Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman menegaskan, komitmen seluruh jentera parti semakin padu dan semua bergerak seiring untuk memastikan kemenangan BN.
''Calon BN dapat diterima oleh semua dan ia tentunya suatu perkembangan cukup baik dan merisaukan pihak lawan yang terpaksa menggunakan perang psikologi untuk melemahkan jentera," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus kononnya kepimpinan bahagian agak 'senyap' dalam kempen pilihan raya kecil itu dan beliau dijadikan sasaran pembangkang.
Ramzi sebelum ini telah menyatakan ikrar dan tekad kepimpinan bahagian untuk menerima sesiapa sahaja calon yang diputuskan oleh kepimpinan parti sebelum pengumuman pada 26 Jun lalu.
''Mungkin kerana tidak banyak laporan media yang menyentuh mengenai apa yang saya lakukan bersama calon, jadi mereka cuba mencetuskan gambaran negatif," ujarnya.
Katanya, pilihan raya kecil itu dapat mengukuhkan perpaduan UMNO bagi membuktikan parti dapat bangkit di negeri ini dengan nafas dan semangat baru.
Menurut beliau, dalam keadaan sekarang, tiada siapa yang harus mengenepikan perjuangan parti sebaliknya mesti bersama-sama mengambil pendekatan untuk mencapai kemenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA