Katanya, beliau sendiri tidak akan teragak-agak untuk mengatakan ia adalah kes bunuh sekiranya menemui sebarang fakta-fakta yang disyaki berkaitan dengan teori tersebut.
Walau tidak menyoal pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau turut menyiasat tempat kejadian dan menemubual keluarga selain bergantung kepada hasil bedah siasat, laporan asid deoksiribonukleik (DNA) serta toksikologi sebelum membuat kesimpulan tiada unsur-unsur pembunuhan dalam kes itu.Sebelum ini peguam yang mewakili kerajaan Selangor menyatakan terdapat cubaan untuk menakut-nakutkan Teoh Beng Hock sehingga menyebabkan mangsa tergelincir dan terjatuh dari tingkap di tingkat 14 Bangunan Plaza Masalam di sini, Julai lalu, prosiding inkues diberitahu hari ini.
Peguam bagi kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar, berkata teori itu dikemukakan berdasarkan kepada kesan kecederaan pada pergelangan tangan kiri mangsa yang terdapat seolah-olah bekas cengkaman kuku padanya.
"Teori kami ialah, Teoh bukan terjun secara sengaja, tetapi apa yang berlaku ialah, cubaan untuk menakut-nakutkan si mati dan apabila dia tergelincir, seseorang telah menarik tangan mangsa menyebabkan jam yang dipakainya terlucut dan sehingga hari ini jam itu belum dijumpai," kata Malik Imtiaz ketika mengemukakan teori itu kepada saksi pakar patologi. Kepada teori itu, Dr Khairul Azman Ibrahim membalas: "Jika itu adalah teori kamu, saya katakan ya (ada kemungkinan)."
Peguam itu turut bertanya adakah terdapat kemungkinan bahawa kesan kuku tersebut adalah disebabkan seseorang yang lain, saksi itu menjawab: "Ada kemungkinan."
Dr Khairul Azman, bagaimanapun menolak cadangan peguam pemerhati Rajpal Singh bahawa kesan luka pada perut mangsa mungkin disebabkan oleh tekanan pada tali pinggang Teoh ketika ditarik oleh seseorang dari belakang.
"Jika ada orang pegang tali pinggang dari belakang, dengan tekanan yang kuat, sudah tentu tali pinggang itu akan terputus dan tidak berada pada badan si mati ketika dijumpai," katanya.
Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, kemudian menambah teori Rajpal dengan mencadangkan: "Adakah terdapat kemungkinan bahawa Teoh dipegang pada bahagian seluarnya?"
Dr Khairul Azman menjawab: "Saya tak rasa begitu kerana tidak ada menunjukkan tanda-tanda pergelutan yang kuat dan cara mangsa jatuh menunjukkan dia terlantun jauh sedikit (seolah-olah melompat) dan bukan jatuh terus ke bawah."
Pakar perunding kanan perubatan forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang itu seterusnya menjelaskan, tiada bukti jelas untuk menunjukkan bahawa Teoh mendarat di lantai koridor tingkat itu dengan mukanya mencecah lantai dahulu, jika benar dia dipegang dari belakang sebelum terjatuh.
INKUES-TEOH (TEORI) 3 (AKHIR) SHAH ALAM
Pada prosiding itu, saksi juga ditanya jika tangan si mati ada menunjukkan seolah-olah dia cuba mencapai sesuatu (seperti mengerekot), dan berkata: "Pada saya, ada, tetapi kebiasaannya orang yang mati memang menunjukkan tanda sebegitu."
Mengenai kesan lebam pada dubur mangsa, Dr Khairul Azman berkata tidak ada bukti kukuh menunjukkan bahawa mangsa telah dicederakan, kerana ia boleh berlaku akibat impak terjatuh dari tempat tinggi.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salahguna wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di tingkat 14 plaza itu.
Prosiding di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas disambung esok dengan seorang lagi saksi pakar patologi Dr Prashant Naresh Samberkar dijangka memberi keterangan
salam, bro,jelas kita lihat Gobind dan peguam wakil kerajaan Selangor tak sabar2 nak menuduh SPRM bunuh TBH....teman tak tahu le kalau puak ini perintah negara...harus2 mahkamah ditutup, mereka saja yang berkuasa menjatuhkan hukum...
BalasPadam