tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 24 Ogos 2009

TEOH BENG HOCK:PEMBANGKANG HANYA MEREKA REKA CERITA ,TIADA LANGSUNG BUKTI PEGAWAI SPRM TERLIBAT

Tiada bukti bagi menyokong semua tohmahan mengenai pembabitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung
kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock, prosiding inkues diberitahu hari ini.

Hasil siasatan lanjut oleh pihak polis mendapati, tiada keterangan bagi menyokong kebenaran lima tohmahan seperti yang ditulis dalam sepucuk surat layang, yang diterima peguam keluarga si mati Rabu lepas.

Laporan itu dikemukakan peguam Tan Hock Chuan, bagi pihak kerajaan, selepas diarahkan berbuat demikian oleh koroner Azmil Muntapha Abas, Rabu lalu.

Dalam surat itu, Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah dikatakan memberi arahan kepada pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi siasatan supaya tidak melibatkan beliau dalam kes kematian Teoh.

"Polis telah merekodkan percakapan daripada saksi-saksi relevan dan mendapati tiada keterangan untuk membuktikan tohmahan ini," kata Tan.

Surat bertarikh 5 Ogos 2009 dan tidak ditandatangani itu juga turut mendakwa bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah menggunakan teknik soal siasat tersendiri, bagaimanapun teknik tersebut tidak didedahkan oleh Tan dalam laporannya kepada mahkamah.

"Polis juga telah membuat siasatan mengenai dakwaan ini dan mendapati tiada keterangan untuk membuktikan kebenarannya," kata Tan.

Tohmahan ketiga yang ditulis dalam surat itu membabitkan dakwaan bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberikan sampel DNA beliau di biliknya sendiri, dan bukan di bilik mesyuarat seperti yang dilakukan oleh pegawai SPRM yang lain.

Tan menjelaskan dakwaan ini tidak benar dan berkata: "Mengikut pakar saintis Dr Seah Lay Hong, dakwaan ini tidak benar kerana beliau sendiri hadir ketika semua pegawai SPRM terlibat memberikan sampel DNA."

Tan kemudian memberitahu mahkamah sampel DNA 12 pegawai SPRM, termasuk Timbalan Pengarah SPRM Selangor, telah diambil sekali lagi pada Rabu lepas dan hasil ujian menunjukkan sampel DNA tersebut adalah tidak sepadan dengan DNA misteri yang dijumpai pada belakang kot dan tali pinggang yang dipakai si mati pada hari kejadian.

Tan seterusnya memberitahu hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati tiada bukti yang menyokong dakwaan bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap kesan cap jari pada tingkap di mana si mati dipercayai terjatuh.

"Berhubung tohmahan ini, tuan koroner seharusnya menimbangkan keterangan saksi forensik polis Cif Inspektor Mazli Jusoh bahawa terdapat kesan cap jari tetapi ia tidak cukup sifat untuk dianalisis.

"Sedangkan tohmahan dalam surat ini mengatakan bahawa tiada kesan cap jari langsung telah ditemui pada tingkap itu," kata Tan.

Surat itu juga mendakwa bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor tidak mengetik kad perakam waktu ketika keluar dari pejabatnya pada hari kejadian, iaitu 16 Julai lalu.

Tan yang mengakui perkara ini memberitahu Timbalan Pengarah SPRM Selangor memang tidak mengetik kad perakam waktu beliau berdasarkan rekod pada kad itu yang diambil pihak polis.

Bagaimanapun, beliau meminta mahkamah supaya mengambil kira pita rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan bahawa Timbalan Pengarah itu telah keluar dari pejabatnya pada pukul 6.26 pagi, 16 Julai 2009.

"Selain daripada lima tohmahan ini, yang lain adalah di luar skop inkues dan saya tidak akan membuat sebarang komen mengenainya," kata Tan.

Pada prosiding Rabu lalu, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo telah membuat permohonan kepada mahkamah supaya siasatan lanjut dijalankan pihak polis berhubung kandungan surat itu, yang diterimanya di bangunan mahkamah di sini, pada lewat petang 17 Ogos lalu.

Dalam prosiding hari ini, Gobind telah meminta supaya surat tersebut ditandakan sebagai ekshibit (bahan bukti) dalam kes itu, bagaimanapun ia dibantah oleh Tan dan peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

Abdul Razak berkata tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan surat layang seumpama itu diterima sebagai ekshibit dan menegaskan supaya mahkamah tidak terpengaruh dengan sesuatu perkara yang tidak diakui ketulenannya.

Koroner kemudian memerintahkan supaya surat itu tidak ditanda dahulu sebagai ekshibit sebaliknya disimpan dalam fail mahkamah.

Beliau juga membenarkan Gobind untuk menyoal balas saksi-saksi SPRM berhubung dakwaan dalam surat itu apabila mereka memberikan keterangan di mahkamah nanti.

3 ulasan:

  1. salam,

    pelik tapi benar kenapa kah surat layang itu diberikan pada gobind(sedangkan gobind adalah MP dan ahli d.a.p).Kenapa surat tak terus dibgi kepada tuan hakim sahaja.Adakah ini satu lagi sandiwara dan permainan politik pembangkang terutamanya DAP.

    BalasPadam
  2. SALAM ORG KAMPONG...MEMANG INI KERJA PEMBANGKANG....SEBENARNYA ADA 2 SAJA TEORI KEMATIAN TEOH...PERTAMA TEOH BUNUH DIRI KERANA TAK MAMPU UNTUK TERLIBAT SAMA DENGAN BOSNYA DALAM MENGGELAPKAN DUIT KERAJAAN...KEDUA MUNGKINJUGA TEOH DIBUNUH OLEH PEMBUNUH UPAHAN ...YANG MELIBATKAN BANYAK PEMBUNUH UPAHAN SEHINGG TIDAK DAPAT DIKESAN OLEH POLIS...

    BalasPadam
  3. ulusan orang kg . tengoklah kreditabiliti dan transpirasi judiciary dulu example courts of appeal.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH