tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 8 Julai 2009

MANEK URAI:PAS TAK PERLU MAIN TAKTIK KOTOR DIMANEK URAI

WALAUPUN dibanjiri ribuan penyokong, proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Sudah sah, calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat akan ditentang calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah pada pilihan raya yang akan berlangsung pada 14 Julai ini.

Namun, di sebalik proses penamaan calon yang berjalan lancar itu, ia bukan satu jaminan bahawa kempen yang bakal digerakkan adalah kempen yang bersih dan gentlemen.

Ini terbukti apabila Pas tanpa berlengah lagi mula bermain taktik kotor dengan menyerang peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Tanpa rasa bersalah, Pas menuduh Mustapa menyekat bantuan kewangan Kerajaan Pusat untuk Kelantan sedangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu telah banyak membantu pembangunan Kelantan.

Faktor jasa Mustapa selama ini sebenarnya yang menggerunkan Pas sehingga memaksa mereka melakukan 'serangan' seawal minit pertama dengan harapan pengundi akan terpedaya.

Ada juga kemungkinan Pas cuba mengalihkan tumpuan pengundi daripada krisis kepimpinan dalam parti itu kepada isu-isu lain dan serangan peribadi sering menjadi pilihan pemimpin parti tersebut.

Ketiadaan Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa pada hari penamaan calon kelmarin memberikan bayangan bahawa krisis kepimpinan Pas sebenarnya masih belum selesai.

Dengan peluang untuk menang yang seimbang dan faktor pengundi yang semakin rasional, Pas melihat mereka perlu bertindak awal untuk menjejaskan reputasi dan imej BN.

Pas menyedari bahawa rekod kemenangan masa lalu bukan jaminan kemenangan pada pilihan raya kali ini.

Namun, sebagai sebuah parti yang matang dan mendakwa berteraskan Islam, Pas sewajarnya sudah tidak mengaplikasi lagi kaedah serangan peribadi dalam mana-mana kempen pilihan raya.

Masih ada banyak isu atau perkara yang boleh diketengahkan supaya pengundi membuat penilaian mereka dan menentukan calon yang bakal diundi nanti.

Jika benar Pas sudah banyak membangunkan Kelantan dan memajukan rakyatnya, tidak seharusnya mereka gusar dengan apa juga kempen BN.

Uar-uarkan apa sahaja yang telah dan akan mereka lakukan untuk pengundi Manek Urai, kemudian biarkan pengundi menentukannya.

Bagi BN, inilah masanya untuk merapatkan barisan dan memastikan jentera parti bergerak mengikut apa yang rencanakan oleh pemimpin tertinggi.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN boleh melakukan kejutan di Manek Urai perlu disusuli dengan kerja keras oleh semua ahli BN khususnya UMNO.

Muhyiddin tentunya tidak bercakap kosong tetapi atas asas dan keyakinan bahawa BN memang berupaya melakukannya dan membawa sinar baru kepada negeri Kelantan.

Jadikanlah pilihan raya kecil Manek Urai ini sebagai pilihan raya contoh dengan kempen yang bersih, berhemah dan sihat atas dasar mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

1 ulasan:

  1. Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK Penanti PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:

    1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak dibenarkan mengundi.

    2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling dengan rapat dengan anda.

    3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.

    4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.


    5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.



    Selamat Mengundi

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH