tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 9 Julai 2009

MANEK URAI:PAS PERLU BUKTIKAN UMNO TIDAK PERJUANGKAN ISLAM


Pas sepatutnya tidak melemparkan tuduhan yang Umno langsung tidak memperjuangkan Islam.Kalau Benar Pas saja yang memperjuangkan Islam kenapa cadangan kerajaan perpaduan ditolak oleh TGNA.Apakah perpaduan akan membawa kehancuran pada rakyat Malaysia?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pas supaya membuktikan semasa pilihan raya kecil Manik Urai bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, parti itu yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada Pas dengan memperjuangkan kemerdekaan negara yang juga tuntutan fardu kifayah.

"Kalau dilihat dalam Perlembagaan UMNO, salah satunya adalah untuk menegakkan syiar Islam," katanya ketika berucap kepada penduduk kawasan Manik Urai Lama pada hari ketiga kempen pilihan raya kecil Manik Urai di sini, malam ini.

Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyebut mengenai asas dan tujuan penubuhan UMNO yang antara lain, "menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama."

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau terkejut dengan dakwaan Pas yang menuduh parti itu tidak memperjuangkan Islam dalam ceramah politiknya untuk menarik sokongan 12,293 pengundi Manik Urai.

Muhyiddin juga menepis dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) memperkecilkan calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan yang mempunyai kelulusan rendah berbanding calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, bekas pegawai Kesedar.

"Nak jadi pemimpin kena ada ilmu," kata Muhyiddin.

Mengenai usaha menjadikan Manik Urai sebagai kawasan "anak angkat," beliau berkata, kawasan itu berhak lebih daripada itu untuk menjadi "anak emas" Kerajaan Persekutuan, sekiranya BN menang.

Dengan itu ia akan menerima pembelaan yang sewajarnya daripada BN, katanya.

Dalam majlis itu, Muhyiddin turut menjawab tuduhan Pas yang menuduh Kesedar tidak melakukan apa- apa sedangkan kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk membangunkan Manik Urai.

Beliau menyamakan tuduhan itu dengan taktik kerajaan negeri Pulau Pinang yang lepas tangan mengenai masalah penduduk Kampung Buah Pala di negeri itu supaya kerajaan Pusat campurtangan.

Penduduk Kampung Buah Pala diminta berpindah berikutan pihak pemaju ingin membangunkan kawasan itu.

1 ulasan:

  1. Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK di Penanti, PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:

    1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak dibenarkan mengundi.

    2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling rapat dengan anda.

    3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.

    4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.Lapor kepada polis.


    5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.

    6] Jika anda melihat perbuatan rasuah politik berlaku ditempat anda . Laporkan terus kepada polis.


    7] Awas, UMNO parti rasuah. Jangan biarkan diri anda terperangkap dan terpedaya.

    8) Awas , UMNO parti perkauman, Jangan campak diri anda kedalam kebinasaan.



    Selamat Mengundi

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH