Pada peringkat awal, menurut cerita dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Firus Khairuddin memang telah diminta untuk melepaskan jawatannya kerana tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan.
Beliau juga kesal kerana PKR tidak mempertahankannya seperti dilakukan ke atas ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan bekas ADUN Bukit Selambau V Arumugam. Fairus menafikan dakwaan beliau mengabaikan tugasnnya sebagai wakil rakyat.
Kemudian, apabila beliau kelihatan ‘liat’ untuk lepaskan jawatannya, konon kisahnya, ada pihak dalam PKR yang membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendakwa Firus ada menerima ‘sumbangan’ daripada seorang tauke kauri.
Maka hasil laporan tersebut ia telah memberikan tekanan yang berat kepada Firus yang pada akhirnya meletakkan jawatan.
Namun, setelah proses siasatan dijalankan, SPRM memutuskan untuk tidak mendakwa Firus kerana tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.
Menurut kenyataan SPRM seperti yang dilaporkan Bernama hari Khamis, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.
Jadi adakah SPR akan membatalkan prk Penanti nanti?Mungkin ada kemungkinan SPR akan membatalkannya kerana perletakan jawatan Fairus bukan atas kerelaannya sebaliknya beliau telah ditekan oleh DSAI dan PAS.DSAI ingin menggunakan kesempatan prk ini untuk menghentam Umno dan BN yang baru sahaja bertukar kepimpinan.Seandainya prk tidak perlu diadakan apakah Fairus akan terus berada didalam PKR setelah PKR sendiri ingin membunuh karier Fairus dalam politik .
Disini lah ada kemungkinan Fairus memilih Umno sebagai perjuangannya setelah PKR dan Anwar tersilap dalam percaturan politik tamaknya.Sebenarnya Anwar tak sabar untuk menunggu hasil siasatan SPRM kerana Anwar terlalu iri hati dengan DSN kerana DSN baru sahaja menjadi PM.
Kemungkinan fairus menyertai Umno juga besar kerana Fairus pernah memberi kata dua kepada PKR supaya membersihkan namanya yang dipercayai mengenai isu dakwaan penyelewengan kuari.Jika tidak beliau akan dedahkan maklumat dalaman mengenai satu skandal kerajaan negeri dan PKR.Beliau mempunyai maklumat dalaman mengenai operasi dalaman pakatan pembangkang.
Fairus juga mendakwa sebab itu PKR selama ini tidak mengambil tindakan keatasnya dan beliau menjadi mangsa dalaman untuk kenakanya .Fairus juga kesal kerana PKR tidak mengambil tindakan pada Adun Bukit Lanjan dan bekas Adun Bukit Selambau .Apa yang dinyatakan fairus ini tentunya mengundang berbagai andaian dan yang pasti Fairus mengetahui banyak perkara kepincangan PKR.
Jadi andaian PKR yang mengatakan Fairus ingin melanjutkan pengajian kemungkinan juga satu muslihat Anwar untuk menutup kelemahannya.Pada Fairus saya menyarankan agar pilih lah Umno.
Umno tidak akan menekan pemimpinnya hanya kerana persepsi.
Propaganda...propaganda! UMNO harus berhati-hati dengan semua keputusan yang dibuat, takut nanti kelemahan orang lain berjaya dikaburi, kelemahan sendiri terselak!
BalasPadamhttp://pilihan-anda.blogspot.com
Saya lagi kecewa dengan berita ini...Mana STUDENT UITM...pergi demo lah...ooo depa tengah pereksa...
BalasPadamUMno Gadai Melayu
Antara isu yang menarik adalam berita nasional semalam ialah mengenai penghapusan keperluan pegangan 30% ekuiti Bumiputera dalam 27 sektor kecil perkhidmatan. Dalam keadaan negara masih gagal mencapai sasaran 30% ekuiti bumiputera seperti yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru, nampaknya Najib Razak mengambil langkah berani menghapuskan terus Dasar ini sepertimana yang diminta oleh Parti MCA, Gerakan dan MIC, rakan parti komponennya dalam BN.
Sekiranya kita masih ingat, perkara yang sama juga pernah dibangkitkan oleh kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sedikit masa dahulu namun akibatnya beliau dicerca oleh keseluruhan pimpinan dan ahli Umno BN termasuk pimpinan NGO Melayu. Akibatnya isu ini terhenti begitu sahaj dan menjadi tidak popular untuk dibangkitan lagi. Nah keadaan kini menjadi sebaliknya. Kalau sebelum ini pimpinan Pakatan Rakyat yang membangkitkan persoalan perlunya pegangan 30% ekuiti Bumiputra dihapuskan, namun sekarang Najib Razak, pemimpin no. 1 pula yang bersuara.
Persoalannya adakah pula selepas ini pemimpin melayu Umno ataupun NGO Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak ini? Ketika pemimpin UBN terus menerus menyerang Nizar kerana menjadi boneka DAP, adakah tindakan Najib Razak ini tidak boleh dipersoalkan?
Untuk pengetahuan kita, ini bukanlah tindakan membunuh usahawan kaum Melayu yang pertama dibuat oleh Najis Razak selepas menerima jawatan Menteri Perdana Malaysia ini. Sebelum ini juga, dalam memperkenalkan barisan kabinet kerajaan pimpinannya yang baru, beliau juga telah menghapuskan satu kementerian yang amat penting dalam pembangunan usahawan kaum Melayu iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan hanya menyerap fungsi tugas kementerian itu kepada 8 Kementerian yang berlainan. Aku harap akan ada pemimpin Umno seperti Ibrahim Ali mahupun Raja-raja Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak kali ini.-budakIpohTimur blog
segelintir melayu bolehlah kamu bohong tetapi bukan semuau orang melayu dimalaysia ini.UMNO tak relevan lagi,tunggu hari sahaja.
BalasPadamkami sebagai warga penanti lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Jikalau sebelum pilihanraya dan semasa berkempen tiap-tiap hari muka beliau boleh dilihat disetiap pasar malam ataupun disekitar Pekan Kubang Ulu. Setiap cerok kedai kedai kopi boleh dilihat muka beliau. Bersalaman ataupun tersenyum semasa menyapa para penduduk. Dan selepas memenangi pilihanraya hanya sekali sekala sahaja wajah beliau boleh dilihat bersama rakyat itupun apabila ada acara yang dibuat di Masjid Kubang Semang ataupun masjid disekitarnya.
BalasPadamPercayalah UMNO di Penanti sudahpun mati yang tinggal hanyalah serpihan ahli yang mempunyai jawatan ataupun konco-konconya yang masih mengharapkan projek untuk mencari makan. Janganlah percaya dengan berita dari akhbar penyokong UMNO yang hanya tahu melaporkan berita yang hanya ingin menjaga hati pemimpin UMNO. Turunlah sendiri kesetiap pasar malam ataupun pasar pagi ataupun kepusat pengajian ditempat Ustaz Muttalib ataupun Ustaz Bakar membaca kitab dan lihatlah betapa ribuan yang hadir tak kira tua ataupun muda. Melainkan ahli UMNO yang tidak hadir kesana tidak akan mengetahui hal yang sebenarnya. Majoriti undi yang dimenangi adalah hasil daripada kesedaran kerana sikap UMNO negeri Pulau Pinang yang bercakap tidak serupa bikin. Kononnya menjaga kepentingan Melayu tetapi tanah di Pulau Pinang tergadai kepada bangsa asing. Cuba lihat di Kubang Ulu, Kampung Pelet, Jalan Berapit berapa luas bukit yang ditarah untuk diambil batu dan tanah merah. Kesemuanya milik bangsa asing. Dimanakah milik orang melayu. Setiausaha UMNO Pulau Pinang Cikgu Azhar ADUN Penaga yang sememangnya dikenali sebagai kaki buli bercakap bagai nak pecah bukit tapi hampas yang ada. Tidakkah beliau terfikir perasaan orang melayu apabila tanah tergadai kampung halaman lenyap kerana pembangunan yang tidak mempunyai faedah terhadap orang Melayu.
Kalau ke penanti cuba lihat bukit yang saujana mata memandang yang dipenuhi dengan kubur bangsa asing. Masjid orang islam hanya sekangkang kera kawasan kuburnya. jadi dimanakah UMNO semasa orang Penanti dalam kesusahan. Fairus yang disebut hendak melompat ke UMNO akan disisihkan oleh majoriti penduduk Penanti dan sekitarnya. Kita lihatlah nanti. Itupun hanya andaian sahaja. Dan saya rasa perkara ini tidak akan terjadi.
....masa derama memali dalam TV macam maner?, bila bapa kencing berdiri anak kencing berlari......
BalasPadamSebenarnya Umno dah dari dulu hilang matlamat nak membela bangsa. Rakyat yang dah terlalu meluat cuba lari mencari payung baru. Rupanya sama jer. PKR terlalu liberal utk mempertahankan bangsa dan agama. PAS pula sudah lesu dan malu-malu utk menyebut undang-undang Islam. Yang ada ialah Islam liberal sama seperti Sisters in Islam esp Nik Aziz.
BalasPadamKesimpulannya : semua parti busuk dan kotor. Umno, PKR dan PAS semua menjahanamkan bangsa dan agama. Moga Sultan-sultan Melayu yang sudah sedar dapat melantik individu yang ikhlas memperjuangkan agama dan mempunyai kekuatan hubungan dengan Tuhan, bukan dari golongan ahli politik yang munafik
- Rakyat Melayu-Islam