Setiausaha akhbar presiden PAS gagal mempertahankan jawatannya sebagai yang dipertua yang disandang selama dua penggal, sementara seorang tokoh ulama PAS tewas di tangan seorang pesara guru.
Roslan Shahir Mohd Shahir gagal di Kelana Jaya, manakala ahli parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib kalah sebagai timbalan yang dipertua.
Pegawai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu gagal mempertahankan jawatan tersebut yang dipegangnya sejak 2005 – sebagai kawasan parlimen yang baru – di tangan timbalannya Izham Hashim.
Kenaikan Izham, yang juga ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, dianggap suara akar umbi PAS yang menolak Roslan kerana didakwa sering mempertahankan isu rundingan dengan Umno.
Izham memberitahu Malaysiakini, Roslan tewas akibat dua faktor utama – pertama, kecenderungan ahli-ahli menolak isu kontroversi tersebut, termasuk cadangan Abdul Hadi menganjurkan kerajaan campuran, dan juga beliau dikatakan tidak rapat dengan pemimpin-pemimpin cawangan.
Dihubungi hari ini, Roslan menafikan kekalahannya itu "ada kena-mengena" dengan isu rundingan PAS-Umno dan kerajaan campuran.
"Kalah menang adat pertandingan, mungkin akar umbi mahu pemimpin (yang) lebih baik daripada saya, bekerja lebih kuat daripada saya," katanya.
Roslan, yang juga ketua penerangan PAS Selangor, tewas 10 undi di tangan jurutera itu daripada 102 perwakilan.
Kelana Jaya mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai timbalan presiden, manakala Mohamad Sabu, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan Taib Azamudden sebagai naib presiden.
Taib Azamudden, bekas imam besar Masjid Negara, tewas kepada ADUN Kupang, Johari Abdullah dengan majoriti lebih 40 undi daripada lebih 600 perwakilan.
Bagaimanapun, jawatan yang dipertuanya yang disandang Abdul Wahad Hassan dan naibnya Hassan Saad bagi kawasan tersebut tidak dipertandingkan.
Mesyuarat kawasan-kawasan PAS yang bermula 9 Mac lalu, akan berakhir hujung minggu ini. Manakala mesyuarat ketiga-tiga dewan - Pemuda, Muslimat dan Ulama - di peringkat negeri akan berlangsung antara 20 April hingga 10 Mei.
Pemilihan barisan pemimpin atasan parti di muktamar ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam antara 3 hingga 7 Jun dijangka menampilkan pertarungan sebenar aliran-aliran utama parti itu, khususnya golongan pro-muzakarah dan pro-Pakatan Rakyat (dikenali juga "kumpulan Erdogan").
Ia dijadual disertai lebih 1,000 perwakilan dari 175 kawasan PAS di seluruh negara.
Pemilihan dan persidangan Pemuda, Muslimat dan Ulama dijadual berlangsung sehari pada 4 Jun.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Kepada rakyat yang masih sayangkan Malaysia, janganlah disokong Pakatan Pengganas. Kerana setiap sokongan kepada mereka akan menghancurkan masa depan anak cucu. Setiap sokongan membawa kehancuran kepada Malaysia, menolak Islam sebagai Agama Rasmi malah mengusir orang Melayu daripada tanahair sendiri.
BalasPadamBangkitlah wahai rakyat Malaysia dan bersatulah menolak anasir anasir jahat dan lindunglah kedaulatan Negara dan Raja Raja Melayu. Peliharalah agama Islam dan Perlembagaan Malaysia. Lindungilah anak anak dan keluarga kita dari pengaruh jahat mereka. Semoga Allah s.w.t melindungi kita dan negara daripada kejahatan mereka.
Antara isi kandungan ucapan Anwar,untuk memancing undi orang bukan Melayu, di Bukit Selambau. Anwar berkata, kalau PR memerintah:
BalasPadam1. Lebih ramai orang bukan Melayu akan diambil bekerja dalam kerajaan, bukan macam BN sekarang.
2. Orang bukan Melayu akan di lantik menjadi Naib Cancelor IPTA.
3. Orang bukan Melayu akan dilantik menjadi YDP Majlis Daerah atau Bandaran
4. Setesyen PETRONAS akan diberikan juga kepada bukan Bumiputra
5. DEB akan dihapuskan.
6. Peruntukan rumah ibadat akan diberikan secara adil, kalau masjid 1 juta, kuil juga 1 juta, gereja juga 1 juta (katanya dah diamalkan di Selangor).