tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 28 Ogos 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:MCA DILANDA STUNAMI,LEPAS TIMBALAN KINI PRESIDEN PULA NAK DIKORBANKAN

Kempen peringkat nasional sedang dijalankan untuk mendapatkan persetujuan perwakilan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.Agenda utama kempen yang diketuai pemimpin MCA Puchong, Theng Bok itu ialah untuk mengadakan EGM tersebut untuk membatalkan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Dr Chua Soi Lek dan membentangkan undi tidak percaya terhadap Ong.

Dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Theng berkata, pihaknya akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan persetujuan satu pertiga perwakilan MCA bagi membolehkan EGM itu diadakan.

"Kami perlukan kira-kira 800 tandatangan (perwakilan) untuk mengadakan EGM... mengikut perlembagaan parti, ia tidak perlu disahkan oleh setiausaha agung parti," kata Theng.

Sebelum itu, Theng dan kira-kira 20 penyokong menunjukkan tanda 'V' dengan jari mereka sebagai simbol tarikh dua minggu lagi untuk mengadakan EGM tersebut.

Beliau berkata, keputusan majlis presiden memecat Chua malam tadi jelas tidak menghormati kehendak perwakilan parti yang telah memilih Chua sebagai timbalan presiden secara demokrasi.

Beliau juga menolak dakwaan lembaga disiplin bahawa Chua telah mencemarkan reputasi parti itu, tetapi sebaliknya mendakwa tindakan terbaru Ong yang memburuk imej parti, iaitu:

- Bahawa RM100 juta dikumpulkan oleh musuh Ong untuk menjatuhkannya.

- Dakwaan Ong bahawa kongsi gelap telah menyerap ke dalam MCA Johor (kubu kuat Chua).

- Berlagak seperti seorang 'hero' dalam kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Sementara itu Enam bahagian MCA Johor hari ini meminta lembaga disiplin parti itu melucutkan secara sementara kuasa presiden parti yang kini disandang Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pelucutan sementara kuasa presiden itu merupakan satu daripada empat permintaan yang dikemukakan kepada lembaga disiplin parti oleh MCA bahagian Pontian, Tanjung Piai, Tebrau, Gelang Patah, Kota Tinggi dan Pulai.

"Keenam-enam bahagian MCA hari ini sebulat suara bersetuju meminta lembaga disiplin parti melaksanakan empat permintaan pihak kami," kata Pengerusi MCA Kota Tinggi Ng Keng Heng pada sidang media di Johor Bahru hari ini.

Tiga permintaan yang lain, menurutnya, adalah meminta lembaga disiplin MCA menyiasat tuduhan derma RM10 juta kepada MCA oleh pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bdn (KDSB) Datuk Tiong King Sing.

Keenam-enam bahagian MCA itu kata Ng, juga mahukan lembaga terbabit menyiasat tuduhan presiden parti tentang usaha pengumpulan dana sebanyak RM100 juta bagi membiayai usaha menjatuhkannya.

Akhir sekali katanya, mereka meminta lembaga disiplin parti mengkaji semula keputusan yang mereka buat semalam untuk memecat keanggotaan timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, pertikaian di antara Ong dan Tiong merupakan soal peribadi di antara mereka berdua dan tidak membabitkan MCA serta anggotanya secara keseluruhan.

"Tindakan beliau (Ong Tee Keat) mengheret sama MCA di dalam pertikaiannya dengan Tiong telah mencemar nama baik dan imej parti di kalangan masyarakat negara ini," katanya.

Pengerusi MCA Pontian Datuk Tee Siew Kong pula berkata, tindakan memecat timbalan presiden parti semalam dianggap seperti mempermain-mainkan kewibawaan para perwakilan MCA yang telah memilih Dr Chua ke jawatan itu.

"Dr Chua telah dipilih oleh 1,115 perwakilan pada perhimpunan agung parti yang lepas untuk memegang jawatan timbalan presiden MCA.

"Tindakan lembaga disiplin yang dianggotai hanya beberapa ahli untuk memecatnya adalah tidak wajar dan seperti mempermainkan perwakilan," katanya.

Pengerusi MCA Bahagian Gelang Patah Jason Teoh pula berkata, pihaknya menyokong segala usaha untuk memulihkan parti termasuk kemungkinan diadakan mesyuarat agung luar biasa parti.

1 ulasan:

  1. salam, bro, diorang ni semua cilakak punya pemimpin.. kerja sepatutnya bertemu rakyat kaum cina untuk beri penjelasan mengenai isu semasa dan berkerja kuat menarik semula sokongan kaum cina tak dibuat, semua harapkan UMNO.

    kerja yang diorang buat bergaduh satu sama lain..memang haprak punya MCA.

    Elok dua2 letak jawatan dan buat pemilihan baru untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden saja, biar orang yan gminat berkerja saja di beri jawatan...

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH