Mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara sejak pagi tadi.
Antara lokasi berkenaan ialah Pasar Seni, Masjid Negara, kawasan Masjid Jamek dan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Kompleks Sogo.
Kira-kira 20,000 orang dipercayai sertai himpunan GMI yang menyifatkan telah mencapai matlamatnya.
Dalam pada itu, kumpulan pro-ISA yang sebelum ini menyasarkan untuk menghimpunkan 70,000 orang telah menggerakan sekitar 2,000 orang di kawasan Pasar Seni petang tadi.
Setiausaha Gabungan NGO Bersama Malaysia, Mohd. Jurit Ramli memberitahu mStar Online, kumpulan itu juga menyifatkan telah mencapai sasaran mereka dengan mesej "tidak semua sokong ISA dimansuhkan."
Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan ialah R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Sivarasa dan Mujahid masing-masing merupakan Ahli Parlimen Subang dan Parit Buntar.
"Maklumat yang kami terima menunjuklkan lebih 200 orang telah ditahan sejak pagi tadi, sebelum himpunan bermula, atas nama pencegahan. Belum pun perarakan diadakan polis sudah menahan mereka," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pada sidang media di Ibu Pejabat PAS kira-kira 3.45 petang tadi.
Sidang media diadakan selepas ucapan siri pemimpin Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang di pekarangan Ibu Pejabat PAS, di hadapan 1,000 orang.
Ekoran langkah pencegahan itu, yang bermula 9 pagi, GMI gagal menyerahkan memorandum Deklarasi Rakyat kepada Istana Negara petang ini sebagaimana dirancangkan.
Syed Ibrahim menegaskan, pihaknya akan tetap menyerahkan memorandum kepada Istana Negara kemudian hari ini.
Kata beliau, pihaknya masih menganggap perarakan hari ini yang dinamakan Perhimpunan 100,000 Rakyat berjaya mencapai matlamat mereka.
"Kami anggap usaha kami ini berjaya, dapat capai sasaran kumpulkan angka 100,000 orang yang disasarkan," katanya.
Pihak polis menggunakan gas pemedih mata di kawasan Masjid Jamek, Kompleks Sogo, hadapan stesen LRT Bandar Raya di Jalan Raja Laut dan Ibu Pejabat PAS antara 1.40 tengah hari dan 3.50 petang.
Hampir 200 penyokong kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai himpunan anti-ISA - yang disifatkan oleh polis sebagai tidak sah - ditahan hari ini.
Mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara sejak pagi tadi.
Dua Ahli Parlimen yang ditahan ialah R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Dr. Mujahid Yusoff Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Sivarasa dan Mujahid merupakan Ahli Parlimen Subang dan Parit Buntar.
"Maklumat yang kami terima menunjuklkan lebih 200 orang ditahan sejak pagi tadi, sebelum himpunan bermula, atas nama pencegahan. Belum pun polis sudah menahan mereka," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pada sidang media.
SEBAHAGIAN anggota polis yang membuat sekatan jalanraya di Jalan Cheras - Loke Yew memeriksa setiap kenderaan yang memasuki ke Kuala Lumpur berterusan sehingga waktu malam bagi menghalang kumpulan yang akan membuat perhimpunan haram protes ISA, malam tadi
PENYOKONG yang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) keluar dari Masjid Negara berarak melalui Jalan Kinabalu menuju ke Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, hari ini. (Gambar bawah) Anggota keselamatan terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perarakan.
BERSURAI..Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan anti-ISA di hadapan Kompleks Sogo
BERSURAI..Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan anti-ISA di hadapan Kompleks Sogo
ANTARA beberapa penyokong perhimpunan haram bagi membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditahan polis di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, tengah hari tadi
POLIS membuat sekatan di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, bagi mengawal kehadiran penyokong perhimpunan haram bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hari ini
SURAI..Polis menyuraikan kumpulan yang berkumpul dihadapan Bangunan Kraftangan Malaysia. Berlaku pergelutan dan sebahagian besar penyokong ditahan oleh pihak polis
BERIKUT adalah gambaran suasana himpunan bagi dua kumpulan pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar ibu negara hari ini:
Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibunegara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan mereka di kompleks membeli belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mahsuhkan ISA (GMI) masih berkumpul di sekitar kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga jam 4 petang ini.
Bagaimanapun, difahamkan kumpulan terbabit tidak akan meneruskan tindakan untuk berarak ke Istana Negara bagi menyerah memorandum bantahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap, melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.
Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negar sejak awal pagi lagi.
Bagaimanapun, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang pro-ISA gagal menyerahkan memorandum kepada istana.
Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Dipercayai hampir 200 orang ditahan. Berikut adalah rentetan peristiwa perkembangan hari ini.
5.15 petang: Magaran, kumpulan pro-ISA menyerahkan memorandum kepada Istana Negara, kata Setiausaha Gabungan Bersama NGO Malaysia
4.40 petang: Polis berada di depan pintu Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut. Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan masuk oleh pengurusan PAS. Pemimpin Pakatan berada di tingkat atas bangunan tersebut.
4.30 petang: Polis masih ditempatkan di kawasan luar Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Ada usaha penyokong GMI untuk berhimpun semula di kawasan Kompleks Sogo.
4.05 petang: FRU lepaskan gas pemedih ke arah penyokong GMI yang masih berhimpun di pekarangan Ibu Pejabat PAS. Ketika itu pemimpin Pakatan Rakyat dan GMI sedang adakan sidang akhbar di dalam pejabat PAS.
4.02pm Polis melepaskan dua tembakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah penyokong anti-ISA di hadapan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ketika mereka sedang bersurai.
3.45pm Kira-kira 2,000 penentang akta ISA yang berkumpul di atas jalan di depan ibu pejabat PAS diminta bersurai selepas mendengar ucapan pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.
Pewaris gagal hantar memo kepada istana
3.38pm Timbalan Penerusi 11 Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada ke Istana Negara untuk serah memorandum.
3.35pm Kira-kira 2,000 berhimpun di depan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka duduk di atas jalan, dipercayai untuk menghalang kenderaan polis ke situ.
3.30pm Ratusan orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibupejabat PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ikut sama..
3.25pm Ratusan orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibupejabat PAS.
3.30pm Tinggal 100 orang kelihatan berlegar di kawasan masjid negara. Juga kelihatan beberapa anggota polis sahaja di situ. Sebelum ini polis melepaskan tembakan meriam air.
3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo.
3pm Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
2.53pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di kompleks Pertama, depan Sogo.
2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".
2.50pm Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.
2.42pm Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.
2.42pm Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.
2.41pm Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.
2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noah dan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berucap di hadapan kumpulan penyokong anti-ISA dan unit amal PAS di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Dang Wangi. Mereka kembali berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo.
2.37pm Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara
2.33pm Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.
2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.
2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman. 2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.
2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.
2.10pm Pewaris membatalkan perarakan ke Istana Negara tetapi tetap berkumpul di Pasar Seni. Mereka akan menghantar memorandum ke istana menggunakan kenderaan.
2.10pm Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.
2.01pm Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju. Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka
1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur.
1.46pm: Kira-kira 1,000 berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad.
Ketua polis Kuala Lumpur juga kelihatan di situ.
Sekurang-kurangnya 25 orang ditahan.
1.46pm: Ketua Pemuda PKR Batu ditahan polis dekat Sogo.
1.45pm: Dua gadis, yang berpakaian agak menjolok mata, masuk ke perkarangan ke Istana Negara kira-kira 1.30 petang - dan terus mencuri tumpuan media dan polis yang bertugas.
1.34pm: Setengah jam menjelang saat-saat perarakan ke Istana Negara, sekurang-kurangnya 10 ditahan di Nasjid Negara.
1.33pm: Menurut polis Kuala Lumpur, empat buah bas yang dipercayai membawa penyokong untuk menghadiri perhimpunan isu ISA ditahan engah hari ini, lapor laman web Utusan Malaysia.
Kesemua bas sewa khas itu dipercayai datang dari Terengganu.
1.26pm: Dua lelaki, dalam lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan kerana membawa lambang anti-ISA. Polis juga mengadakan pemeriksaan rambang terhadap mereka yang memasuki masjid.
Lelaki tua itu, yang membawa baju mansuhkan ISA, menangis sewaktu ditahan. Azan solat Zohor berkumandang.
1.25pm: Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara - sekarang mereka kini berjumlah kira-kira 500 orang.
1.20pm Lapan lelaki ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo.
1.15 petang: Kira-kira 200 anggota polis biasa dan FRU mengarahkan orang ramai yang berkumpul di kawasan LRT Masjid Jamek dan Jalan Tun Perak supaya meninggalkan kawasan tersebut.
1 tengah hari: Jalan Tun Perak-Tun Raja ditutup. Jumlah anggota polis ditambah. Mula mengepung kawasan LRT Masjid Jamek
12.40 tengah hari: Wakil Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam, Puspawati Osman dibebaskan polis 20 minit kemudian. Dia ditahan di Jalan Melayu kerana edarkan risalah hak-hak seorang yang ditahan terbitan Majlis Peguam. Majlis Peguam juga sudah mula henti edar risalah itu.
12.20 tengah hari: Seorang wakil Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam antara lebih 50 ditahan; dia antara dua wanita ditahan di kawasan dekat Masjid Jamek
12 tengah hari: 51 individu telah ditahan di pelbagai lokasi di ibu negara - Masjid Negara, kawasan LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni serta Kompleks Sogo - setakat ini.
11.20 pagi: Tiga lelaki termasuk seorang yang memakai jaket PAS ditahan di kawasan stesen LRT Masjid Jamek kerana enggan bersurai atau beredar.
11.10 pagi: Polis kelihatan menasihatkan orang ramai khususnya mereka 'disyaki' peserta himpunan ISA supaya meninggalkan kawasan Masjid Jamek. Jurucakap polis memberitahu mStar Online berkata, belum ada tangkapan, cuma ambil langkah cegah sebelum parah.
11 pagi: Suasana sekitar pusat bandar raya - Jalan Tun Perak, Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman kelihatan tenang.
10.50 pagi: Beberapa penyokong kumpulan GMI yang anti-ISA ditangkap sejak 9.30 pagi tadi, kata Timbalan Pengarah Sekretariat Perhimpunan 100,000 Rakyat GMI, Kamaruzaman Mohamed.
10.30 pagi: Laluan ke ibu negara semakin sesak, pihak polis pertingkat sekatan lalu lintas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA