tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 26 Ogos 2009

TEOH BENG HOCK:RUPANYA BENG HOCK BUAT BANYAK TUNTUTAN

Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock sebenarnya telah membuat banyak tuntutan menggunakan peruntukan yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara bulan Mac 2008 dan Julai lalu.

Beng Hock juga kelihatan gelisah, tidak tenang dan dilihat mundar-mandir sewaktu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dijalankan di pejabatnya sehari sebelum dia ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.

Berdasarkan siasatan tersebut, Beng Hock ialah individu yang bertanggungjawab menyedia dan mengesahkan kerja-kerja menggunakan tuntutan ADUN berkaitan yang diperuntukkan sebanyak RM500,000 setahun.

Ia antara keterangan yang dikemukakan oleh saksi inkues ke-16 iaitu pengawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd. Anuar Ismail pada prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock yang masuk hari ke-14 hari ini ketika disoal oleh peguam pemerhati bagi suruhanjaya berkenaan, Datuk Abdul Razak Musa.

Bagi menyokong keterangan tersebut, Abdul Razak yang juga Ketua Unit Pendakwaan SPRM mengemukakan empat dokumen yang diperoleh daripada komputer riba Beng Hock ketika siasatan dijalankan.

Mengulas lanjut dokumen tersebut, Mohd. Anuar memberitahu, Beng Hock ketika disiasat tidak dapat memberikan penjelasan mengenai dokumen-dokumen terbabit.

‘‘Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semula oleh Beng Hock adalah dokumen untuk menyokong kerja-kerja yang terdapat dalam komputer ribanya iaitu berbentuk resit dan baucar yang disebut dalam sebut harga.

‘‘Daripada siasatan, ia adalah syarikat bumiputera yang merupakan kontraktor Kelas F,’’ kata Mohd. Anuar.

Bukan itu sahaja, menurut Mohd. Anuar, SPRM malahan telah merampas berkotak-kotak dokumen tuntutan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Mohd. Anuar turut menceritakan keadaan Beng Hock ketika SPRM memeriksa komputer riba dan unit pemerosesan utama (CPU) miliknya daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada petang 15 Julai lalu.

‘‘Berdasarkan pemerhatian saya, Beng Hock nampak gelisah, tidak tenang dan mundar-mandir sambil memegang beg sandang serta telefon bimbitnya selain beberapa kali dilihat menghubungi seseorang dan bercakap dalam bahasa Cina,’’ ujarnya.

Terdahulu, Abdul Razak memohon kebenaran mahkamah untuk mengajukan soalan kepada saksi tersebut bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung siasatan yang dijalankan ke atas mendiang.

Beliau juga sebelum itu memohon izin untuk mengemukakan empat dokumen yang diperoleh daripada komputer riba Beng Hock sebagai bahan bukti inkues tersebut.

Bagi Abdul Razak, dokumen itu penting dalam usaha menunjuk dan membuktikan perkara yang difikirkan menghantui Beng Hock sebelum dia ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam.

Dalam masa yang sama, Mohd. Anuar dirujukkan dengan dua dokumen dan ditanya apakah penyelesaian Beng Hock ke atas dokumen tersebut.

Belum pun sempat Mohd. Anuar menghabiskan jawapan kepada pertanyaan tersebut, Gobind secara tiba-tiba mencelah dengan menyatakan, ia adalah keterangan dengar cakap.

Namun Abdul Razak menjelaskan tujuan SPRM adalah hendak menunjukkan Beng Hock sebenarnya berada dalam keadaan takut untuk berhadapan dengan realiti.

‘‘Kami hendak menunjukkan dokumen-dokumen hasil siasatan terdapat perkara-perkara yang tidak mengikut peraturan telah dilakukan. Atas alasan tersebut, saya ingin mengemukakan empat dokumen berkaitan.

‘‘Kami bukannya hendak membawa masuk keterangan dengar cakap seperti surat layang. Kami juga bukan hendak membawa masuk teori kerana sudah banyak teori dikemukakan di mahkamah ini.

‘‘Si mati telah disuruh balik tetapi membuat keputusan untuk tidak berbuat demikian. Jadi dari situ kita tahu apa peranan si mati dan penjelasan beliau yang dikatakan membuat tuntutan palsu,’’ tegas Abdul Razak.

Koroner Azmil Muntapha Abas bagaimanapun mencelah, sekiranya SPRM berhasrat menggunakan rakaman percakapan Beng Hock, mahkamah belum lagi membuat keputusan mengenainya.

1 ulasan:

  1. Inilah yang mahu kita melihat pihak SPRM berani dan tegas menghadapi sebarang desakan, tuduhan, asakan dan tohmahan. Menentang dengan lantang untuk menegak kebenaran bukan sahaja sifat dan sikap terpuji tetapi ia juga dinanti-nanti oleh kami yang mahu melihat SPRM telus dan profesional. Langkah-langkah dan tektik oleh pihak tertentu untuk memperburuk dan memperkecil peranan SPRM jelas menunjuk niat dan agenda kotor mereka. Bagi mereka yang berfikiran waras yang dapat melihat sesuatu dengan pemikiran yang lebih berobjektif tanpa beremosi sudah pasti memahami 'permainan dan lakonan' pihak tertentu, Cuma kita berdoa pihak SPRM selalu memikir 'a few steps ahead' dan tidak gentar dengan 'pahlawan-pahlawan' mereka ! Hanya seorang saja nampak berlagak sombong, angkuh, kekadang biadab ala samseng.Tetapi dapat dilihat pihak SPRM juga mempunyai pegawai-pegawai yang cekap, berwibawa, berkaliber dan mampu menghadapi dan menentang mana-mana 'samseng , pengacau dan pelakon' di dalam episod ini.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH