Suhu panas politik Terengganu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan boleh ditangani kerana ia hanya melibatkan perbezaan pendapat, demikian ditegaskan Perdana Menteri.
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengarahkan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu yang enggan hadiri sidang dewan negeri supaya menghadirkan diri mereka serta merta.
Sidang DUN Terengganu akan berakhir Rabu.
“Saya dah dapat laporan yang mengatakan bahawa tidak ada kesahihan yang menunjukkan SMS ugutan itu berpunca dari pejabat Menteri Besar. Maka dengan ini saya minta mereka hadir dalam sidang negeri.
“'Ia bukan sesuatu yang luar biasa dan saya yakin kami boleh tangani. Bagaimanapun saya akan buat kenyataan tidak lama lagi,' katanya.
Najib berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Skim Modal Kerja dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri di Putrajaya, hari Selasa sebagai mengulas perkembangan terbaru politik yang berlaku di Terengganu.
Perkembangan tersebut turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan agar tindakan 10 ADUN tersebut tidak akan menjejaskan kedudukan BN sebagai kerajaan di negeri itu.
Katanya, sebagai kerajaan yang dipilih oleh rakyat, keutamaan adalah melaksanakan kerja yang dipertanggungjawabkan dan sebarang perselisihan yang boleh menjejaskan BN perlu segera diselesaikan.
Sehubungan itu beliau akan akan menemui Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas insiden yang berlaku.
Walaupun hari ini 10 ADUN tersebut memberikan alasan adanya SMS berbaur ugutan mengancam keselamatan mereka, terdapat juga cakap-cakap yang menyebut adanya usaha daripada kalangan ADUN BN yang hendak membawa undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.
Isu perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum lalu mencetuskan ketegangan politik di negeri itu apabila pihak Istana tidak menerima nama Datuk Seri Idris Jusoh yang dicadangkan oleh Perdana Menteri ketika itu.
Sebaliknya pihak Istana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan pucuk pimpinan BN Pusat menerima keputusan yang dibuat oleh pihak Istana tersebut.
Sementara itu, Ahmad Said ketika mengulas mengenai perkembangan yang berlaku berkta, beliau tidak tahu menahu mengenai adanya SMS ugutan yang diterima oleh tiga ADUN berkenaan.
"Saya tak berani komen apa-apa sebab saya tak tau cerita,” katanya sambil menegaskan oleh kerana kes berkenaan telah dilaporkan kepada pihak polis, maka beliau menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan yang sewajarnya..
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan memberikan jaminan bahwa polis akan memastikan keselamatan ADUN-ADUN terbabit.
Katanya, ADUN berkenaan tidak perlu bimbang kerana polis sedang menjalankan siasatan yang terperinci mengenai SMS ugutan yang diterima oleh mereka.
Namun, meski pun telah diberikan jaminan, ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid tetap dengan pendirian bahawa beliau dan sembilan lagi ADUN tidak akan hadir Sidang DUN berkenaan sehingga suspek yang menghantar SMS itu dikenakan tindakan
Kamal..
BalasPadamKetuk dulang paku serpih..
Mengata Pembangkang...
Rupa2nya, kau yg lebih
walau apa terminologi yang yang dipakai bagi saya kalau tak setuju dengan pilihan sultan itu tetap derhaka namanya.
BalasPadamYe lah tu......
BalasPadamSiap SMS ugutan...masih sekadar berbeza pendapat...?
hehehe
At least PR takde ler sampai nak ugut2 bunuh hehehe
Jika UMNO melawan titah Sultan, maka anda mengatakan perselisihan pendapat, tetapi jika pembangkang anda mengatakan derhaka. Bukalah mata, jika pemimpin terdahulu tidak disukai istana maknanya adalah perkara yang tidak betul dibuat jangan ingat Sultan itu bodoh. Kisah di Terengganu berbeza dengan kes di Perak. Di Perak adalah rampasan dan di Terengganu adalah orang UMNO yang melanggar titah Sultan.
BalasPadam