tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 1 April 2011

CERITA TERBARU VIDEO SEX ANWAR

Saya merasa macam orang yang menang cabutan bertuah kerana dapat menonton video seks yang kini menjadi mimpi ngeri bagi saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mungkin agaknya saya antara top 10 saja di Malaysia atau sebilangan kecil yang berpeluang menjadi saksi paling awal kepada perilaku insan yang selama ini menampilkan dirinya sebagai tokoh warak, pemimpin Islam dan sering berlindung disebalik tokoh agama terkenal Yusof Al-Qaradawi.

Saya merasa terdorong untuk memberi pandangan saya kerana merasa CUKUP TERHIBUR membaca komentar dua insan yang turut berpeluang menyaksi sendiri video iaitu Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shahrin.

Ibrarat sekilas ikan di air, kita dapat memahami kenapa mereka bermati-matian cuba meyakinkan itu bukan saudara Anwar.

Mereka boleh berpegang kepada pandangan mereka dan saya juga boleh berpegang kepada pandangan saya setelah menyaksi sendiri video itu.

Tempat dimana saya menontonnya dan bagaimana saya dijemput biarlah menjadi rahsia sendiri.

Rasanya tidak perlu saya pergi secara detail tentang adegan-adegan dalam video itu.Ia sama saja seperti mana-mana video lucah yang boleh kita lihat menerusi internet atau VCD yang dibeli di pasaran gelap.

Apa yang membuat saya merasa sangat-sangat teruja dengan video seks ini ialah aktornya boleh membuat negara ini bergegar.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Presiden Parti KITA dan seorang peguam ternama Datuk Zaid Ibrahim bahawa video lucah itu adalah satu dokumenteri dan bukan lucah dalam ertikata lucah yang sebenar.

Saya juga amat bersetuju dengan kata-katanya bahawa ketulenan video itu harus disahkan oleh semua pihak baik dari dalam dan luar negara agar tidak ada keraguan langsung mengenainya.

Kita sendiri tidak mahu saudara Anwar teraniya menerusi satu video yang di fabricate .

Sebelum satu rumusan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan hasil siasatan rapi,pandangan yang ingin saya sampaikan di sini ialah semata-mata apa yang saya lihat sendiri dari penayangan video itu.

Kalau tanya saya apa rumusan saya berdasarkan video itu saya pasti memberi jawapan yang sama seperti Datuk Zaid Ibrahim dan blogger Papa Gomo yang tersiar dalam Agendadaily.ITU ADALAH SAUDARA ANWAR.

Maaf jika memberitahu reaksi pertama yang terpancul dari mulut saya sebaik saja melihat kelibat Anwar dengan tuala dalam kamar ialah mencarut panjang.

Di benak pemikiran saya bukan sangat tentang aksi seks dalam video itu.

Ia lebih melayang terkenang wajah-wajah penyokong-penyokong taksubnya di sana sini termasuk pak cik dan mak cik di serata ceruk kampong dan bandar yang sanggup berhujan panas nak mendengar ceramah-ceramahnya.

Saya dapat membayangkan bagaimana remuknya perasaan mereka diperbodohkan ke tahap maksima oleh insan dalam video itu.

Saya juga dapat membayangkan air muka mereka yang hebat membelai insan ini seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat,Datuk Hadi Awang dan lain-lain pemimpin parti PKR,PAS dan DAP.

Ahli Parlimen PAS kawasan Titiwangsa Dr Lo Lo yang galak main twitter mempertahankan saudara Anwar mungkin boleh pengsan atau terkedu seribu bahasa.Ketua Penerangan PKR Nik Nazmi yang juga gila main twitter setiap hari mengutuk apa yang dakwanya konspirasi ini boleh lari malam lintang pukang.

Hairan sungguh orang-orang terpelajar dan beragama seperti ini boleh jadi taksub maksimum sampai buta mata dan pekak telinga tak sanggup sekurang-kurangnya hendak usul periksa terlebih dahulu.

Ada orang kata saudara Anwar sentiasa merasa cukup selesa kerana hidup diawang-awangan merasakan semua orang tidak mungkin percaya apa saja dakwaan buruk terhadapnya.

(Jika video itu tulen) saudara Anwar kena mengambil iktibar dari perumpamaan Melayu : sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Walaupun pihak pembangkang sedang berusaha bersungguh-sungguh mencerca kumpulan Datuk Trio kerana menembak tupai kesayangan mereka,saya pasti mereka akan berterima kasih kepada mereka kelak bila segalanya terbongkar secara rasmi kerana Datuk Trio telah menyelamatkan negara ini dari ditebuk oleh tupai itu.

Jangan lupa kita juga sudah biasa dengan kata-kata inggeris yang berbunyi : it takes a thief to catch a thief.

Kita sudah boleh jangka sekalipun video itu akhirnya didapati tulen saudara Anwar tidak mungkin akan seberani Datuk Chua Soi Lek untuk mengakui : ‘it’s me’ .

Saudara Anwar cukup tahu budaya Melayu negara ini tidak akan dapat terima moral seorang pemimpin begitu lebih-lebih lagi yang pamir dirinya warak sewaraknya.

Seperti saya kata tadi saya tidak mahu ulas secara mendalam aksi dalam video itu.Apa yang paling utama bagi saya apa yang terpapar didepan mata saya orang dalam video itu (dari kacamata saya) ialah saudara Anwar.

(Jika video itu tulen) tidak terdetik langsung keraguan dihati saya lelaki yang gagah memuaskan nafsunya dengan pelacur China itu bukan saudara Anwar.

Bagi yang belum berpeluang lagi menonton video itu saya ingin kata seeing is believing.

Biarlah Datuk Johari Abdul dan Chegu Bard bermain dengan igauan mereka yang not believing what they saw.

Mungkin agaknya itu reaksi orang yang terlampau terkejut hingga penglihatan dan pemikiran jadi kabur dan haru biru.

Siapa tahu mungkin juga dibenak hati kecil mereka mengaku diam-diam itu adalah pemimpin besar mereka.

Sebab itulah saya tidak hairan melihat pembangkang rancak berkempen JANGAN TONTON VIDEO ITU.

Sebaliknya jika mereka hendak mencari kebenaran mereka patut kata semua orang patut lihat dan putuskan.

Ini adalah sikap hipokrit tahap terlampau kalau dikenang bagaimana semasa video VK Lingam merekalah yang paling awal menjerit terlakak lalak sana sini minta siasat segera dan tubuh Suruhanjaya Diraja.

Mereka tentu sekali bimbang semua orang yang berpeluang menyaksikannya akan terus membuat rumusan macam saya,Datuk Zaid Ibrahim dan blogger Papa Gomo.

Saya dengar cerita kalangan wartawan yang berpeluang menjadi saksi pertama tayangan video itu di Carcosa Seri Negara juga bagi 100 persatus dia orangnya.

Saya yakin mereka yang kenal lenggok dan stail Anwar akan membuat rumusan sama.

Sebenarnya antara HAKIM yang paling layak untuk menentukan samada orang itu saudara Anwar atau tidak ialah Datuk Seri Wan Azizah Ismail sendiri.

Rasanya sekali imbas pandang video itu Datuk Seri yang bertahun-tahun hidup sekamar boleh kenal siapa gerangannya lelaki dalam aksi video itu.

Semua orang tahu menonton video lucah,seperti kata Datuk Seri itu adalah salah di sisi Islam.

Itu Datuk Seri tak perlu ajar kita semua.

Sebagai isteri tidakkah Datuk Seri sendiri nak tahu siapa lelaki dalam video dokumentari seperti kata Datuk Zaid Ibrahim.

Atau apakah Datuk Seri takut dan gementar itu menghadapi realiti ?

Mana-mana isteri dalam dunia ini pasti jadi orang pertama yang nak tau kebenaran bila ada sesuatu tuduhan melibatkan suaminya.

Itu naluri biasa mana-mana manusia normal.

Saya kira Datuk Seri adalah manusia yang cukup luar biasa.Mungkin agaknya kerana turut sama terpukau dengan insan yang Datuk Seri telah istiharkan di konvensyen PKR tahun lalu sebagai ‘ anugerah Tuhan’.

Mengambil kira saudara Anwar yang sudah berusia 64 tahun dan selama ini mendakwa dirinya sakit belakang,aksinya di ranjang yang perkasa dengan pelacur China itu memanglah layak digelar ‘ anugerah Tuhan’.

Juga saudara Anwar paling layak menerima anugerah Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia.

Maaf jika saya terpaksa membuat satu lagi rumusan (jika video itu tulen) – saudara Anwar....CHECKMATE.


Peminat Discovery Channel
Kuala Lumpur

2 ulasan:

  1. bro...pada pendapat saya..
    video itu harus dipertontonkan kepada orang ramai...censor mana2 bahagian yg lucah..
    hanya pertontonkan wajah pelakun tersebut..
    ini penting untuk meyakinkan orang ramai.

    BalasPadam
  2. orang ramai memang boleh jadi penilai yg baik... anwar pun yakin penuh sbb tu cepat2 dia lapor polis supaya polis pegang video tu... nak censor pun dah x boleh...inikn pulak nak sebar.. polis mesti jaga integriti dia... tindakan anwar ni memang bijak.. dia nak alihkan perhatian rakyat pd polis.. kalau dia betul kenapa x saman dulu umi hafilda... memang dia ni jenis putar alam tahap kronik.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH