Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam yang diadakan semalam.Siapakah dalang disebalik perarakan ini yang sudah tentu akan mnimbulkan satu lagi suasana yang tidak baik dalam kehidupan berbagai kaum didalam negara kita ini.
Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.
Walaupun memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak dapat mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar yang membuatkan penduduk merasakan kerajaan negeri tidak prihatin dengan bantahan penduduk selama ini.
Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan.Tapi siapakah dalang disebalik tercetusnya perkara ini.
Dari apa yang telah dinyatakan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tadi ini jelas Umno tidak terbabit dalam tercetusnya perarakan ini.Apakah Pas terlibat?Yang menyedihkan, kata Khairy, ialah demonstrasi itu diadakan atas nama NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan al-Mubarak. Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain,
Sebaliknya, tegas Khairy, tindakan tersebut barangkali akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu.Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran? Tidakkah orang Melayu akan bangkit dengan kemarahan membara?
Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?Sehubungan itu, katanya, beliau mendoakan agar kelakuan petang semalam tidak akan membawa kepada sebarang insiden yang lebih serius.Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam.Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal." Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."
Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain. Salah tetap salah. Benar tetap benar.
Dalam pada itu Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menasihatkan orang ramai supaya bertenang ekoran protes oleh 50 penduduk di Shah Alam yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah cadangan memindahkan kuil Hindu di situ.Mereka terdiri daripada penduduk Seksyen 23 Shah Alam bersama beberapa NGO Melayu.Khalid juga mengingatkan orang ramai supaya jangan mengadakan demonstrasi yang menyentuhkan sensitivi agama.
Tidak ada permit polis dikeluar bagi mengadakan protes tersebut. Ianya satu perhimpunan haram. Mereka berkumpul selama kira-kira 15 minit dan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.Mereka juga diarahkan supaya mengalih kepala lembu itu, dan mereka mematuhinya.
Dan setakat ini tidak ada laporan polis yang dibuat berhubung insiden tersebut.Dan jika ada laporan polis dibuat, pasti pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya dalam membendung perkara ini dari berulang dilain kali.Sambil menyuarakan rasa kesalnya dengan insiden tersebut, Khalid menegaskan, setiap orang mesti menghormati agama dan sensitivi kaum dan tidak mengambil tindakan seumpama itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berasa kesal dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.Beliau yang juga setiausaha agung MIC memberitahu bahawa PM telah menyuarakan kekesalannya itu apabila beliau menghubungi perdana menteri untuk melaporkan kejadian tersebut.Subramaniam berkata perdana menteri teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci.
SIAKAH DALANG DISEBALIK TERCETUSNYA PERKARA INI.BAGI UMNO SEBAGAIMANA YANG TELAH DINYATAKAN OLEH KHAIRY JELAS UMNO TIDAK TERBABIT DALAM PERKARA SEBEGINI YANG BOLEH MEMBAWA TERCETUSNYA RUSUHAN KAUM DINEGARA KITA INI.
BAGI KERAJAAN SELANGOR PULA JANGANLAH KERANA INGINKAN SOKONGAN PERASAAN ORANG MELAYU DAN ISLAM DITOLAK MENTAH MENTAH DIMANA ADA JUGA BENARNYA ORANG ISLAM MEMBANTAH KERANA TIDAK SEPATUTNYA SEBUAH KUIL DIBINA DALAM KEADAAN MAJORITI PENDUDUKNYA HAMPIR 100% ADALAH BERAGAMA ISLAM.BAGI RAKYAT SHAH ALAM SENDIRI KEMANA PERGINYA PEMIMPIN MEREKA YANG LANGSUNG TIDAK MAHU MEMPERTAHANKAN PERJUANGAN PENDUDUK DALAM MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM.
MUNGKIN PAS TERLIBAT KERANA PASAL ARAK ARAK NI SERAH PADA PAS KERANA PAS SANGAT FAHAM PASAL ARAK MENGARAK NI...LEPAS JUAL ARAK DIARAK PULA KEPALA LEMBU...RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI...
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Bukannya kita tidak tahu perangai penyangak-penyangak 'pakatan rompak' yang suka lempar batu sembunyi tangan....
BalasPadamKUALA LUMPUR, Aug 29 – The police inaction and the possibility that some of the cow-head protesters are not from near the disputed Hindu temple site in Shah Alam has Selangor buzzing about the real motives of the racially-provocative demonstration.
BalasPadamPakatan Rakyat politicians claimed that most of the protesters are not from Section 23 where the temple is to be relocated while Hindraf claimed it was “absurd and nonsensical” for the police to need a report to investigate the incident.
Others claim it could be a plot to undermine and topple the Pakatan Rakyat government that has been beset with allegations of corruption and divisions over the sale of beer in convenience outlets.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/36297-are-the-cow-head-protesters-real-
Confirm, kerja orang2 UMNO, perhati betul2 Ketua Pemuda UMNO Selayang pun ada....mmm klau tak silap Datuk Suhaimi Sahadan nama dia...
BalasPadamsentimen agama dan kaum yg dimainkan UMNO di Selangor
BalasPadam1. Kes AZAN... dgn harapan org islam bangkit marah... gagal
2. Kes Kugan...dgn harapan org india bangkit marah... gagal
3. Kes Arak.. dgn harapan org islam bangkit marah... gagal
4.kes Teoh.. dgn harapan org cina bangkit marah... gagal
5. Kes kepala lembu
kalau tgk.. mmg UMNO/BN ni betul2 satu malaysia.. habis sume agama dan bangsa dicucuk sanan sini
aku tlg copy pastekan je ni...
BalasPadamBagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.
Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.
Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.
Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.
Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?
Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.
Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.
Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.
sambung...
Apabila demontrasi berlaku tanpa gangguan polis, takkan awak buat-buat tak tahu, Kamal. Ini kerja Umno parti awak tu lah. Kalau PAS atau PKR yang nak buat, tak sempat nak keluar masjid dah kena tangkap !!!!!. Tengok pakaian dan muka pun dah kenal Umno !!!
BalasPadam.....
BalasPadamSaya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?
Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.
WaLlahu 'Alam
YB Khalid Samad PAS Shah Alam
DATUK NAWAWI KETUA UMNO SHAH ALAM PUN ADE...BODO PIANG
BalasPadamni ke contoh 1malaysia? malu aku sbg ahli umno, otak letak lutut...nak buat isu pun biar le tak tikam kita balik ,...bodoh
BalasPadamPemimpin PR yang batalkan pemindahan ke Seksyen 22 selepas mereka berkuasa Mac 2008 alasan tapak itu jauh kedalam. Penduduk sudah buat pelbagai usaha hingga mengadu kepada Sultan Selangor Julai 2006,Biro Pengaduan Awam JPM dan BPR Julai 2007. Pada 29/12/2007 MBSA maklumkan kuil akan pindah ke Seksyen 22. Selepas pemindahan dibatalkan, Gangguan bising semakin teruk. Ubahsuai besarkan kuil dibuat lagi, lagu hindu dipasang kuat setiap pagi dan malam, keramaian bergendang makin kerap, mereka buat perarakan bawa patung depan rumah penduduk Islam. Selepas PR berkuasa mereka gantung bendera pas dan pkr pada notis larangan ceroboh tanah PKNS, mereka kata dua parti sudah sokong tak payah pindah. Aduan2 dan perjumpaan dgn YB2 tiada perubahan. Gangguan semakin teruk apabila muncul kumpulan gengster 303 ganggu kawasan. Penduduk mohon bantuan NGO pada Januari 2009. Semak blog NGO Pewaris Jan 2009. YB Khalid bertegang leher tuduh NGO buat provokasi kepada pihak kuil didalangi penyokong UMNO.Rujuk surat beliau 10/1 dan 12/1/2009. Depan mata penduduk beliau sokong Hindu kuil yang menceroboh tanah PKNS.Mereka datang dari kawasan luar Seksyen 19. Penduduk sudah bersabar hingga setinggan dekat jalan keretapi yang guna kuil itu pindah tahun 2005. Tapak itu sepatutnya didirikan rumah 16 unit. Penduduk sudah serahkan lapuran polis kepada beliau pada 9/8/2008 penduduk diugut kerana menegur pada malam diadakan perarakan bergendang bawa 3 patung kuda terbang pada jam 1 pagi. Aduan terus dibuat kepada MB pada Mei 2009 minta kuil pindah. Jawapan adun kuil akan pindah dan selesai masa terdekat. Lokasi dipilih Seksyen 23. Penduduk disana sudah maklum masalah penduduk 19 jadi mereka bantah. Kami melihat lokasi tapak kuil diseberang padang permainan kanak2. Selepas itu semua tahu bila kepala lembu diusung jadi isu negara. Kenapa YB Khalid tidak beri perhatian semasa penduduk Islam mohon bantuan semasa gangguan hebat Hindu kuil Julai 2008? Pemimpin India bersatu hati kutuk perarakan kepala lembu. Tetapi gangguan puak mereka kepada penduduk Islam bagaimana? Pemimpin tertentu yang selalu ganggu penguatkuasa setiap kali kuil 19 diarahkan berpindah.Blog2 pro PAS percaya apa saja cakap pemimpin mereka tanpa ketahui isu sebenar dihadapi penduduk Islam Seksyen 19 dan 23. Kepala lembu buka mata banyak pihak. Semoga pemimpin Islam sedar kesalahan mereka. Penduduk Seksyen 19.
BalasPadam