Seorang kawan kata dia cukup tertarik membaca satu berita di Harakahdaily Isnin yang bertajuk ‘ Bukan Islam bertakbir, kejayaan dakwah PAS’ . Berita itu memetik Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammad Omar begitu bangga beritahu makin ramai masrayakat bukan Islam bertakbir masa ceramah PAS.

"Kini bukan Islam pun sudah mula bertakbir, walaupun bacaannya tidak berapa betul namun mereka sudah positif dengan kalimah ini, Alhamdulillah ia satu kejayaan (dakwah) PAS,” katanya.

Aduh mak …itu yang jadi kayu pengukur orang PAS dari segi kejayaan dakwah ”,kata kawan tu yang garu kepala sambil bertanya balik, “depa semua tu bertakbir ‘ ada makna ’ atau betul-betul hayati kalimah tu.

"Kalau nak tengok depa betul-betul ikhlas bertakbir cubalah cakap pasal hukum Hudud dan nak tubuh Negara Islam masa kempen pilihanraya Bukit Gantang dulu dan pilihanraya kecil lain.Alhamdullilah kalau hajat PAS itu terus disambut dengan takbir bergema orang bukan Islam.

"Ini tahu pun takut tak dapat undi orang bukan Islam ...sampai tak berani cakap bab Negara Islam dan hukum Hudud,” katanya.

Pesan kawan tadi tak payah le nak bangga-bangga wahai Encik Zulkifly cakap hal macam tu... buat malu orang dengar.

Kejayaan dakwah Islam harus dilihat dalam pelbagai aspek termasuk bab pembangunan insan,ekonomi,pendidikan,kebersihan,pembangunan negara,sains,teknoloji dan segala macam lagi.

Kalau setakat laungan ‘ takbir politik’ orang bukan Islam saja masa ceramah PAS tu tak jadi le.

Apa lagi Kelantan belum capai taraf negeri maju setelah 20 tahun PAS perintah…dan selagi taiko DAP ,Karpal Singh dok tetap dengan pendirian langkah mayat dia dulu kalau PAS nak tubuh Negara Islam di Malaysia.

Jangan kata DAP...Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tak mungkin berani bagi komitmen sokong hajat PAS nak tubuh Negara Islam tu.

Sebab musababnya jelas sekali dia pun tahu orang Cina dan India akan lari dari PKR kalau dia bunyi cakap macam tu