tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 7 Julai 2009

MANEK URAI: NIK AZIZ BUKAN MAKSUM,BOLEH DITEGUR.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bukan seorang yang maksum hingga terpelihara daripada sebarang kelemahan dan tidak boleh ditegur apabila melakukan kesilapan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah menjadi kewajipan Umno menegur kesilapan yang dilakukan pemimpin Pas itu, walaupun penyokong Pas menganggap teguran dibuat mengundang simpati kepada Nik Aziz.

"Kalau sayang pemimpin, kita kena tegur (bila buat silap). Sedangkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Khalifah Islam pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW) sendiri pernah berpesan kepada umat Islam, supaya menegurnya kalau beliau melakukan kesalahan.

"Mereka (mana-mana pemimpin selain Nabi Muhammad SAW) tidak maksum dan tidak terpelihara daripada sebarang kelemahan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, mengemukakan kertas pencalonan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I, di sini, semalam.

Timbalan Presiden Umno berkata, seluruh jentera Umno dan BN perlu menyampaikan risalah dan maklumat benar bagi memperbetulkan pandangan dan tanggapan serong yang dilakukan oleh pemimpin Pas dan pembangkang lain terhadap BN selama ini.

Berdasarkan pengalaman kemenangan BN di kubu kuat Pas, Pengkalan Pasir pada pilihan raya kecil 2005, Muhyiddin berkata, dalam konteks Manek Urai dan Kelantan kini, BN boleh membuat perubahan dan berjaya menarik sokongan pengundi.

"Saya tidak fikir sikap pengundi kini begitu taksub sehingga sukar mereka menilai sesuatu dengan secara rasional, pokoknya kita perlu dekati dan dampingi rapat dengan mereka," katanya.

"Sampaikan risalah atau berita yang tepat bagi perbetulkan pandangan serong yang cuba dilakukan oleh Pas dan lawan. Perbetulkan tanggapan (negatif) yang dibangkitkan dan dibuat Menteri Besar (Nik Aziz)," katanya.

Justeru itu, beliau berharap, seluruh jentera BN akan bekerja lebih kuat untuk meraih sokongan pengundi semua peringkat sepanjang tempoh lapan hari kempen bagi membuktikan Umno dan BN boleh melakukan perubahan.

Muhyiddin turut meminta supaya tiada mana-mana pemimpin atau bekas pemimpin Umno dan BN yang berasa tersisih atau menyisihkan diri sepanjang kempen pilihan raya kerana perjuangan dalam pilihan raya, bukan bersifat peribadi sebaliknya perjuangan parti.

"Saya percaya sebagai pemimpin dan ahli yang cintakan parti serta mengutamakan perjuangan, mereka mesti tampil ke hadapan untuk bersama dengan jentera bagi meraih sokongan semua lapisan pengundi," katanya.

4 ulasan:

  1. Salam...

    Tan Sri Muhyiddin Yassin - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bukan seorang yang maksum hingga terpelihara daripada sebarang kelemahan dan tidak boleh ditegur apabila melakukan kesilapan.

    Itu apa yang mamat sembab nih kata. Aku jumpa artikel nih di blog kamalfarsya.blogspot.

    Puak puak goblok nih memang macam nih. Kuman depan mata depa nampak tapi gajah seberang laut nuh depa nampak.

    Memang betul TG Hj Nik Aziz tidak maksum. Memang betul beliau bukan Nabi. Kami pun tak kata beliau maksum. Kami pun tak pernah kata beliau setaraf Nabi.

    Memang beliau boleh ditegur dan wajib ditegur jika beliau melencong daripada jalan Allah swt dan Rasulullah saw. Persoalannya, adakah beliau melencong dari jalan jalan tersebut? Persoalannya, adakah beliau menolak pendekatan jalan jalan Rasulullah saw?

    Jika beliau melencong daripada jalan dunia ke jalan akhirat, maka wajib kita bersamanya. Jika beliau melencongkan dunia untuk akhirat, maka wajib kita bersamanya. Jika beliau melencongkan kejahilan kepada ilmu dan amal, maka wajib kita bersamanya.

    Namun, persoalan yang timbul di sini adalah wajarkah UMNO yang diselimuti daki daki kuffar itu menegur dan menasihati TG Hj Nik Aziz? Di manakah silapnya TG Hj Nik Aziz?

    Jika benar UMNO mahu mengenengahkan kesilapan dan kelemahan TG Hj Nik Aziz, kenapa takut untuk bersemuka dan berbahas? Kenapa mengelak setelah TG Hj Nik Aziz buka gelanggang?

    Sahlah UMNO yang munafiq sebenarnya.

    Apa pun, persoalan yang lebih penting adalah - Siapa Muhyiddin untuk mengeluarkan pandangan sedemikian? Apa hujahnya? Apa dalilnya?

    Bercakap atas dasar mamat sembab nih seorang Timbalan Perdana Menteri dan bukan berdasarkan kefahaman ilmu.

    Rakyat bukan bodoh dan bukan lagi sedia untuk diperbodohkan oleh UMNO yang zalim dan dungu itu.

    Jangan persoalkan punggong orang lain jika punggong sendiri pun meleleh taik.

    www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Datuk Nik Aziz pun tidak pernah menganggap dirinya maksum tetapi dia juga tidak perasuah seperti pemimpin2 UMNO.

    BalasPadam
  3. Oh ye ke? UMNO ke sahaja yg rasuah? PAS kira bersiha dari rasuah ek? Kalau ada rasuah pun mungkin PAS akan tukarkan istilah kepada sedekah.

    BalasPadam
  4. Memang Pas tak rasuah, sebaliknya ahli yang menderma kepada parti.
    Berapa tahun TGNA jadi menteri besar di bandingkan dengan TOYO? Bandingkan rumah mereka.
    Bukalah mata dan bukalah hati mu kepada kebenaran wahai ahli UMNO, kau bukan lagi berada dalam UMNO yang asal yang memperjuangkan bangsamu.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH