Katanya keputusan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, keluar PKR menunjukkan bibit-bibit wakil rakyat parti itu tidak lagi menghiraukan kedudukan walaupun memegang jawatan Anggota Exco Kerajaan Negeri.
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun beliau terkejut dengan peletakan jawatan Mohd Radzi secara tiba-tiba namun perkara itu telah diduga akan berlaku.
“Ramai anggota dan wakil rakyat PKR tidak lagi percaya dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kerana mereka sedar perjuangan parti itu hanyalah perjuangan untuk seorang individu yakni berjuang untuk Anwar,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 40 pencarum hilang upaya di sini hari ini.
Mohd Radzhi hari ini mengumumkan keputusan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas atas alasan hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.
Muhyiddin berkata pengundi di Permatang Pasir haruslah mengambil pengajaran dan tidak lagi terpedaya dengan perjuangan Anwar dan menyokong pakatan pembangkang yang semakin bermasalah.
“Mereka keluar PKR tanpa menyertai BN. Apa yang penting ialah mereka telah sedar dan tidak lagi mahu terpedaya,” kata beliau.
Jangankan Nizar, Muhyidin pun terrrkejut... sampai pengsan khabarnya..
BalasPadamTeruskan usaha untuk me......... lebih ramai lagi ahli-ahli dari PR. Syabas syabas
Kami Rakyat Lunas menyokong penuh dan mengharapkan YB mengosongkan kerusi dan bertanding semula, pasti YB akan mendapat sokongan yang lebih besar. Syabas jangan jadi macam puak-puak tu takut ngan Rakyat....
salam
BalasPadamkalau dah busuk mayat orang mati nak tutup dengan pelepah nyiur pun lama2 orang tahu jugak bro...
ni kan busuk hati, lama2 Allah bagi pertunjuk kepada manusia ke semuanya
tunggu dan lihatlah kesudahan drama anwar ni
salam