Perbuatan Sivakumar dengan mengeluarkan arahan untuk mengadakan sidang DUN Perak Rabu ini tanpa perkenan Sultan jelas merupakan penderhakaan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Kerajaan BN Perak termasuk Speaker barunya, Datuk R. Ganesan adalah sah secara demokrasi setelah diputuskan oleh baginda dan mahkamah.Dengan ini Sivakumar telah cuba untuk mencabar undang undang dan sekali lagi ingin menimbulkan kekacaun dinegeri Perak.
Bukan setakat Sivakumar saja yang harus dikenakan tindakan tapi juga pada Nizar yang cuba untuk terus mempertikaikan kuasa Sultan yang tidak langsung mengeluarkan notis persidangan Dun Perak.Nizar sekali lagi cuba untuk menjadikan Perak dalam keadaan huru hara dengan segala tindakannya yang melanggari undang undang negeri Perak dengan mahu melangsungkan persidangan Dun Perak tanpa perkenan kebawah Duli Tuanku Sultan.
Speaker Datuk R. Ganesan, Speaker yang diiktitaf Barisan Nasional (BN) berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sahJadi tindakan Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memanggil sidang itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker yang sah dari segi perlembagaan negeri perak kerana sudah tidak lagi mendapat kepercayaan Dun pada persidangan yang lalu.
Diharap Sivakumar dan Nizar hentikan segala rancangan ini kerana ianya akan mencetuskan suatu perkara yang tidak diingini sebagaimana peristiwa yang lalu dimana Nizar telah menghasut rakyat dalam menentang kerajaan dan Kuasa Sultan dalam perlembagaan negeri Perak yang memperuntukan kuasa Sultan dalam melantik MB dan mengadakan sidang Dun Perak yang jelas memerlukan perkenan Sultan.
Nizar dan Sivakumar jangan cuba bermain dengan api kerana jika diteruskan penentangan terhadap kuasa Sultan sudah tentu orang orang melayu akan bangkit kerana bagi orang melayu Sultan sebagai ketua agama dan ketua kerajaan tidak harus ditentang dengan cara yang tidak sopan dan tidak menghormati Institusi Raja raja melayu.Ini kerana kuasa Sultan sudah termaktub dalam perlembagaan negeri perak.Jadi jangan cuba untuk mencabar kesabaran orang melayu yang selama ini sudah terlalu banyak bersabar dalam banyak perkara dalam pemerentahan Pakatan dahulu.
Diharapkan pembangkang tidak lagi cuba memainkan isu ini kerana bagi kerajaan BN yang penting adalah ingin membawa negeri kearah sebuah negeri yang berjaya dan bukan sebuah negeri yang huru hara.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
bila R.Ganesan mengangkat sumpah sebagai speaker?
BalasPadamLebih tepat Speaker HARAM
BalasPadam