Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.
Mereka berarak sebagai membantah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.
Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Dihubungi Malaysiakini sebelum perhimpunan tersebut, setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau difahamkan kepala lembu itu sebagai simbol "pemimpin yang dicucuk hidung".
Bagaimanapun, tegasnya, membawa kepala lembu itu bukan inisiatif pihaknya.
Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.
Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut.
Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman.
Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ.
Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.
Kenapa pihak polis hanya melihat sahaja dan tidak menghalang demontrasi itu ? Adakah penganjur demontrasi itu ada mendapat permit kelulusan dari pihak polis ? Kenapa tidak kelihatan pihak FRU untuk menjaga keselamatan dan menghalang demontrasi itu ? Adakah Ketua Polis Selangor juga merupakan salah satu dari penganjur demontrasi itu ? Kenapa tidak ada tindakan memintas dari pihak polis ? Kenapa pihak polis bersikap "double standard" terhadap kerajaan Pakatan Rakyat dinegeri Selangor ? KENAPA ? KENAPA ? KENAPA ?
BalasPadamSalam..
BalasPadamBak kata pepatah "Buat baik dibalas baik,buat jahat jangan sekali".
Tindakan berani anda semua harus dipuji demi ISLAM.Janganlah berjuang separuh jalan sahaja.Lupakan fahaman politik seketika.
KP minta izin copy n3 ini.
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah,karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (QS. Al-An’am: 108)
BalasPadam