Timbalan Perdana berkata, BN tidak akan berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.
“Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong. Kita memberikan kenyataan berdasar fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau mengiringi calon BN, Rohaizat Othman di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) sempena proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di sini.
Muhyiddin berkata, pengundi di Permatang Pasir dapat membuat pilihan bijak berdasarkan segala pembaharuan yang telah diusahakan untuk rakyat selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.
“Saya berpendapat dalam situasi selepas sahaja pilihan raya kecil Manik Urai dan langkah-langkah yang ambil oleh Perdana Menteri untuk pembaharuan dan perubahan kepada negara, angin ini sudah mula meniup dan saya kira sampai ke Permatang Pasir,” katanya.
salam
BalasPadamrakyat sekarang sudah celik dan tahu menilaikan yang mana meniou dan yang mana bercakap benar...
semoga gerak kerja pilihan raya UMNO P Pasir berkerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh dan insyalah kemenangan akan menanti kita semua
salam