SEBAHAGIAN anggota polis yang membuat sekatan jalanraya di Jalan Cheras - Loke Yew memeriksa setiap kenderaan yang memasuki ke Kuala Lumpur berterusan sehingga waktu malam bagi menghalang kumpulan yang akan membuat perhimpunan haram protes ISA, malam tadi
ANTARA beberapa penyokong perhimpunan haram bagi membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditahan polis di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, tengah hari tadi
POLIS membuat sekatan di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, bagi mengawal kehadiran penyokong perhimpunan haram bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hari ini
SURAI..Polis menyuraikan kumpulan yang berkumpul dihadapan Bangunan Kraftangan Malaysia. Berlaku pergelutan dan sebahagian besar penyokong ditahan oleh pihak polis
BERIKUT adalah gambaran suasana himpunan bagi dua kumpulan pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar ibu negara hari ini:
TERKINI DISINI:http://kamalfarsya.blogspot.com/2009/08/himpunan-isaterkini-suasana-sekitar-kl.html
2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".
2.50pm Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.
2.42pm Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.
2.42pm Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.
2.41pm Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.
2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noah dan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berucap di hadapan kumpulan penyokong anti-ISA dan unit amal PAS di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Dang Wangi. Mereka kembali berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo.
2.37pm Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara
2.33pm Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.
2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.
2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman. 2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.
2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.
2.10pm Pewaris membatalkan perarakan ke Istana Negara tetapi tetap berkumpul di Pasar Seni. Mereka akan menghantar memorandum ke istana menggunakan kenderaan.
2.10pm Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.
2.01pm Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju. Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka
1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur.
1.46pm: Kira-kira 1,000 berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad.
Ketua polis Kuala Lumpur juga kelihatan di situ.
Sekurang-kurangnya 25 orang ditahan.
1.46pm: Ketua Pemuda PKR Batu ditahan polis dekat Sogo.
1.45pm: Dua gadis, yang berpakaian agak menjolok mata, masuk ke perkarangan ke Istana Negara kira-kira 1.30 petang - dan terus mencuri tumpuan media dan polis yang bertugas.
1.34pm: Setengah jam menjelang saat-saat perarakan ke Istana Negara, sekurang-kurangnya 10 ditahan di Nasjid Negara.
1.33pm: Menurut polis Kuala Lumpur, empat buah bas yang dipercayai membawa penyokong untuk menghadiri perhimpunan isu ISA ditahan engah hari ini, lapor laman web Utusan Malaysia.
Kesemua bas sewa khas itu dipercayai datang dari Terengganu.
1.26pm: Dua lelaki, dalam lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan kerana membawa lambang anti-ISA. Polis juga mengadakan pemeriksaan rambang terhadap mereka yang memasuki masjid.
Lelaki tua itu, yang membawa baju mansuhkan ISA, menangis sewaktu ditahan. Azan solat Zohor berkumandang.
1.25pm: Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara - sekarang mereka kini berjumlah kira-kira 500 orang.
1.20pm Lapan lelaki ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo.
1.15 petang: Kira-kira 200 anggota polis biasa dan FRU mengarahkan orang ramai yang berkumpul di kawasan LRT Masjid Jamek dan Jalan Tun Perak supaya meninggalkan kawasan tersebut.
1 tengah hari: Jalan Tun Perak-Tun Raja ditutup. Jumlah anggota polis ditambah. Mula mengepung kawasan LRT Masjid Jamek
12.40 tengah hari: Wakil Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam, Puspawati Osman dibebaskan polis 20 minit kemudian. Dia ditahan di Jalan Melayu kerana edarkan risalah hak-hak seorang yang ditahan terbitan Majlis Peguam. Majlis Peguam juga sudah mula henti edar risalah itu.
12.20 tengah hari: Seorang wakil Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam antara lebih 50 ditahan; dia antara dua wanita ditahan di kawasan dekat Masjid Jamek
12 tengah hari: 51 individu telah ditahan di pelbagai lokasi di ibu negara - Masjid Negara, kawasan LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni serta Kompleks Sogo - setakat ini.
11.20 pagi: Tiga lelaki termasuk seorang yang memakai jaket PAS ditahan di kawasan stesen LRT Masjid Jamek kerana enggan bersurai atau beredar.
11.10 pagi: Polis kelihatan menasihatkan orang ramai khususnya mereka 'disyaki' peserta himpunan ISA supaya meninggalkan kawasan Masjid Jamek. Jurucakap polis memberitahu mStar Online berkata, belum ada tangkapan, cuma ambil langkah cegah sebelum parah.
11 pagi: Suasana sekitar pusat bandar raya - Jalan Tun Perak, Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman kelihatan tenang.
10.50 pagi: Beberapa penyokong kumpulan GMI yang anti-ISA ditangkap sejak 9.30 pagi tadi, kata Timbalan Pengarah Sekretariat Perhimpunan 100,000 Rakyat GMI, Kamaruzaman Mohamed.
10.30 pagi: Laluan ke ibu negara semakin sesak, pihak polis pertingkat sekatan lalu lintas
Beberapa individu ditahan di sekitar Masjid Negara
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman memberitahu, terdapat beberapa individu telah ditahan di kawasan Masjid Negara mengikut seksyen 105 kanun keseksaan bagi menghalang berlakunya perlakuan jenayah.Sementara itu, menurut bilik gerakan trafik Zon HS Lee, terdapat lima laluan utama ke Kuala Lumpur ditutup iaitu Jalan Kelapa Gading, Jalan Travers, laluan berdekatan Istana negara dan Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur serta Dataran Merdeka berikutan perhimpunan haram mansuh ISA yang dijangka diadakan pada pukul 2 petang ini.
Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, memberitahu, terdapat dua lagi jalan di daerah Dang Wangi yang ditutup iaitu Jalan Hishammuddin dan Jalan Raja.
Polis telah memulakan tangkapan ke atas orang awam yang disyaki akan menyertai demonstrasi aman Himpunan Mansuh ISA bagi menyerahkan memorandum memansuhkan ISA walaupun himpunan rasmi belum bermula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA