Nampak gaya nya Pas tak mahu langsung mengambil ikhtibar dan ingatan atas apa yang di Titah oleh Baginda Sultan Perak.Baginda menasihatkan agar kesemua parti politik yang berbeza fahaman mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.Apakah Pas tidak dapat menangkap apa yang tersirat dalam titah Baginda tersebut.Atau apa kah Pas ingin menunjukan pada Sultan yang mereka mendapat mandat dari rakyat berikutan kemenangan Nizar di parlimen Bukit Gantang.
Nampak gayanya makin dinasihat Pas makin menjadi besar kepala bila menolak segala nasihat dan titah Sultan.Pas dengan lantang mahu Dun dibubarkan untuk mengadakan pru negeri.Apakah Pas tidak sabar untuk menunggu pada pru 13 nanti.Pas seharusnya sabar menunggu kerana sabar itu adalah separuh dari Iman.
Baginda juga menasihati parti politik agar dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.
Apakah nasihat Baginda ini ibarat mencurah air kedaun keladi sahaja pada Pas.Pas bongkak kerana bagi mereka ,Mereka sahaja yang betul dan kata kata mereka sahaja yang harus didengari oleh orang lain.Yang didengari oleh Pas adalah kata kata Nga dari Dap yang Pas anggap lebih mulia dan betul.Yang lain Pas anggap hampeh saja.
Begitu juga dengan lelongan kereta Camry .Nizar mendakwa satu kerugian kerana menjual balik kereta berkenaan .Sedangkan kerajaan BN ingin menggunakan proton perdana iaitu sebagai satu langkah yang bijak disamping menggunakan kereta pengeluaran sendiri kita juga mempromosi proton sebagai sebuah kereta yang baik untuk rakyat malaysia.
Pada Pas dan rakan and the gang....seharusnya Pas dan rakan rakannya supaya dapat memahami isi hati titah Baginda agar rakyat menikmati kehidupan yang selesa.
RENUNG RENUNG KAN LA..........LU PIKIR LA SENDIRI
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex
-
* Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex *
Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan
dollar per hari) terdiri d...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA