tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 17 Ogos 2009

KES TEOH BENG HOCK:SAMADA DIBUNUH ATAU BUNUH DIRI,TIADA SIAPA DAPAT MEMBUKTIKAN NYA

Mungkin sudah tercapai apa yang dihajat oleh sipembunuh.Tapi persoalannya kenapa dibangunan SPRM tempat berlakunya penyiasatan terhadap segala penyelewengan yang sedang disiasat SPRM terhadap pemimpin politik terutama dari parti Dap.Apakah semua ini sudah diatur agar semua ini menjadi tanggungjawab SPRM dalam pembunuhan Teoh.Persoalan inilah yang ingin dirungkaikan.Walaupun nampak rumit tapi dengan kebijaksanaan pihak polis sudah tentu apa muslihat disebalik pembunuhan ini akan terjawab juga suatu hari nanti.

Bagi Pakar perunding kanan perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang Dr Khairul Azman Ibrahim,beliau mendapati Teoh Beng Hock tidak mempunyai masalah psikologi sehingga boleh mendorongnya membunuh diri, prosiding inkues di hadapan Koroner Azmi Muntapha Abas di sini hari ini diberitahu.

"Saya bertanyakan kepada keluarga mangsa sama ada mangsa mempunyai masalah psikologi, masalah kesihatan dan masalah alkohol dan mereka menjawab tidak," katanya. Selain itu, Dr Khairul Azman yang menyambung keterangannya pada hari ke-10 inkues berkata beliau turut bertanya kepada anggota keluarga Teoh sama ada mendiang ada berhutang atau dalam keadaan tertekan, merokok atau mengambil dadah dan mereka menyatakan bahawa mangsa ialah seorang yang terbuka dan suka berbincang.

Ketika ditanya peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo tujuan beliau menemuramah keluarga Teoh mengenai latar belakang mangsa, saksi ke-10 itu berkata beliau ingin mengetahui sama ada Teoh adalah seorang yang mempunyai kecenderungan membunuh diri.

Dr Khairul Azman juga berkata beliau mengetahui bahawa Teoh sepatutnya mendaftar perkahwinannya sehari selepas beliau ditemui mati melalui abang Teoh dan mengetahui bahawa tunang Teoh hamil dua bulan selepas membacanya di akhbar.

"Adakah kamu sahkan mengenai perkara itu (tunang Teoh hamil)," soal Gobind.

"Tidak. Saya cuma membaca dari akhbar," kata Dr Khairul Azman.

"Jadi berdasarkan fakta-fakta yang kamu perolehi, saya cadangkan bahawa Teoh bukanlah seorang yang cenderung untuk membunuh diri kalau dilihat kepada latar belakangnya," kata Gobind.

"Ya setuju. Kalau melihat kepada latar belakangnya, Teoh adalah seorang yang tegas dan mungkin kalau buat silap dia akan malu. Pada pendapat saya tiada alasan untuk si mati membunuh diri," kata Dr Khairul Azman.

Dr Khairul Azman turut memaklumkan bahawa beliau ada bertanya kepada abang Teoh sama ada beliau (abang Teoh) mengetahui mangsa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengapa mangsa disoal siasat oleh SPRM tetapi abang Teoh menjawab beliau tidak tahu.

Selain itu, Dr Khairul Azman berkata ketika beliau bertanya mengenai kemungkinan mangsa meninggal dunia akibat jatuh atau dibunuh, adik perempuan Teoh memberitahu beliau bahawa mangsa tidak mungkin jatuh.

"Tunang mangsa pula banyak berdiam. Nampak dari air mukanya dia pun tidak puas hati dan nak tahu kenapa mangsa boleh meninggal dunia. Jadi saya maklumkan kepadanya saya akan bantu jika ada apa-apa yang disyaki dalam bedah siasat dan saya tidak akan teragak-agak untuk beritahu mereka jika ia kes bunuh," katanya.

Dr Khairul Azman berkata selain keluarga Teoh, beliau turut mendapatkan gambaran dan latar belakang mengenai kejadian itu daripada pegawai penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salahguna wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di situ. -

1 ulasan:

  1. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku... Yang mati tetap mati, tetapi malangnya masih ada yg cuba mendewa-dewakan Teoh...

    Cuma Ronnie saja tau siapa bunuh teoh, sbb dia kata Teoh dibunuh... Polis belum siasat pun lg...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH