tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 30 Ogos 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:NEGARA AKAN HANCUR SEKIRANYA UNDANG UNDANG DICIPTA SENDIRI DAN RAJA RAJA DIKETEPIKAN

Telah diberitahu kepada semua Adun bahawa tidak ada sebarang persidangan Dun kerana sebarang Persidangan Dun mesti mendapat perkenan Sultan Perak.Jadi apakah Nizar dan Adun dari Pakatan telah mendapatkan perkenan dari Duli Sultan Perak.Rakyat tidak mahu sekali lagi Sultan diheret kedalam kancah politik gangster pakatan yang langsung tidak menghormati Sultan sebagai pemerentah negeri Perak.

Negara akan hancur andainya kita sebagai pemimpin tidak mahu menghormati undang undang dan menjadikan undang undang sendiri wajar diikuti.Apakah ini pemimpin yang dikehendaki rakyat yang langsung tidak ada sedikit pun perasaan menghormati Institusi Raja Raja Melayu.

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Speaker bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.Sidang DUN perlu mendapat pengisytiharan Sultan Perak yang mana baginda sendiri akan menentukan tarikh, masa dan tempat persidangan seterusnya akan diwartakan mengikut Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak. Ini amalan yang diikut sebelum ini.

Beliau berkata tindakan Sivakumar memanggil sidang DUN tanpa mendapat perkenan Sultan Perak boleh dianggap sebagai sebagai “rampasan kuasa” dan merupakan penghinaan serta penderhakaan kepada institusi diraja Perak.Ganesan berkata beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Sivakumar atau pihak terbabit dalam “sidang DUN” pada Rabu ini.

Dalam pada itu kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada merekaIanya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.

Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

Ganesan bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan.Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapa Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.

Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.

Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan

JELAS DISINI BAHAWA NIZAR CUBA UNTUK MENGHURU HARAKAN PERAK SEKALI LAGI DENGAN MENGENEPIKAN ARAHAN DARI KERAJAAN DAN TIDAK LANGSUNG MAHU MENGHORMATI DULI TUANKU SEBAGAI RAJA PEMERENTAH NEGERI PERAK...APAKAH NIZAR MAHU DIRINYA MENJADI RAJA DAN MERAMPAS HAK SULTAN PERAK DALAM MENENTUKAN BILA PERSIDANGAN DUN BOLEH DIADAKAN.

MUNGKIN NIZAR TELAH DIRASUK OLEH KETAMAKAN KUASA DENGAN SANGGUP UNTUK MENJATUHKAN MARTABAT KUASA KUASA RAJA DISETIAP NEGERI..INILAH PEMIMPIN YANG SUDAH JAUH TERPESONG DARI MENGHORMATI UNDANG UNDANG YANG SELAMA INI DIIKUTI OLEH SEMUA KERAJAAN TERDAHULU....MUNGKIN NIZAR SUDAH MENERIMA ARAHAN DARI DAP YANG SELAMA INI SENTIASA MENJADIKAN NIZAR SEBAGAI BONEKA MEREKA UNTUK MEMUASKAN NAFSU SERAKAH MEREKA YANG TAMAKAN KUASA....PADA RAKYAT YANG WARAS JANGAN DIIKUTI CARA NIZAR YANG MENENGENEPIKAN UNDANG UNDANG HANYA UNTUK MEMUASKAN NAFSU POLITIK MEREKA YANG SUDAH TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN RAKYAT NEGERI PERAK...JANGANLAH RAKYAT HANCURKAN KESELASAAN SELAMA INI YANG TELAH KERAJAAN BN BINA HANYA KERANA SATU TUJUAN UNTUK MENGHANCURKAN NEGERI PERAK....KITA SAMA SAMALAH RENUNG RENUNGKAN AGAR PERKARA YANG BERLAKU DAHULU TIDAK AKAN BERLAKU LAGI.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH