tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 8 Julai 2009

MANEK URAI:NIK AZIZ GALAK PENGUNDI TERIMA RASUAH

Pembangkang termasuk PAS tak habis-habis tuduh apa sahaja kerajaan atau UMNO buat ada kaitan dengan rasuah. Setiap kali ada pilihan raya, bantuan kerajaan atau Barisan Nasional (BN) kepada rakyat juga dianggap rasuah.

Sebab itu juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini pernah keluar ‘fatwa’ – Beri pitih ambik, beri gula kacau, beri kain pakai tapi pangkoh PAS!

Ayat serupa berulang pada pilihan raya kecil di Manek Urai.

Ketika berceramah di Cucoh Puteri A, malam Rabu, Menteri Besar Kelantan itu, dua tiga kali sebut perkara sama. Cuma sambil seloroh beliau tambah ‘beri duit, beri kita getek’ – maksudnya jika diberi duit, beri padanya jugak.

Umum tahu dalam bab rasuah, pemberi dan penerima merupakan kesalahan.

Namun dalam dok tuduh UMNO rasuah, Tok Guru Nik Aziz pula yang galakkan penyokongnya termasuk pengundi Manek Urai mengamalkan rasuah.

Sebab itulah beliau terang-terang dalam ceramahnya minta pengundi Manek Urai terima apa yang mungkin diberikan BN ketika kempen.

Dalam bab lain pula, Nik Aziz yang bergelar ulama juga ajar pengundi menipu. Ini kerana katanya, ambil apa yang BN beri tapi pangkah PAS.

Perkara ini yang jadi bahan sembang beberapa wartawan sambil mendengar Nik Aziz berceramah di depan kira-kira 2,000 penyokong dan ahli PAS yang sebahagian besar dari luar Manek Urai.

“Salah tu Tok Guru. Kena jujur. Kalau anggap yang BN bagi rasuah, elok jangan ambil. Kalau ambil juga salah. Lagi salah kalau lepas tu pangkah PAS, menipu namanya,” kata seorang wartawan.

Hakikatnya, itulah PAS yang sebenar-benarnya. Walaupun berjuang atas nama Islam, pemimpin parti itu sewenang-wenangnya menghukum orang lain berdosa dan bersalah.

Mereka juga tak habis-habis mencerca dan menghina pemimpin UMNO dalam ceramah dan kempen sedangkan yang dikata itu sesama Melayu dan Islam.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz masih dengan cerita lama kononnya masalah PAS dan UMNO boleh selesai jika UMNO tukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Beliau juga ulangi kenyataan sudah hantar surat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan soal itu dan tujuan mahu berdebat dengan Perdana Menteri.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya memuji Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak kononnya bijak memimpin.

Sudah banyak kali beliau memuji melangit pemimpin PAS semata-mata nak tunjuk bahawa PKR sentiasa sokong PAS.

Seperti biasa, media jadi sasaran Ketua Pembangkang itu yang dikatakan sengaja besar-besarkan isu babi di Kedah kononnya hendak pecahkan pakatan pembangkang di negeri itu.

2 ulasan:

  1. Jadi benar la UMNO ni rasuah??? Anda pun dah mengaku bukan?
    Nasib baik org PAS ambik without string attach kalau ambik atas dasar 'upah' pangkah UMNO memang terang rasuah la wei.. Apala ko cakap belit2.. betula tu pesan Tok Guru, biar deme bagi ambik pastu jgn janji ape2 sbb nanti rasuah, kalau rasuah kan dpt dosa kat UMNO tu.. so baik pe org PAS sbb elakkan 'sahabat UMNO'nye dari dpt dosa rasuah..he he he.

    BalasPadam
  2. Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK Penanti PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:

    1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak dibenarkan mengundi.

    2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling dengan rapat dengan anda.

    3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.

    4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.


    5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.



    Selamat Mengundi

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH