Kemudian, apabila beliau kelihatan ‘liat’ untuk lepaskan jawatannya, konon kisahnya, ada pihak dalam PKR yang membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendakwa Firus ada menerima ‘sumbangan’ daripada seorang tauke kauri.

Maka hasil laporan tersebut ia telah memberikan tekanan yang berat kepada Firus yang pada akhirnya meletakkan jawatan.

Namun, setelah proses siasatan dijalankan, SPRM memutuskan untuk tidak mendakwa Firus kerana tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Menurut kenyataan SPRM seperti yang dilaporkan Bernama hari Khamis, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.


Jadi adakah SPR akan membatalkan prk Penanti nanti?Mungkin ada kemungkinan SPR akan membatalkannya kerana perletakan jawatan Fairus bukan atas kerelaannya sebaliknya beliau telah ditekan oleh DSAI dan PAS.DSAI ingin menggunakan kesempatan prk ini untuk menghentam Umno dan BN yang baru sahaja bertukar kepimpinan.Seandainya prk tidak perlu diadakan apakah Fairus akan terus berada didalam PKR setelah PKR sendiri ingin membunuh karier Fairus dalam politik .


Disini lah ada kemungkinan Fairus memilih Umno sebagai perjuangannya setelah PKR dan Anwar tersilap dalam percaturan politik tamaknya.Sebenarnya Anwar tak sabar untuk menunggu hasil siasatan SPRM kerana Anwar terlalu iri hati dengan DSN kerana DSN baru sahaja menjadi PM.


Kemungkinan fairus menyertai Umno juga besar kerana Fairus pernah memberi kata dua kepada PKR supaya membersihkan namanya yang dipercayai mengenai isu dakwaan penyelewengan kuari.Jika tidak beliau akan dedahkan maklumat dalaman mengenai satu skandal kerajaan negeri dan PKR.Beliau mempunyai maklumat dalaman mengenai operasi dalaman pakatan pembangkang.


Fairus juga mendakwa sebab itu PKR selama ini tidak mengambil tindakan keatasnya dan beliau menjadi mangsa dalaman untuk kenakanya .Fairus juga kesal kerana PKR tidak mengambil tindakan pada Adun Bukit Lanjan dan bekas Adun Bukit Selambau .Apa yang dinyatakan fairus ini tentunya mengundang berbagai andaian dan yang pasti Fairus mengetahui banyak perkara kepincangan PKR.


Jadi andaian PKR yang mengatakan Fairus ingin melanjutkan pengajian kemungkinan juga satu muslihat Anwar untuk menutup kelemahannya.Pada Fairus saya menyarankan agar pilih lah Umno.

Umno tidak akan menekan pemimpinnya hanya kerana persepsi.