tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 9 Julai 2009

MANEK URAI:KETIADAAN NASHARUDDIN TANDA PAS BERPECAH

Penganalisis politik menyifatkan tindakan Pas Kelantan yang menghalang Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, daripada turut berkempen pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kuala Krai, sebagai dendam golongan Erdogan kepada pemimpin nombor dua Pas itu.

Pensyarah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustapa Ishak, berkata tindakan itu juga menggambarkan perpecahan di kalangan pemimpin Pas kian tampak walaupun cuba disembunyikan.

“Saya fikir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa, begitu marah dengan Nasharuddin yang menyokong idea kerajaan perpaduan.

“Bagi saya tindakan menghalang Ahli Parlimen Bachok itu daripada turut serta berkempen sebagai satu penghinaan kepada beliau. Pas juga kini berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga kumpulan Nik Abdul Aziz,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamed Mustapa berkata, kemelut yang melanda itu menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong parti itu dan ia peluang terbaik kepada BN sekiranya bijak menggunakan peluang di sebalik keretakan Pas.

Kelmarin, Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, mendakwa Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok, segan atau malu untuk turun berkempen di Manek Urai.

Ketiadaan Timbalan Presiden Pas itu menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak, apakah perselisihan pendapat antara beliau dan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan belum selesai.

Bagi Profesor Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata ketiadaan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, sejak sesi berkempen diumumkan membuktikan Pas Kelantan menolak pemimpin nombor dua parti itu.

“Sebenarnya Pas menghadapi Umno pada pilihan raya kecil ini ketika parti itu menghadapi kemelut kepemimpinannya. Bagi pemerhati politik ini menunjukkan ada pertelingkahan antara pucuk pimpinan dengan Pas negeri.

“Pada pendapat saya kemelut ini akan berlanjutan dan diramalkan pucuk pimpinan Pas akan berubah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Bezanya Pas pandai menyembunyikan masalah dalaman berbanding Umno,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, berkata tindakan untuk menghalang Nasharuddin daripada berkempen adalah strategi Pas.

“Bagi saya Pas berpendapat adalah lebih baik mereka ‘menghilangkan’ Nasharuddin jika Pas mahu menang pilihan raya kecil itu. Ia kerana mereka beranggapan penyokong Pas Kelantan tidak boleh menerima idea beliau (Nasharuddin) mengenai kerajaan perpaduan.

“Ia adalah kesan daripada polemik mengenai kerajaan perpaduan dan juga masalah dalaman parti itu sendiri. Lebih daripada itu Pas menonjolkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang cukup berpengaruh di negeri itu,” katanya.

TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH PAS SEORANG TIMBALAN PRESIDEN YANG BARU MEMENANGI JAWATANNYA DALAM MUKHTAMAR YANG LALU DISINGKIRKAN DALAM SEGALA AKTIFITI PARTI ITU DALAM PILIHANRAYA KECIL.APAKAH PAS LANGSUNG TIDAK BOLEH MEMAAFKAN NASHARUDDIN YANG HANYA BERSETUJU DENGAN CADANGAN HH.PEMIMPIN ULAMA APAKAH NIK AZIZ YANG LANGSUNG TIDAK DAPAT MENERIMA NASHARUDDIN....APAKAH UNTUK MEMBAWA PERPADUAN DIKALANGAN UMAT ISLAM NASHARUDDIN DIKETEPIKAN DALAM SEBARANG AKTIFITI PAS.PADA TGNA APAKAH DENGAN HANYA BERSETUJU DENGAN CADANGAN PERPADUAN NASHARUDDIN TELAH DIANGGAP SEBAGAI PENGKIANAT PADA PARTI PAS?SEBENARNYA TGNA LAH YANG MENGKIANATI PERJUANGAN ISLAM....TGNA LAH YANG MENGHANCURKAN PERPADUAN YANG HAMPIR TERCAPAI...PADA RAKYAT MANEK URAI....RENUNG RENUNG KAN LA.....LU PIKIR LA SENDIRI..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH