Rasanya kalau takda angin manakan pokok bergoyang,Mungkin betul juga apa yang telah ditimbulkan kerana sebagai manusia biasa tak mustahil calon Pas juga gelap mata.Dalam pada itu Pas meminta penulis blog yang membuat dakwaan kononnya calon parti itu, Mohd Salleh Man menggelapkan wang parti sebanyak RM600,000 supaya tampil membuat kenyataan secara terbuka bersama bukti.
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penulis blog itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak berani tampil untuk membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa sekiranya perkara itu benar.
"Orang yang membuat kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan bersembunyi di sebalik blog yang tidak bernama. Kalau mereka berani, mereka harus tampil atau buat aduan kepada mana-mana pihak sama ada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mahfuz berkata kalau ada mana-mana pemimpin Umno atau Barisan Nasional (BN) berani menyatakan Mohd Salleh mengelapkan wang, mereka juga harus tampil dengan bukti.
"Kalau mereka ada bukti, silalah buat kenyataan di mana-mana tempat khususnya di Permatang Pasir sebelum hari pengundian 25 Ogos ini," katanya.
Laporan blog "bigdogdotcom" yang disiarkan hari ini menyebut semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lalu, seorang pemimpin Pas Pulau Pinang membangkitkan kononnya peruntukan jentera pilihan raya parti itu sebanyak RM600,000 digelapkan Mohd Salleh.
Laporan blog itu menyebut kononnya dakwaan itu dibuat sendiri oleh Naib Pesuruhjaya Pas, Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa dan bekas Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Zulkifli Lazim.
Sementara itu, Mahfuz berkata Pas akan membuat satu lagi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman, 38.
"Kalau beliau tidak tarik diri atau mengaku bersalah serta terus menyalahkan rakan kongsinya berhubung penyelewengan wang dalam tempoh terdekat ini, kita akan dedahkan lagi.
Mahfuz berkata pendedahan baru itu adalah berkaitan perkara yang dilakukan Rohaizat semasa masih bersama firma guamannya dan ia mempunyai kaitan dengan beberapa orang penduduk di Permatang Pasir.
Pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, BN, yang diwakili Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat akan berdepan dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man, 52.
Seramai 20,290 pemilih layak mengundi Selasa ini bagi memilih pengganti kepada Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu akibat sakit jantung
ooi Kulup
BalasPadamSemua keputusan pool hang memihak kpd PR....ikut macam KDN pool ........disebabkan hang bodoh bangang....masih kempen untuk BN...apa punya orang??
Bodoh punya Melayu
salam, kata orang dia yang lebih....kita tanya diorang mana pergi duit derma kutipan mangsa Mamali...
BalasPadam