Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, kira-kira 200 orang yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan di sekitar ibu negara sehingga pukul 4 petang ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu Bernama bahawa keadaan di ibu kota buat masa ini terkawal.
Mohammad Sabtu sebelum ini berkata, antara lokasi tangkapan ialah berhampiran Masjid Negara, Padang Merbok, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Negara, Masjid Jamek dan kompleks membeli belah Sogo.
Badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undangundang itu mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.
Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 10,000 orang yang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu.
Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) yang sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di Pasar Seni menyokong ISA dikekalkan, membatalkan perhimpunan mereka kerana akur dengan arahan.
Orang ramai yang mengunjungi Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk membeli-belah di hujung minggu terperangkap oleh ribuan orang yang mengadakan perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di kawasan membeli-belah berkenaan hari ini. Gambar kanan, salah sebuah premis perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman terpaksa menutup perniagaan mereka akibat demontrasi haram tersebut.
GAMBAR GAMBAR MENARIK SEKITAR PERHIMPUNAN ISA
SEBAHAGIAN anggota polis yang membuat sekatan jalanraya di Jalan Cheras - Loke Yew memeriksa setiap kenderaan yang memasuki ke Kuala Lumpur berterusan sehingga waktu malam bagi menghalang kumpulan yang akan membuat perhimpunan haram protes ISA, malam tadi
PENYOKONG yang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) keluar dari Masjid Negara berarak melalui Jalan Kinabalu menuju ke Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, hari ini. (Gambar bawah) Anggota keselamatan terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perarakan.
BERSURAI..Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan anti-ISA di hadapan Kompleks Sogo
BERSURAI..Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan anti-ISA di hadapan Kompleks Sogo
ANTARA beberapa penyokong perhimpunan haram bagi membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditahan polis di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, tengah hari tadi
POLIS membuat sekatan di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, bagi mengawal kehadiran penyokong perhimpunan haram bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hari ini
YANG SEBAIKNYA ADALAH
PERDANA Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (dua, kiri) mengaminkan doa ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, hari ini. Turut sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA