Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra hari ini membuat pindaan tuntutan terhadap isterinya Cik Puan Temenggong Manohara Odelia Pinot bagi mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin daripada RM972,750 kepada RM1,112,250.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd Yusof Awang membenarkan permohonan pindaan secara lisan itu melalui peguam plaintif Zainul Rijal Abu Bakar tanpa dibantah peguam mewakili Manohara, Mohd Faiz Adnan.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Zainul Rijal berkata pindaan itu kerana terdapat beberapa lagi dokumen yang membuktikan Manohara berhutang lebih RM1 juta.
Terdahulu, ketika prosiding, Mohd Yusof menolak permohonan Mohd Faiz untuk membenarkan dua peguam pemerhati mewakili Manohara untuk duduk di bangku pembelaan kerana kedua-dua mereka bukan peguam syarie yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kelantan.
Abdullah Anuar Sahri dan Khairil Nizam Yub kemudiannya akur dengan keputusan itu dan duduk di galeri awam bagi mendengar prosiding.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA