Mereka berpendapat tindakan itu bukan sahaja melukai perasaan penduduk tetapi perasaan sama dirasai masyarakat Islam seluruh negara kerana seperti mempermain-mainkan agama Islam.
Penduduk Seksyen 18 di sini, Zulkifli Pakdak Karim, 61, mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak mengekalkan sahaja peraturan seperti pemerintahan semasa Barisan Nasional (BN) dulu yang tidak membenarkan arak dijual di kawasan majoriti Islam.
Menurutnya, tidak semestinya peraturan itu perlu ditukar untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu yang ingin melihat penganut agama Islam terus terpesong.
‘‘Saya sebagai rakyat pun keliru dengan pentadbiran sekarang terdapat banyak percanggahan hari ini cakap lain, esok lusa pula cakap lain.
‘‘Perkara seperti ini pun hendak dipolitikkan sedangkan sudah sah arak ini haram di sisi agama Islam,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambahnya, beliau kecewa dengan keputusan itu kerana hak orang Islam seperti sudah tidak ada kepentingannya lagi.
Seorang pesara dari Seksyen 8, Kamal Yusof berkata, tindakan itu seperti membenarkan penjualan minuman keras merata-rata tempat dan menggalakkan sesiapa sahaja membelinya.
Sepatutnya ujar beliau, penjualan arak dihadkan dan tidak dijual di kawasan taman-taman perumahan majoriti Islam.
‘‘Siapa pembeli di kawasan seperti itu, seolah-olah sasaran penjual adalah umat Islam di situ,’’ katanya.
Beliau mendakwa, kerajaan negeri seperti ingin mencari populariti murahan dengan membesar-besarkan isu penjualan arak itu.
Kamal seterusnya berharap isu itu tidak mengelirukan masyarakat tempatan kerana yang pasti arak tetap haram.
Seorang lagi penduduk Seksyen 8, Mohd. Khalid Abu Hassan berkata, tindakan Menteri Besar itu seperti didalangi orang lain yang mahu melihat Islam terus terlibat dengan perbuatan yang ditegah agama.
Keputusan kerajaan negeri itu juga, katanya, seperti penghinaan kepada orang Islam dan beliau berharap orang Islam bersatu untuk mempertahankan agama itu.
Bagi Khairul Amir Mohd. Roslan dan Romaini Hazizan, 21, keputusan itu memudahkan remaja mendapatkan minuman keras atas perasaan ingin mencuba dan seterusnya menjadi ikutan kepada rakan-rakannya.
Dua penuntut di pengajian tinggi di sini, Harianti Shahril dan Noraini Abdullah berpendapat, perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana golongan belia kini mudah dipengaruhi rakan-rakan mereka termasuk mengambil minuman keras.
Seorang pekerja swasta, Roslan Mohd. Rosl, 27, dari Sri Muda dekat sini turut tidak setuju dengan keputusan kerajaan negeri itu kerana ia seperti mendorong berlakunya kerosakan akidah dan masalah sosial.
‘‘Membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu dan Islam sebagai satu penghinaan dan amat dikesali,’’ katanya.
Bagi pesara Mohammed Amir Hassan, 60 dan Rashid Abu Bakar, 61, keputusan tersebut menunjukkan kepimpinan negeri sudah tidak sensitif dengan hukum agama Islam.
‘‘Kerajaan negeri tidak sensitif mengenai isu itu dan apa yang dikesali Menteri Besar merelakan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu di sini,’’ katanya.
Padan muka korang ... salah korang juga nak tukar kerajaan.... nah amik ler korang.
BalasPadamSLM BRO..INI YG DI KATAKAN DH TERHANTOK BARU NAK TERGADAH. KLUMEREKA NAK UBAH, UBAH LAH SKRG. PEGI BERARAK DEPAN PJBT MB MINTAK DIA LETAK JAWATAN ABIS CITER!
BalasPadam