tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 17 Ogos 2009

TERGELAK BESAR LAH DAP BILA SPRM MENGAKU KALAH

Akan tergelak dan tersenyum besar la Ronnie Liu dan para pemimpin Pakatan yang merasakan satu kejayaan pada mereka sekiranya SPRM menghentikan siasatan rasuah politik yang banyak membabitkan ahli ahli Dap pada waktu ini.Alasan yang diberikan bagi tindakan ini ialah kerana SPRM telah menerima banyak kecaman akibat menjalankan siasatan ke atas apa yang disifatkan sebagai siasatan politik tersebut.

Sebagai rakyat biasa, saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan siasatan politik. Setahu saya, SPRM ditubuhkan dengan objektif yang jelas iaitu untuk menghapuskan perlakuan rasuah atau setidak-tidaknya pun mengurangkan perbuatan keji tersebut.

Dengan menghentikan siasatan ke atas perkara-perkara tertentu bererti SPRM telah secara langsung menunjukkan sikap penyiasatan terpilih. Ini boleh ditafsirkan sebagai mengamalkan dasar double standard.Kita semua faham bahawa SPRM menghadapi banyak tekanan di dalam menjalankan tugas. Tetapi ia bukan bererti bahawa SPRM mesti tunduk.Ini kerana tanggungjawab yang diamanahkan lebih besar daripada tekanan yang dihadapi oleh SPRM. Sepatutnya Datuk Shukri Abdull memikirkan apa yang wajar dilakukan jika beliau sudah tidak mampu menghadapi tekanan yang beliau hadapi.

Menghentikan siasatan terhadap ahli politik atau campur tangan politik bererti memberi ‘lesen’ kepada pengamal rasuah untuk bermaharajalela.Sudah tentu Pakatan Pembangkang terutama sekali Dap akan terlepas dari sebarang siasatan rasuah yang sedang disiasat oleh SPRM kerana inilah yang Dap mahukan agar Pemimpin mereka tidak disiasat oleh SPRM.

Selama ini Pembangkanglah yang mahu perasuah dihadapkan kemuka pengadilan.Bagi pembangkang hanya orang orang BN sahaja yang melakukan rasuah dan mereka sahaja yang bersih dari sebarang perasuah.Bila ada ahli BN yang dikenakan siasatan maka bertempiklah mereka (Pembangkang) bertepuk tangan dengan sukanya,Tapi bila terkena batang hidung sendiri mulalah Mereka menyalahkan SPRM dengan menuduh SPRM menganiaya mereka dan menuduh SPRM tidak mengikut peraturan dalam melakukan siasatan.

Bagi saya SPRM harus teruskan siasatan melibatkan ahli politik kerana jika SPRM teruskan dengan niat memberhentikan sudah tentu pembangkang akan merasa mereka semakin besar kepala dan akan terus melakukan rasuah kerana tiada siapa yang akan berani untuk menahan mereka dalam membenteras gejala rasuah dari terus berleluasa.Tindakan mereka terutama pemimpin Dap hanya mahu menjatuhkan moral pegawai-pegawai SPRM ketika melaksanakan tanggungjawab membanteras rasuah dan penyelewengan.

Sebelum ini pemimpin parti pembangkang sering mengatakan pemimpin BN cuba untuk menguasai SPRM, namun tindakan mereka ketika ini menunjukkan pembangkang yang sebenarnya cuba menguasai SPRM.Pemimpin BN tidak pernah menghalang SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas ahli ahli politik Kerajaan.

Bagi saya apa yang besar sangat DAP ini sampaikan mereka rasakan wakil rakyat mereka tidak melakukan rasuah dan menganggap mereka adalah pemimpin yang bersih dari sebarang rasuah.Bagi saya rakyat sudah lihat apa yang berlaku bila SPRM menahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada seorang daripada Exco kerajaan negeri Selangor, pada Jumaat lepas.

Bagi saya dan juga rakyat yang melihat aksi SPRM semasa menahan Wong Chuan How,jelas pemimpin Dap berkenaan cuba untuk mempertikaikan dan memalukan SPRM.Yang jelas pemimpin Dap sudah berani untuk mempertikaikan tindakan SPRM dan melanggari undang undang negara.

MUNGKIN SEKIRANYA PAKATAN DAPAT MENJADI KERAJAAN NEGARA INI AKAN MENJADI NEGARA COWBOY YANG TIADA UNDANG UNDANG...SIAPA YANG BERKUASA DAN KUAT AKAN MENINDAS ORANG YANG LEMAH....SUDAH ADA TANDA TANDA YANG PAKATAN INGIN MENJADIKAN NEGARA INI NEGARA COWBOY....SIAPA YANG TAK TERIMA KERAJAAN PAKATAN AKAN DITERAJANG DAN DI USIR....MUNGKIN NEGARA INI TIADA LAGI POLIS KERANA PAKATAN SANGAT TIDAK MEMPERCAYAI POLIS DAN SELURUH AGENSI KERAJAAN YANG LAIN....KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI.............

1 ulasan:

  1. salam, bro, memang gelak berguling2 le puak haprak ni...

    betul kata Dato Seri nazri Tan Sri Yeop Aziz, dulu merekA pembangkang, desak BPR ambil tindakan benteras rasuah, kini apabila mereka juga pemerintah apabila SPRM jalan kan tugas kerana mereka juga pelahap rasuah....maka SPRM jadi bahan hentaman mereka...

    Sebab itu penjawat awam kena simpati dengan sahabat sejawatan mereka seperti kakitangan SPRM MENOLAK pAKATAN PEMBANGKANG HARAM JADAH INI.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH