Keadaan menjadi riuh rendah apabila Lim Soo Nee (PKR-Kulim) menyebut ’kerajaan BN paria semasa berkuasa” ketika membahaskan isu pusat penyembelihan babi sebaik Datuk Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) selesai menjawab soalan tambahan Dr Cheah Soon Hai (BN-Derga) mengenai perkara itu.
Tindakannya mendapat reaksi segera Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang), Tajuddin Abdullah (BN-Belantek), Mohd Rawi Abdul Hamid (BN-Air Hangat) dan lain-lain wakil rakyat BN yang meminta beliau menarik balik perkataan itu yang disifatkan sebagai kasar.
Paria merujuk kepada orang atau golongan paling rendah kastanya dalam masyarakat India.
Lim yang pada awalnya enggan menarik balik ungkapannya dengan berkata ’paria tidak kasar sangat’, bagaimanapun menarik balik perkataan itu selepas Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata perkataan “paria” menjadi kasar bergantung kepada orang yang mendengarnya.
Suasana hangat itu tidak terhenti di situ apabila Mohd Rawi sekali lagi menempelak Lim semasa membahaskan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan dan Taman Perindustrian Teknoloji Tinggi Kulim.
“Inilah kali pertama perkataan yang tidak sepatutnya digunakan dalam Dewan Yang Mulia ini diucapkan oleh wakil rakyat dari PKR,” katanya.
Sebelum itu, Amiruddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, Bioteknoloji dan Pembangunan Usahawan negeri berkata pusat penyembelihan babi di Kampung Tok Pawang, Gurun hanya menunggu kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Katanya kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju dengan pemilihan tapak tersebut yang akan menggunakan sistem moden dengan mengitar semula bahan buangan.
Ekeng tak mau komen panjang!
BalasPadamNampak sangat pemimpin-pemimpin bukan Melayu dari PKR begitu lantang dan banyak menyerang orang Melayu dan agama Islam. Apakah trend ini sengaja dicipta untuk menyakitkan hati dan perasaan orang Melayu dan umat Islam? Ataukah mereka ini sudah tidak segan-silu atau sudah naik tocang kerana 'sleeping partner' Melayu (dan Islam) mereka pun pernah memaki hamun orang Melayu Islam dengan bahasa yang lebih dahsyat?
Mustahil pemimpin politik seperti Lim Soo Nee tidak tahu makna 'paria' dan sensitifnya perkataan atau panggilan tersebut bagi masyarakat India? Kalau Lim Soo Nee nak tau kasar atau tak kasar, suruh dia sebut 'paria' kat Ahli Parlimennya (Padang Serai), Gobalakrishnan. Kalau Golabalakrishnan boleh senyum lagi dan tak marah, maknanya 'paria' tu tak kasar.
Kalau masih tak puas, dan nak yang panjang, pi kat Blog Ekeng:-
http://cicittoknadoq.blogspot.com/
Inilah akibat Melayu lemah dan berpecah. PR Melayu memerintah hanya boneka kepada DAP sial. Melayu sendiri sanggup mengadaikan hak Melayu di tanah Melayu sendiri. Apa kah Melayu sendiri tak mahu cucu cicit hidup lama di bumi ini? Sanggupkah kita melihat Melayu sendiri jadi pelarian!!! Tanya sama hati
BalasPadamSalam,
BalasPadamKenapa kita nak herankan, PAS yang mengajar mereka kurang ajar...... itulah pendekatan Islam yang PAS war-warkan.....
Salam Ziarah...blog hebat!.
BalasPadam