Ronnie mengulas tindakan polis menyebu pejabat beliau dan rakannya, Ean Yong Hian Wah di pejabat SUK Selangor dua hari lepas.
Beliau mengecam sikap pihak polis Bukit Aman yang bertindak menyerbu pejabatnya dan pejabat rakannya itu tanpa sebarang makluman awal kepada mereka.
Beliau yang tiada di pejabat ketika insiden itu berkata, pihak polis sepatutnya menghormati mereka dengan memaklumkan terlebih dahulu sebab dan asas untuk hadir melakukan sebarang penyiasatan di pejabat mereka.
Saya tidak faham kenapa polis tidak boleh buat satu panggilan ataupun faks satu notis sekurang kurangnya kepada ofis saya katakan mereka nak datang, kenapa itu pun tak boleh buat? Ini langsung tidak hormat sebuah kerajaan yang dipilih rakyat,katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Dalam serbuan semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong berada di pejabatnya manakala Ronnie yang juga pengerusi jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan berada di Pulau Pinang memberi sokongan kepada Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.
Mereka disiasat berhubung laporan polis kononnya pejabat mereka digunakan oleh anggota kongsi gelap dan membincangkan aktiviti-aktiviti haram.
Ianya berikutan satu laporan yang dibuat seorang pegawai polis berasaskan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang telah mendakwa salah seorang exco selangor membenarkan pejabatnya di SUK digunakan sebagai tempat perjumpaan penjenayah.
Jadi saya nak polis beritahu kita, dia buat siasatan berasaskan laporan mana? Sebab orang yang disiasat berhak tahu siapa buat laporan dan atas asas apa laporan dibuat. Semalam Ean ada tanya, tapi mereka tak dapat beritahulah siapa yang buat laporan dalam hal ini, soalnya lagi.
Pegawai polis dari Unit Siber Multimedia, Azizi Haji Abdul Halim, tiba di Pejabat Ronnie kira-kira jam 11 pagi semalam dan mengambil keterangan daripada pembantunya, Siti Fairous Shohaime selama hampir 2 jam setengah.
Seorang lagi pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Kormersil, Superintenden Mohamed Osman pula memasuki Pejabat Ean yang bersebelahan pejabat Ronnie di tingkat 15, pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Mohamed mengambil masa sejam untuk mendapatkan keterangan daripada Ean dan pembantunya, Norazah Ismail.
Pada sidang media sama, Ronnie turut mempersoal tindakan double standard polis yang pantas menjalankan penyiasatan khususnya dalam kes yang membabitkan pemimpin pakatan berbanding kes kes yang diadu oleh mereka. Sebelum ini Ronnie pernah membuat aduan mengenai sebuah laman blog yang mengelirukan berhubung peruntukan Adun.
Kita pernah buat laporan polis mengenai satu blog yang tiada nama tiga minggu lalu tetapi sampai hari ini siasatan polis langsung tidak bermula, sehingga saya sampai hari ini tidak tahu siapa IO (pegawai penyiasat) kes itu. Kita buat, tiada siasatan, laporan orang lain buat tindakan begitu cepat, tidak adil lah,ujarnya lagi.
KALAU POLIS BERITAHU NAK DATANG PEJABAT UNTUK BUAT PENYIASATAN SUDAH TENTU SI GANGSTER NI AKAN MENGHAPUSKAN SEGALA BUKTI YANG AKAN MENJADI BUKTI POLIS....RONNIE BUKAN TAKUT AKAN MENJADI MANGSA FITNAH SEBALIKNYA RONNIE TAKUT KERANA SEGALA RAHSIANYA AKAN TERBONGKAR....
kepala bapak dia ( ronnie ) ajar kot yang polisulu kena bagi tahu dia dulu sebelum datang. suroh dia baca undang-undang
BalasPadamkenapa dia nak tau siapa yang buat laporan???? kalau bagitau alamat nahas la pulak pelapor tu ditangan gangster ni
BalasPadamsalam, kalau dah salah macam2 le alasan bapak gangster ni..... nk serbu bagi tahu dulu bukan le nama nya serbuan...tujuan serbuan untuk tidak di sorok maklumat dan bukti ngok.....punya celake sekor ni..macam mana boleh jadi exco.
BalasPadamsebab diri dah anggap besar ni lah akibatnya..kalau rakyat biasa siapa pun tak protes kerja polis. memang celake punya species.
SALAM SEMUA...MEMANG SAH DIA NI BAPAK GENGSTER...KALAU POLIS BAGI TAHU NAK DATANG TAKUT TAKUT DIA TUNGGU KAT TENGAH JALAN....NANTI REPOT POLIS KEMALANGAN....
BalasPadam