tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 27 Ogos 2009

TEOH BENG HOCK:RAKAN TEOH NAFI GADUH DENGAN BENG HOCK

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah nafi pernah bergaduh di tandas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Teoh Beng Hock pada pukul 2 pagi 16 Julai.

Tan menolak keterangan Mohd Anuar Ismail, pegawai penguasa kanan SPRM Selangor, di inkues menyiasat kematian Teoh semalam

"Selepas kematian Teoh, saya dimaklumkan oleh Bulkini Paharuddin (pegawai SPRM) bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dengan si mati pada pukul 2 pagi bertempat di tandas SPRM," beliau dipetik berkata di mahkamah koroner Shah Alam semalam.

Tapi sebagaimana yang kita ketahui semalam,Pegawai SPRM telah memberitahu dimana mangsa telah bergaduh dengan Tan Kira-kira 12 jam sebelum ditemui mati, Teoh Beng Hock didakwa bergaduh dengan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah di dalam tandas pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di bangunan Plaza Masalam di sini.

Bagaimanapun inkues siasatan kematian Setiausaha Sulit Exco Selangor itu yang masuk hari ke-15 hari ini, tidak dimaklumkan sama ada ia melibatkan pergaduhan fizikal atau hanya berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua mereka.

Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail mendedahkan, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai suruhanjaya, Bulkini Paharuddin selepas mayat Beng Hock ditemui di koridor tingkat lima, Plaza Masalam pada pukul 2 petang, 16 Julai lalu.

‘‘Selepas kematian Beng Hock, saya dimaklumkan oleh Bulkini, terdapat pergaduhan antara Boon Wah dan si mati dalam pukul 2 pagi bertempat di tandas SPRM Selangor,’’ katanya semasa menjawab soalan peguam pemerhati bagi suruhanjaya tersebut, Datuk Abdul Razak Musa.

Boon Wah merupakan salah seorang daripada empat saksi yang berada di pejabat SPRM Selangor pada malam 15 Julai lalu bagi memberi keterangan berhubung penyalahgunaan wang peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Boon Wah juga adalah seorang daripada dua individu yang pada awalnya didakwa enggan membenarkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) diambil untuk dianalisis. Bagaimanapun, selepas diuji ternyata ia tidak sepadan dengan dua DNA misteri pada kot dan tali pinggang Beng Hock.

Peguam pemerhati bagi keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo kemudiannya memaklumkan beliau akan mencabar keterangan tersebut.

Sehubungan itu, Gobind memohon agar saksi inkues ke-16 itu dipanggil semula untuk membolehkan beliau disoal berhubung dakwaan terhadap Boon Wah selepas Bulkini memberi keterangan kelak.

Pada prosiding hari ini, Mohd. Anuar turut menjelaskan, beliau tidak menghubungi Beng Hock walaupun kelibatnya tidak kelihatan pada pagi 16 Julai lalu kerana benar-benar percaya lelaki itu telah pulang dan akan hadir semula ke pejabat SPRM bersama-sama dokumen yang diminta.

Katanya, beliau juga tidak menelefon polis atau segera membuat laporan polis selepas melihat mayat Beng Hock kerana percaya orang pertama yang menjumpainya telah membuat aduan selain mayat itu tidak berada dalam kawasan SPRM.

‘‘Saya tidak setuju saksi mati dalam tangan saya kerana saksi telah dilepaskan pada pukul 3.30 pagi dan dibenarkan pulang. Bagaimanapun dimaklumkan dia mahu berehat sebentar. Pada fikiran saya, dia akan pulang pada pagi itu.

‘‘Kes ini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah yang melibatkan dokumen sahaja. Tidak perlu guna kekerasan sebab bukti telah pun diperoleh pada tarikh tersebut,’’ jelasnya.

Berhubung keterangan saksi yang diambil pada lewat malam dan awal pagi, jelas Mohd. Anuar, pejabat SPRM dibuka 24 jam kerana ada saksi yang meminta percakapan dirakam pada waktu malam supaya tidak menganggu tugas selain tidak ingin dilihat oleh orang lain atas alasan tertentu.

Sementara itu, saksi inkues ke-17, Penolong Penguasa SPRM Putrajaya, Mohamad Azhar Awang Mentaril pula memberitahu, Beng Hock dilihat tidak selesa dan gelisah sepanjang perjalanan dari pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ke pejabat SPRM di sini pada petang 15 Julai lalu.

Beliau bersama seorang lagi pegawai SPRM, Mohd. Hafiz Idris juga melihat Beng Hock yang sedang memandu kereta menerima dua panggilan telefon. Beng Hock bagaimanapun dilihat bercakap dengan tenang dan dalam nada suara yang rendah.

Selepas menemubual Beng Hock selama kira-kira lima minit di pejabat SPRM, kata Mohamad Azhar, Beng Hock dilihat kerap bangun dan duduk di sofa.

Mohamad Azhar yang membantu pasukan penyiasat kes tersebut kemudian meninggalkan pejabat SPRM Selangor menuju ke Putrajaya kira-kira pukul 10 malam.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam.

Kejadian berlaku selepas bekas wartawan Sin Chew Daily itu berada di pejabat SPRM Selangor bagi memberi keterangan sebagai saksi berhubung siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas akan bersambung esok dengan tiga pegawai SPRM iaitu Mohd. Najieb Walat, Mohd. Ashraf Mohd. Yunus dan K. Sachiandan dijangka memberi keterangan.

2 ulasan:

  1. salam, bro gobind cilake ni tengah nak cari akai apa pulak yang nak dibuat agar SPRM di persalahkan....surat layang dah tak menjadi.

    BalasPadam
  2. salam

    tak kanlah nak mengaku bro mestilah cari dalih si tan tu...

    tunggulah kalau dah salah mesti kena mereka ni

    salam

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH