tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 4 April 2009

PENGUNDI BUKIT GANTANG PERLU KETAHUI SIAPA NIZAR SEBELUM MENGUNDI



Pengundi dinasihatkan mengenali terlebih dahulu siapa Nizar sebelum kita membuang undi pada 7 April nanti...Pengundi di Bukit Gantang wajar menolak Nizar kerana Nizar bukan anak jati Bukit Gantang.Pertama sekali rakyat Bukit Gantang perlu tahu yang Nizar telah difatwakan sebagai penderhaka kepada sultan perak oleh mufti negeri kerana Nizar terus mengacau bilaukan politik negeri perak yang selama pemerentahan BN tiada satu pun perkara sebegini terjadi.

Pengundi Bukit Gantang juga perlu tahu kerana sejak Nizar berkuasa diPerak dilihat rakan Nizar iaitu DAP sudah mula mempersoalkan kedudukan orang melayu dan mempersoalkan kuasa sultan Perak.Perkara sebegini tidak pernah terjadi dalam zaman pemerentahan BN.

Pengundi Bukit Gantang juga perlu tahu sejak Nizar berkuasa tiada apa pembangunan ekonomi yang dibawa oleh Nizar sebaliknya menghancurkan ekonomi kerana asyik mencari kelemahan BN tanpa ada satu perancangan untuk menaikan ekonomi orang orang Perak terutama anak anak muda yang semakin banyak menganggur sejak dari Nizar berkuasa.Disamping itu Nizar juga mengheret anak anak melayu untuk berdemonstrasi dimana ada yang sanggup terbaring dijalanraya kerana ingin mempertahankan sikap tamaknya untuk terus berkuasa.Perkara sebegini tidak pernah terjadi dizaman BN.

Pengundi Bukit Gantang juga perlu tahu yang Nizar bukanlah calon yang di cadangkan oleh PAS sebaliknya adalah calon pilihan Ngeh kor ham .Untuk pengetahuan pengundi Bukit Gantang Ngeh lah yang berkuasa dalam pentadbiran negeri Nizar.Nizar hanya boneka pada DAP.Nizar akan tunaikan segala kehendak Ngeh dan ini termasuklah isu pemberian tanah kepada orang cina dikampong baru selama 999 tahun.Kenapa la Nizar sanggup mengikut telunjuk Ngeh.Pengundi juga perlu tahu kenapa selama Nizar berkuasa tiada oranhg melayu yang dapat tanah selama 999 tahun.Ini menunjukan nizar bukan pembela pada orang melayu di Perak. Malah Nizar tidak mahu melihat orang melayu maju.






Nizar juga seorang yang tidak mahu melihat anak anak orang melayu menjadi cerdik pandai dan kerana itulah Nizar

[zahid1.jpg]


(anak-anak dibiarkan tidak terbela demi kepentingaan politik, dimanakah terbelanya anak-anak kita???)




(anak-anak disuruh belajar di bawah pokok supaya besar nanti mereka boleh buat sidang Dun bawah pokok)

Perkara sebegini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN.Pengundi Bukit Gantang juga perlu tahu yang Nizar dilihat berpewatakan lembut tetapi bila bercakap ketika hilang jawatan, beliau tiba-tiba menjadi sombong. Kalau Nizar dapat menerima hakikat ini, tentulah beliau tidak bertukar watak menjadi manusia yang begitu angkuh dan sombong apabila kehilangan jawatan, keistimewaan dan kedudukan. Apakah ini watak yang akan menjadi idola kepada generasi muda di Perak? Apakah watak-watak berbaring atas jalan raya, bertindak biadap ke atas kenderaan rasmi Raja Muda Perak dan melontar pelbagai objek ke arah kenderaan VIP adalah watak-watak yang ingin menerajui Negeri Perak nanti.

Nizar terlalu lemah mengawal nafsu amarahnya. Sebenarnya peperangan melawan nafsu adalah perjuangan yang amat mulia. Bagaimana jika Nizar kalah dalam pilihan raya? Apakah nanti pengundinya dianggap sebagai bodoh kerana tidak memilih beliau sebagai wakil rakyatnya?Kita dengar nasihat Mufti. Belajarlah menerima qada dan qadar. Kalau kita boleh dengar nasihat Anwar Ibrahim, kenapa kita tak mahu dengar nasihat Mufti. Kalau kita boleh dengar nasihat Datuk Ngeh Koo Ham, kenapa kita mahu tolak nasihat Mufti. Kalau kita boleh dengar nasihat V. Sivakumar (Speaker DUN Perak ketika Nizar menjadi Menteri Besar), mengapa kita mahu mengenepikan Titah Baginda Sultan?


Nizar diberikan amanah oleh Sultan Perak untuk mentadbir negeri sebaik sahaja Pakatan Rakyat terbentuk pada April 2008. Amanah diberikan kepada Nizar kerana sifatnya sebagai pemimpin PAS dan satu-satunya orang Melayu yang memenuhi kriteria untuk menerajui kerajaan negeri (Melayu, Islam dan berpendidikan agak tinggi). Nizar juga menerima amanah dari Ngeh dan Nga dari DAP.untuk mengutamakan puak-puaknya atas dasar kebajikan.




Kepada pengundi Bukit Gantang ,fikirkanlah apa yang akan terjadi sekiranya Nizar yang dipilih sebagai wakil kita di parlimen.Nizar akan menjadi lebih sombong dan bongkak dan akan mengatakan saya adalah pemimpin yang direstui DAP.Orang bukit Gantang akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan kerana perjuangan Nizar bukan untuk membela rakyat tapi lebih kepada perasaan balas dendam pada orang melayu yang menjatuhkan nya dari tampuk kuasa.Inilah wajah Nizar yang sebenar.


Apa yang pelik, Ir Mohamad Nizar yang merupakan pemimpin Pas tidak pula menekankan penganugerahan tanah-tanah kepada sekolah-sekolah persendirian agama sebaliknya mendahulukan sekolah persendirian Cina yang jelas lebih berwang daripada sekolah persendirian agama.

KEPADA SELURUH PENGUNDI BUKIT GANTANG ,SEBENARNYA BANYAK LAGI KELEMAHAN DAN KEGAGALAN NIZAR YANG PERLU PENGUNDI KETAHUI.iNSYAALLAH AKAN KITA BONGKAR SIAPA NIZAR SEBENARNYA.

INSYAALLAH SEMOGA ALLAH AKAN MEMBUKA PINTU HATI KITA UNTUK MENILAI SIAPA PEMIMPIN YANG LAYAK UNTUK MEMIMPIN KITA .SEMOGA NIZAR SEDAR AKAN KESILAPANNYA DAN TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT SUDAH MENOLAK KEPIMPINAN NYA DIPERAK.

KITA RENUNG RENUNGKAN LA.....LU PIKIR LA SENDIRI.

7 ulasan:

  1. tahniah atas paparan biografi di atas yang menarik. cuma.. biasalah. apa yg orang lain kata kat BN, apa-apalah.. hang tetap sokong BN! ye tak?

    begitu juga aku. apa2 hang kata kat PAS, aku tetap sokong PAS.

    kita semua ada pilihan. aku suka sambal tumis, hang pulak suka parpukari. selera kita tak sama. good luck in Bkt Gantang.

    BalasPadam
  2. Nak undi buat apa UMNO? UMNO KORUP dari dulu, kini dan selama-lamanya!

    BalasPadam
  3. Nak undi buat apa UMNO? UMNO korup dari dulu, kini dan selama-lamanya! 7hb ni kita sama-sama keluar mengundi. Kita tolak UMNO sampai lingkup, insyaallah.

    BalasPadam
  4. blog lu ni mcm budak2 punye blog tkde fakta langsung hahhha bodo sial blog ko ni hAHHHHhHAHAH

    BalasPadam
  5. blog dungu yang amat menyentuh perasaan,sesuai dibaca didalam jamban kah kah kah.

    BalasPadam
  6. Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak”.

    Ahli2 panel akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.

    Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.

    Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.

    Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.
    Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.

    Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahyang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact).

    Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu - 15 Mei 2009.

    Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

    Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu,

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
    Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

    Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

    Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak

    Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.

    Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.

    Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan kononya tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.

    Adakah hanya kerana 3 ADUN, Sultan dikehendakai bubar DUN? Dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan?

    Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?

    Saya dah berulang-ulang kali mengatakan bahawa jika pengundi2 merasakan mereka telah ditipu dan tertipu dengan calon DUN mereka – bukankah yang “menipu” adalah calon tersebut – dimanakah salah Sultan? Adakah calon tersebut disarankan Sultan atau PKR/DAP? Siapa yang cuai dalam mencalonkan ADUN2 yang melompat tersebut? Maka siapa sebenarnya cuai - Sultankah?

    Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    BalasPadam
  7. Kerana adanya gambar Toyota Camry diblog ini, maka saya terpanggil sekali lagi untuk mengomen berkenaannya.

    Perumpamaan seorang dipecat dari jawatan oleh majikannya, pekerja yang dipecat akan mencabar keputusan majikannya di Mahkamah Perusahaan (industrial court) bahawa pemecatannya adalah tanpa sebab dan tidak munasabah (without just cause n excuse).

    Sementara menunggu Mahkamah membuat keputusan, apa hak si pekerja ini?

    Apakah dia berhak pergi / masuk ke tempat kerjanya, mengambil dan menggunakan aset (harta) bekas majikannya?

    Apakah dia berhak mendapat gaji dan elaunnya?

    Bolehkah perkerja tersebut yang sudah dipecat mengambil dan menggunakan harta majikannya tanpa restu majikannya?

    Adakah tindak tanduk sebegitu boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan mencuri?

    Pekerja yang dipecat biasanya menunggu keputusan Mahkamah dan tidak perlu hadir ke tempat kerjanya dan tidakberhak kepada gajinya (dan ealun), dan jika kelak mahkamah memutusakan dia dipecat tanpa sah dan sebab munasabah, maka dia layak kepada gajinya dari tarikh dia dipecat dan apa-apa ganti rugi yang patut dan wajar.

    Maka saya bersependapat dengan kenyataan dibolg ini;;

    http://pemudasubang.com/v5/?p=1042

    beberapa petikan dari blog diatas;
    Bekas MB Perak keliru?
    March 28, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
    Dalam kategori Hal Semasa, Perak
    IPOH 27 Mac - Pemahaman bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa beliau berhak menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri sehingga mahkamah membuat keputusan kes siapa Menteri Besar yang sah adalah salah.

    "Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, Mohammad Nizar sebagai pihak yang menuntut dalam kes itu mesti menyerahkan kenderaan rasmi itu terlebih dahulu dan menunggu keputusan mahkamah."

    ”Jika keputusan memihak kepada bekas Menteri Besar, barulah beliau berhak ke atas kenderaan itu dan pada lazimnya, beliau juga berhak mendapat ganti rugi yang setimpal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Persoalannya berbalik kepada penguatkuasaan undang2 (pendakwaan) seperti apa yang telah dinyatakan oleh Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Disnilah Penashat Undang 2 Negeri Perak perlu memainkan peranannya memberikan nasihat undang2 kepada Pentadbir2 Kerajaan Negeri Perak agar bertindak sewajarnya.

    Pada masa yang sama. MB Dato Zambri Kadir dan Exconya berhak kepada gaji dan elaun mereka serta apa-apa imbuhan selari dengan tugas dan kedudukan mereka. malainkan Mahkamah kemudiannya mengataka perlantikkan mereka tidak sah, Dato Zambri dan exconnya berhak (seperti pendapat Dato Seri Utama Dr Rais Yatim) menjalankan tugas masing2 sebagai MB Perak dan exco kerajaan negeri selagi tiadanya injunksi mahkamah menghalang mereka (Dato Zambri) berbuat demikian.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 (Jabatan Undang Awam)IIUM.

    Sila lawati pendapat Dato Seri Utama Dr Rais Yatim (Sedikit petikan saja)

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090308000611/Article/index_html
    Soal Jawab: Sultan Perak miliki kuasa lantik Menteri Besar sesuai Undang-Undang Tubuh Negeri
    Oleh Rasid Rahaman dan Siti Almizan Aripin
    Bloggers turut memperkecilkan fungsi Sultan?
    Kita lemah dari segi penguatkuasaan undang-undang. Dan apabila saya nyatakan begini, saya tidak fikir ramai yang tidak bersetuju. Majoriti bersetuju apa saya rasakan. Kita ada Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama ada puncanya berasaskan kepada radio, televisyen atau blog di dalam internet, ia sama seperti seseorang itu menulis. Sebab niat yang wujud akibat perbuatan itu untuk mewujudkan suasana menghasut atau perasaan syak wasangka hingga menyebabkan perpaduan masyarakat berpecah. Jadi dengan itu, pihak berkuasa harus terus mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan atau Akta Polis dan ada beberapa akta lain. Dan tidak semestinya kita guna ISA. Saya cuma bercakap dari hal undang-undang semata-mata. Ini bukan soal hendak mempolitikkan sesuatu isu. Seharusnya, penulis blog ini sudah menerima saman dan juga untuk hadir di mahkamah. Jadi kita bandingkan kalau di beberapa negara jiran, mereka tidak berani menulisnya di blog, kenapa mereka berleluasa di Malaysia. Sebab mereka tahu kita tidak menjalankan tugas asas untuk menyusul sesuatu tindakan mengikut undang-undang.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH