bagi Fairus ada pihak tertentu dalam PKR mahu menjatuhkannya dengan melakukan pelbagai perkara sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan yang baru setahun dipegangnya. Biarpun Anwar dan juga Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, menafikannya tetapi Mohammad Fairus tetap mempertahankannya.

Malah, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mengakui Anwar menghadapi tekanan politik apabila gagal menyerahkan nama calon untuk dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I selepas tempoh yang diberikan berakhir Rabu lalu.

"Walaupun saya kecewa dengan kelewatan (Anwar serah nama calon), saya memahami sepenuhnya bahawa beliau menghadapi pelbagai tekanan politik untuk mencadangkan nama untuk dilantik ke jawatan itu," kata Guan Eng ketika mengulas kegagalan Anwar menyerah nama calon pengganti Mohammad Fairus.

Melihat kepada senario itu, jelas PKR sedang berdepan masalah dalaman yang benar-benar menekan Anwar sehingga membawa kepada pengosongan kerusi DUN Penanti.

Hakikat parti itu dilanda masalah dalaman diakui Timbalan Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian.

"Baru-baru ini, Anwar kata tidak ada pilihan raya kecil DUN Penanti, tetapi kini ada pula. Ini menunjukkan parti itu sedang menghadapi masalah dalaman," katanya yang berpandangan keputusan Mohammad Fairus mengosongkan kerusi itu menepati etika serta jujur bagi membersihkan dirinya yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Walau apa juga alasan PKR untuk menghalalkan pilihan raya kecil itu, kini senarai calon Timbalan Ketua Menteri I terbuka berbanding sebelum ini yang terhad kepada Adun Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim dan Adun Sungai Bakap, Maktar Shapee.

Dengan perkembangan terbaru ini, mungkin Abdul Malik yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Agama serta Maktar boleh 'melupakan' hasrat (jika ada niat) untuk menjawat jawatan itu.

Kalau benar Anwar mahukan seorang daripada mereka untuk menggantikan Mohammad Fairus, sudah tentu pilihan raya kecil Penanti tidak perlu diadakan.

Pemerhati politik berpendapat Anwar tidak bersedia untuk mencalonkan kedua-dua wakil rakyat itu kerana mahu seseorang yang lebih 'kuat' untuk menduduki jawatan itu, sekali gus tidak menjadi 'pak turut' kepada kerajaan negeri pimpinan DAP.

"Wakil PKR yang menduduki kerusi itu perlu seorang yang boleh menyanggah apa juga dasar dan pentadbiran yang dilihat meminggirkan kepentingan Melayu, bukannya menerima bulat-bulat apa yang diputuskan," kata seorang pemerhati politik.

Kini, dua calon yang disebut-sebut untuk bertanding ialah Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru dan Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman. Dr Mansor pernah menjadi pensyarah USM sebelum dilantik sebagai Setiausaha Politik Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Kedua-duanya dilihat lebih berupaya untuk mengisi kekosongan tempat Mohammad Fairus. Dan, sudah tentu PKR akan mencanangkan sesiapa yang bertanding bagi DUN Penanti, bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I, sekali gus dapat memancing undi.

Strategi itu juga digunakan ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau, Kedah, baru-baru iaitu calon PKR bakal dilantik sebagai Exco kerajaan Kedah dan terbukti berjaya membantu calon parti itu menang.

"PKR sememangnya akan mencanangkan kepada penduduk bahawa calon yang bertanding itu akan menduduki jawatan itu dan ini dapat dijadikan modal kempen," kata Dr Sivamurugan.

Kini, terserah kepada BN khususnya Umno untuk berdepan siapa saja calon PKR yang bakal bertanding kerusi DUN Penanti bagi merampas semula kerusi itu selepas Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, gagal mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum lalu.

Apa juga alasan oleh PKR yang sehingga memaksa pilihan raya kecil diadakan, BN perlu menang dalam persaingan kali ini. Ini kerana pilihan raya ini akan dilihat sebagai ujian pertama kepada barisan Kabinet Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun kejayaan atau kekalahan pada pilihan raya kecil DUN Penanti bukan menjadi kayu ukur sebenar penerimaan atau penolakan rakyat terhadap kerajaan, kegagalan akan mengundang persepsi dan implikasi yang amat besar.

Penulis ialah Ketua Biro Berita Harian, Pulau Pinang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH