Beliau berkata, pakatan pembangkang melakukan tindakan itu selepas mereka tahu dan bimbang dengan sokongan rakyat yang semakin kukuh terhadap kerajaan negeri sekarang termasuk di kalangan persatuan masyarakat Cina.
“Saya tidak terkejut dengan tindakan mereka, sebelum ini pun mereka sudah buat sidang DUN bawah pokok dan sekarang nak buat lagi keadaan huru-hara... dengan suasana tidak stabil, dengan sendiri mereka mengharapkan apa yang diinginkan akan tercapai. “(Tetapi) saya tidak akan tunduk dan terikut dengan permainan mereka...saya percaya rakyat tahu dan sudah muak, benci dan meluat tengok cara mereka ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ipoh Barat di sini, semalam.
Zambry mengulas laporan sebuah akhbar tabloid semalam yang memetik kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bahawa beliau akan menghadiri ‘sidang DUN 2 September’ jika diarahkan berbuat demikian oleh bekas Speaker, V Sivakumar.
Mohammad Nizar dilaporkan berkata, penetapan tarikh berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Sivakumar yang masih dianggap-nya sebagai Speaker dan mana-mana pihak tidak boleh menghalang atau mempertikai tindakan berkenaan.
Zambry mengingatkan Mohammad Nizar supaya tidak terus melakukan kekecohan di negeri ini dengan mengambil kira perasaan majoriti rakyat yang mahukan kestabilan bagi meneruskan kehidupan seharian.
Beliau berkata, pakatan pembangkang tidak boleh menganggap hanya yang menyokong mereka saja dianggap sebagai rakyat manakala yang tidak menyokong mereka tidak dianggap rakyat tetapi musuh.
Zambry berkata, seorang pemimpin pakatan pembangkang dalam satu siri ceramahnya malam kelmarin dilaporkan telah merayu kepada persatuan masyarakat Cina agar tidak menjemput beliau dalam sebarang majlis mereka.
“Dia takut (sebab) persatuan Cina sudah mula menjemput saya untuk berbincang bagaimana mahu membangunkan ekonomi Perak... mereka (pakatan pembangkang) bimbang kerana kekuatannya hanya ada pada situ (pengundi Cina).
“Ini satu kebimbangan bagi mereka dan satu caranya ialah terus mewujudkan suasana huru-hara (dengan mengadakan sidang DUN sendiri),” katanya.
Sebagai seorang rakyat Perak yang menetap di Ipoh, saya rasa semenjak mengambil alih kerajaan negeri Perak Dato' terlampau ghairah untuk berpolitik berbanding dengan tanggung jawab Dato' terhadap rakyat Perak. Tahukah Dato' yang saluran air dibeberapa kawasan di Ipoh adalah sangat kotor dan berpasir semenjak beberapa bulan yang lepas ? Banyak aduan telah dibuat keatas Lembaga Air sehingga akhbar juga ada menyiarkan aduan tentang air kotor ini tetapi sehingga kini tiada langsung tindakan diambil. Yang menghairankan saya ialah kekotoran air ini tidak berlaku semasa kerajaan negeri Perak dibawah Pakatan Rakyat. Diharap Dato' boleh turun kepadang tengok dengan mata sendiri serta menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Jangan hanya terlalu mementingkan kedudukan dan jawatan Dato' sehingga mengabaikan apa yang patut Dato' lakukan untuk rakyat. Kenyataan sokongan baik dari kaum melayu atau bukan kaum melayu patut diluahkan dari mulut rakyat Perak dan bukan dari mulut Dato' sendiri. Kalau Dato' tidak mengubah sikap yang terlalu mementingkan berpolitik daripada menjaga kesejahteraan rakyat Perak, percayalah laungan sokongan yang dikatakan oleh Dato' itu hanya untuk "SYOK SENDIRI" sahaja. Diharap juga komen ini dipaparkan dilaman ini untuk tantapan Dato' serta penyokong kuat Dato' agar dapat disampaikan komen ini ketelinga Dato' sekiranya Dato' terlepas baca komen ini. Jangan hanya menpaparkan komen2 yang hanya tahu memuji dan membodek sahaja.
BalasPadam