Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, Mustapa dituduh kononnya bertanggungjawab menyekat bantuan kewangan Kerajaan Pusat ke negeri ini.
Katanya, Pas cuba menidakkan bakti Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai pemimpin utama yang bertungkus-lumus merancang pembangunan dan penyaluran bantuan kepada negeri tersebut.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, selama ini Mustapa tidak menjadi sasaran kecaman Pas kerana mereka menyedari rekod kepimpinannya.
"Mungkin lebih banyak tuduhan akan dilemparkan supaya peranan beliau tidak menjadi salah satu faktor yang memberikan kelebihan kepada BN," ujar beliau.
Tegasnya, Kerajaan Pusat tidak pernah menganaktirikan negeri ini walaupun sejak 19 tahun lalu tidak diperintah oleh Barisan Nasional (BN).
"Walaupun BN tidak memerintah Kelantan tetapi kita konsisten salurkan bantuan kewangan untuk pembangunan dan Pas pula jadikan modal sebagai tanda keupayaan mereka memerintah.
"Ia membuktikan BN sebuah kerajaan yang amat bertanggungjawab dan mengetepikan kepentingan politik demi rakyat," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA