tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 18 Ogos 2009

PERMATANG PASIR:BN TAK IKUT CARA PAS SERANG PERIBADI CALON

Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan kaedah kempen berupa serangan peribadi dengan memburukkan calon lawan walaupun Pas sudah mengambil pendekatan sedemikian ke atas calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kali ini.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bukan menghairankan kerana pakatan pembangkang pastinya akan menggunakan apa sahaja taktik termasuk berupa tipu helah dan mengeluarkan fatwa-fatwa songsang.

‘‘Kita tak nak kata calon mereka, berdosa.. Tapi kita tahu rakyat boleh menilai kemampuan calon mana yang baik. Calon kita (Rohaizat Othman) muda, memang orang tempatan dan bukan orang luar dari Permatang Pauh.

‘‘Jadi beliau sudah biasa dalam parti, organisasi sukarela, jadi calon yang terbaik adalah calon BN,” katanya kepada pemberita di pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di sini hari ini.

Sebelum itu Muhyiddin bersama para pemimpin dan penyokong BN yang lain mengiringi Rohaizat ke IKBN yang menjadi pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir.

Ditanya mengenai ‘serangan’ pembangkang ke atas Rohaizat sehingga menimbulkan kontroversi (berhubung rekodnya ketika menjadi peguam sebelum ini), Muhyiddin berkata, sebenarnya tidak ada apa yang kontroversi berhubung calon BN itu.

Kata beliau, sebaliknya pembangkang yang cuba mencipta isu dan kemudian membesar-besarkannya sebagai kontroversi sedangkan BN telah membuat pelbagai penelitian sebelum memilih calon untuk bertanding.

‘‘Jika perlu penjelasan ketika kempen, kita akan beritahu kepada pengundi sendiri apa yang sebenarnya dan saya yakin pengundi dapat memahami lebih baik.

‘‘Kita akan beritahu hal yang sebenar, tak ada apa yang hendak dirisaukan sebenarnya,” jelas Timbalan Perdana Menteri.

Menjawab soalan pemberita sama ada serangan peribadi oleh pembangkang itu boleh menjejaskan peluang BN, beliau berkata, UMNO dan BN mempunyai cara untuk menjelaskan isu tersebut kepada pengundi.

Katanya, selain itu BN sendiri mempunyai banyak isu yang akan dibangkitkan sepanjang kempen yang merupakan pendedahan sebenar terhadap apa yang berlaku kepada pakatan pembangkang.

‘‘Kita akan bangkitkan dalam masa kempen, apa yang berlaku di Pulau Pinang, apa tindakan Pas, apa yang mereka telah lakukan selama ini dengan pembohongan, penipuan nak keliru rakyat termasuk fatwa yang menyongsang.

‘‘Macam-macam perkara yang kita akan dedahkan pada siri kempen supaya rakyat boleh menilai kedudukan yang sebenar tentang apa yang kita buat dan yang kita perjuangkan,” ujarnya.

Dalam sidang akhbar tersebut, Muhyiddin berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat memberi perhatian kepada pendedahan Pergerakan Pemuda UMNO berhubung wujudnya kemungkinan pengundi hantu berdasarkan siasatan dan maklumat yang diperoleh sayap tersebut.

Beliau pada masa sama turut memberikan jaminan bahawa petugas BN akan bekerjasama dan mematuhi apa sahaja peraturan dan undang-undang yang ditetapkan lebih-lebih lagi pilihan raya ini melibatkan awal Ramadan.

‘‘Bagi BN kita akan beri penjelasan kepada perkara yang hak (benar). Kita tak akan berbohong, kita akan beri kenyataan berdasarkan fakta yang betul kerana kita mahu pengundi membuat penilaian yang tepat.

‘‘Saya berpendapat dalam situasi selepas sahaja pilihan raya kecil DUN Manik Urai dan langkah-langkah yang ambil oleh Perdana Menteri untuk pembaharuan dan perubahan kepada negara, angin ini sudah mula meniup dan saya kira sampai ke Permatang Pasir,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH