Pusat pembuangan undi di Dewan Datuk Merpati Jepang, Satok di sini kecoh  apabila beberapa individu yang mendakwa diri mereka ejen tempat  mengundi dipercayai dari pembangkang cuba mencetuskan provokasi.Lima  individu berkenaan termasuk tiga wanita dan dua lelaki memasuki  kawasan tempat mengundi berkenaan kira-kira jam 11 pagi dan mendakwa  wujud pengundi hantu di pusat mengundi itu dan cuba menarik perhatian  pihak polis.  Keadaan bertambah kecoh apabila penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR)  dan BN enggan keluar dari kawasan 50 meter tempat mengundi walaupun  sudah diarahkan oleh polis supaya beredar. Ia menyebabkan sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU)  terpaksa dikerah meleraikan keadaan.
Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, pertandingan satu lawan satu  antara calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan calon PKR, Ahmad  Nazib Johari.
Dalam pada itu sejumlah 233,134 pemilih atau 21.71 peratus keluar mengundi pada pilihan  raya negeri Sarawak ke-10 setakat 12 tengah hari ini, menurut  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebentar tadi.  Ini menunjukan angka peratus yang keluar adalah rendah.
Menurut SPR lagi Kira-kira 800 daripada 1,748 pusat mengundi pilihan raya negeri Sarawak  yang dibuka 8 pagi tadi, sudah ditutup jam 12 tengah hari yang  kebanyakannya membabitkan kawasan pedalaman.Setakat ini, kira kira 15  peratus sudah keluar mengundi untuk 15 kawasan Dewan Undangan Negeri  (DUN), manakala 23 peratus lagi untuk 13 kawasan DUN.
Sementara itu di  Proses pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak di Kuching, Sibu dan  Miri berjalan lancar tanpa sebarang insiden, kata polis di tiga  bahagian itu.Di bahagian Sibu dan Miri, keadaan cuaca cerah mendorong pengundi  termasuk yang menggunakan kerusi roda keluar awal untuk mengundi bagi  mengelakkan hujan yang diramalkan pada tengah hari.  Di Miri, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau, Presiden  Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang juga Timbalan Ketua Menteri,  Tan Sri Dr George Chan, mengundi di Sekolah Menengah St Columba pada  kira-kira 8.15 pagi.
Dr Chan, penyandang kerusi itu sejak enam penggal lalu ditentang calon DAP, Ling Sie Kiong, 28. 
Ling yang dihubungi Bernama berkata beliau tidak mengundi di Piasau kerana didaftarkan di kawasan Lambir.     
Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Piasau, Monica  Lenya, berkata peratusan turun mengundi di kawasan DUN itu sehingga 10  pagi adalah 18.92 peratus daripada sejumlah 16,600 pengundi di kawasan  itu.
Di Sibu, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk  Seri William Mawan Ikom, yang juga Menteri Hal Ehwal Sosial dan  Urbanisasi dan penyandang kerusi DUN Pakan, mengundi di Sekolah  Kebangsaan Nanga, Wak, dekat rumah panjangnya di Pakan. 
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Masing,  yang juga Menteri Pembangunan Tanah dan penyandang kerusi DUN Baleh,  mengundi di rumah panjangnya Rumah Majau di Mujong, Kapit, di hulu  Sungai Rajang. 
Pengerusi DAP, Wong Ho Leng, yang mempertahankan kerusi DUN Bukit  Assek mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Guong Ann pada  kira-kira 9 pagi dengan ditemani isteri Irene Mary Chang dan empat anak  mereka.
Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Datuk Seri Wong Soon Koh,  dan isteri, Datin Sri Leong, mengundi di SJK(C)Chung Hua, di sini.  Beliau ialah penyandang kerusi Bawang Assan.
 
biasa2 je..pening dgn politik msia,hari2 ceta politik..siapa untung dlm hal ni,agama,bangsa atau negara..sya dah kurang dengar berita,bosan selalu ceta politik saja..bila nak bangun kan negara..sya dah pusing satu dunia..sya jumpa negara,canggih,maju,moeden,membangun,bergolak,miskin..tapi sya masih pening negara kita selalu ceta politik..utk sarawak sape menang sya ucap tahniah..
BalasPadam