UNTUK KETAHUI LANJUT KENAPA YUSRI MEMBUAT KENYATAAN YANG BELIAU TELAH DIGUNAKAN OLEH PEMBANGKANG UNTUK MEMBURUKAN RAKAN KONGSINYA SILA BACA DISINI
BERITA TERKINI
Bekas rakan kongsi firma guaman Rohaizat Othman, Yusri Isahak hari ini berkata, beliau bersimpati dengan rakannya itu - calon Barisan Nasional - yang kini teruk 'dihentam' pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir berikutan kenyataannya sebelum ini bahawa beliau dijadikan 'kambing hitam' dalam isu pembatalan lesen peguam sivil dan penggunaan wang koperasi.
Pada sidang media kedua sejak 20 Ogos lalu, Yusri menjelaskan, beliau membuat kenyataan tempoh hari semata-mata untuk mempertahankan dirinya dan menjelaskan perkara sebenar.
Namun sejak itu, pelbagai tohmahan telah dilemparkan terhadap Rohaizat yang dilihat menyimpang daripada tujuan asalnya.
"Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang terjadi harus dijadikan teladan, bukan hukuman. Secara tidak langsung, saya merasa dibabitkan sama dalam usaha memburuk-burukkan Rohaizat.
"Tetapi apabila Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.
"Saya tidak boleh berdiam diri melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati," katanya.
Khamis lalu, Yusri, 39, mendakwa beliau dijadikan "kambing hitam" berhubung isu pembatalan lesen peguam sivil Rohaizat dan menyatakan urusan firma guaman mereka itu dilakukan dengan persetujuan Rohaizat.
Yusri berkata, media kedua hari ini diadakan kerana tidak mahu melihat Rohaizat terus dihentam parti pembangkang.
Isu Rohaizat mendominasi kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang sedang berlangsung.
Kempen bermula Isnin lalu manakala pengundian adalah pada Isnin ini.
Kenyataan itu dibuat berikutan dakwaan yang mengatakan Rohaizat terlibat dalam penyelewengan melibatkan transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh Yusri bagi pihak Koperasi Pekebun-pekebun Getah Pulau Pinang.
Mengulas lanjut, Yusri berkata, beliau tetap mempertahankan kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.
Bagaimanapun tegasnya, Rohaizat telah pun membetulkan kesilapan itu dan koperasi juga telah menarik kembali tuntutan mereka.
"Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan kepada masyarakat setempat," katanya.
Beliau turut menafikan beliau dibayar oleh mana-mana pihak untuk mengeluarkan kenyataan berhubung Rohaizat sama ada kenyataan Khamis lalu atau hari ini.
SEBAIKNYA RAKYAT PERMATANG PASIR PERLU MENILAI APAKAH PAS SELAMA INI TELAH MENJALAKAN KEWAJIPAN DALAM MEMBELA RAKYAT PERMATANG PASIR YANG MASIH LAGI DAHAGAKAN PEMBANGGUNAN.JANGANLAH KITA DENGAR JANJI JANJI PAS SEKARANG KERANA YANG SEBELUM INI TIDAK LANGSUNG PAS MEMPERDULIKAN KEPERITAN RAKYAT YANG SENTIASA MAHU KEBAHAGIAN DAN KESTABILAN EKONOMI YANG TIDAK LANGSUNG DIBERI PERHATIAN OLEH PAS SELAMA 3 PENGGAL PAS MENJADI PEMIMPIN DI PERMATANG PASIR.
SEMOGA KALI INI RAKYAT DAPAT MENILAI DENGAN MEMBUKA MATA APAKAH SUMBANGAN PAS SELAMA BERADA DI PERMATANG PASIR DAN RAKYAT HARUS MEMBERI PELUANG PADA UMNO DAN BN UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG SENTIASA MENDAHULUKAN RAKYAT .
RAKYAT PERMATANG PASIR PERLU INGAT BAGAIMANA PAS DAN NIZAR SENDIRI SEBAGAI MB PERAK TELAH MENJADI ORANG SURUHAN DENGAN HANYA MENGIKUT TELUNJUK DAP DALAM SEGALA HAL PENTADBIRAN NEGERI.
ko nie bodo........
BalasPadamdah terang2x umno ambik pemimpin penipu tp masih ko nak bela........
ape yang PAS wat cume nak kebenaran...
dah ade bini due ngaku jela.........
masih nak nyorok2x lagi.....
nikah pemimpin yang UMNO nak........
fikir2xla orang 1MALAYSIA........
bercakap benar itu lebih mulia walaupun pahit . Adalah amat sukar mengubati hati2 yang sakit
BalasPadam