tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 19 April 2009

PERGELUTAN DALAM KEPIMPINAN PAS

PAS akan mengadakan pemilihan partinya yang dijangka diadakan pada Jun ini. Sebagai sebuah parti politik yang mengamalkan demokrasi maka ia juga tidak akan terlepas dalam perebutan jawatan.

Mungkin bagi pemimpin dan penyokong Pas, mereka tidak suka kepada istilah perebutan kerana kononnya istilah berkenaan lebih sesuai digunakan dalam UMNO. Bagi Pas, mereka adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan segalanya kalau boleh mahu ditentukan melalui muzakarah, asalkan ia tidak melibatkan UMNO.

Itulah pegangan awal Pas suatu ketika dulu, sehingga memungkinkan jarang sekali kita melihat ada pertandingan bagi jawatan tertinggi. Tetapi hari demi hari, konsep muzakarah dalam Pas semakin terhakis.

Lanjutan itu berlakulah pertandingan bagi jawatan tertinggi, terbaru tersebarnya khabar kedudukan Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden Pas akan dicabar oleh Naib Presiden, Datuk Husam Musa.

Sebenarnya, ura-ura bahawa Husam akan bertanding jawatan kedua dalam parti itu bukanlah perkara baru, malah ia sudah kedengaran sejak awal tahun lagi, cuma Husam sendiri tidak pernah mengiya atau menafikannya. Namun begitu sudah ada khabar bahawa banyak negeri akan memberi sokongan kepada Husam.

Jika trend itu berterusan, kedudukan Nasharudin yang dilihat seorang pemimpin yang begitu disenangi oleh banyak pihak di luar Pas akan tergugat. Nasharudin sebelum ini dilihat pemimpin masa depan Pas, malah ketika beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden, Nasharudin dikatakan akan mampu membawa Pas menjadi sebuah parti yang diterima oleh semua peringkat masyarakat.

Mungkin ahli-ahli Pas merasakan parti itu sudah diterima oleh masyarakat justeru ‘khidmat’ Nasharudin tidak diperlukan lagi, apatah lagi beliau dilihat antara pemimpin yang bersedia bermuzakarah dengan UMNO. Tindakan itu dilihat tidak menyenangkan sesetengah ahli Pas, biarpun apa yang dilakukan adalah demi kebaikan umat Melayu dan Islam.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, kedudukan Mohamad Sabu dan Datuk Azizan Abdul Razak dijangka turut dicabar. Berbanding Azizan, kedudukan Mohamad Sabu lebih tidak selamat. Ini kerana Azizan sudah berjaya membuktikan sumbangannya apabila menawan Kedah.

Malah sikap Azizan yang bersikap terbuka dalam kepimpinan di Kedah telah memungkinkan timbulnya tafsiran bahawa Pas akan terus memerintah negeri itu. Azizan diterima oleh semua kelompok masyarakat kerana sikap rendah dirinya.

Bagaimanapun kehadiran Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub yang akan melepaskan jawatan itu dan dijangka bertanding jawatan Naib Presiden akan menghangatkan ‘pergelutan’ dalam Pas. Ini kerana Salahuddin dilihat sebagai seorang pemimpin yang cukup berjaya mengemudi Dewan Pemuda Pas. Di bawah kepimpinan beliau, Pas berjaya menarik sokongan generasi muda.

Tidak kisah siapa juga yang bertanding tetapi yang pasti Pas tidak mampu menyembunyikan fakta dan hakikat sebenar. Selepas timbulnya isu kewujudan puak ulama dan Erdogan - iaitu puak yang berat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini wujud pula istilah baru antara puak pro-muzakarah dengan Erdogan. Sebelum ini Pas juga pernah dibelenggu dengan isu ulama konservatif dan ulama liberal

Tidak kisahlah apa pun istilahnya apa yang pasti Pas adalah sebuah parti politik, justeru ia tidak akan terlepas daripada politiking bagi merebut kuasa dan kedudukan. Kalau Pas menganggap mereka mempunyai sikap muzakarah yang tinggi sudah pasti semua jawatan tidak akan dipertandingkan sebaliknya diberikan secara percuma kepada mereka yang difikirkan layak. Tetapi itu tidak akan mungkin berlaku kerana sejak pilihan raya umum lalu, pemimpin-pemimpin Pas merasakan parti itu sudah cukup kuat. Selain Kelantan, mereka juga memerintah Kedah dan buat seketika ‘menumpangkan’ salah seorang pemimpinnya menjadi Menteri Besar di Perak.

1 ulasan:

  1. Abg kamal kena removekan hit counter yg ada gambar bendera bergerak gerak tu... yg ada today 173 onlie 2... hit counter tu x boleh pakai... di buat blog abg kamal di blog di IE... atau pun abg kamal col saya 0122714898

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH