tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 9 Ogos 2009

SIAPA YANG AJAR DAP KALAU BUKAN PAS DAN PKR

Sejak duamenjak ini Dap semakin berani mencabar kesucian agama Islam kerana ada dua parti yang sanggup membela walaupun Islam dihina tapi kerana mahukan sokongan politik mereka sanggup memekakan telinga dari mendengar segala keculuparan Dap.Yang satu bertunjangkan hak kesamarataan dan yang satu bertunjangkan perjuangan Islam tapi mengikhtiraf ulama Dap yang membaca ayat ayat suci dan sanggup menghina ulama dan mufti hanya berbeza pendapat.


View Image


KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN


Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh.

Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya.

Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?

Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:

"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;

2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;

5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.

Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:

1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;

2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;

3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;

4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;

5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;

6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.

ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

sumber - zul4kulim


KOMEN DARI PANGLIMA PERANG CYBER BACA DISINI

SIAPA TOK GURU DAP KALAU BUKAN ULAMA PAS DAN ANWAR IBRAHIM.PAS TIDAK AKAN MEMPERTAHANKAN ISLAM KERANA YANG MENYERANG ADALAH RAKAN PAS DAN PAS HANYA MENYERANG SEKIRANYA UMNO YANG BERKATA.INILAH PAS,MANA TOK TOK GURU PAS...MANA NIK AZIZ?APAKAH NIK AZIZ AKAN MENYATAKAN INI BUKAN DINEGERI KELANTAN....MANA PEMIMPIN PEMIMPIN CINA ISLAM PAS DAN PKR YANG SERING MENYERANG UMNO TAPI BERSENGKONGKOL DENGAN DAP DALAM MENGHINA UMAT ISLAM.ANDAI PAS BERHATI PERUT DAN ADA KESEDARAN YANG ISLAM DIHINA SUDAH WAJAR PAS KELUAR DARI PAKATAN YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN ISLAM DIHINA OLEH RAKAN RAPAT PAS.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI........

2 ulasan:

  1. PAS takut kehilangan sokongan daripada PKR dan DAP sebab tulah ,dia orang senyap.

    PKR puloa terlalu memberi muka kepada DAP, tunggulah suatu hari nanti PKR sama juga dengan PAS. MAKA DAP akan menjadi bos dalam PR

    BalasPadam
  2. BAGUS LA MACAM TU, TULIS DAN BERBICARA SECARA TERBUKA , HINA SEGALA MACVAM AGAMA , BANGSA DAN APA APA YANG MEGGUGAT KEAMAANA SERTA SESITIVITY MASYARAKAT MELAYSIA....
    HEHEHEH , MANSUH KAN ISA SUPAYA LAGI BANYAK FORUM MACAM NIE, CERNA HINA AGAMA , BANGASA DAN MUGKIN RAJA RAJA MELAYU....
    MELAYU 20 RIBU YANG MENJADI "BALACI" MEMANSUHKAN ISA....APA MEREKA NIE X FIKIR SEMUA TU KA ?
    KENAPA SEKARANG NAK MENEGAKKAN SEMUA NIE , KALO KEBEBASAN BERUSUARA ADALAH HAK MUTLAK DAN SEKIRAMNYA IA MENGGUGAT KEAMANAN YNG MEMBABITKAN SESITIVITI MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAH DI"HALALKAN" CAM " HALALKAN" BEER DI SA....
    OK PER.... BIAR LA MASUHKAN ISA..BIAR KITA JADI HRU HARA//ITU YANG PR BERHEMPAS PULAS MAHU DILAKSANAKAN....

    LU FIKIRLAH SENDIRI..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH