Perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara minggu lalu sengaja dianjurkan oleh Anwar untuk mengalih pandangan rakyat terhadap pelbagai krisis yang dihadapi pakatan pembangkang.Perhimpunan itu hanya taktik menutup kelemahan dan pergeseran yang mula ditunjukkan pakatan pembangkang khususnya di negeri-negeri yang di kuasai mereka.Senario ini sebenarnya adalah bukti wujud gerakan-gerakan politik yang sanggup merosakkan keamanan dan keharmonian dalam negara semata-mata untuk meraih keuntungan politik.
Lihat sahaja dinegeri negeri yang pembangkang kuasai dimana kesemuanya mempunyai masaalah.Cuba kita lihat diUtara dimana kemelut Kampong Buah Pala telah berlarutan tanpa ada sebarang komitmen dari Kerajaan Pakatan untuk menyelesaikan masaalah ini.Inilah hasil dari tindakan salah rakyat yang terlalu mengharapkan keajaiban dari pembangkang yang akhirnya membebankan rakyat.
DiSelangor juga menghadapi masaalah dimana bermula dengan dakwaan wujudnya rangkaian samseng dengan Exco kerajaan negeri itu, kemudian Naib Presiden PKR Azmin Ali mendesak agar rombakan dibuat terhadap barisan Exco Selangor, muncul pula kes-kes penyelewengan peruntukan wakil rakyat di kalangan Exco dan ADUN.
Terbaru, sekutu parti yang membentuk kerajaan campuran di negeri berkenaan, PAS membuat desakan terbuka agar Exco Kerajaan Tempatan , Penyelidikan dan Pembangunan, Ronnie Liu digugurkan daripada barisan Exco negeri.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dalam kenyataanya hari Selasa mahu Ronnie digugurkan kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum.
Malah secara khusus, Dr Hassan berkata, Ronnie juga sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan.
Kenyataan terbuka PAS itu berpunca daripada tindakan Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang dirampas daripada peniaga yang melanggar peraturan.
Ini bukan serangan pertama terhadap Ronnie kerana sebelum ini beliau dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabatnya turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.
Ronnie sendiri mengakui sebelum ini memang ada usaha dari dalam DAP dan pakatan pembangkang sendiri untuk menjatuhkan beliau.
Untuk rekod, Ronnie kini mempunyai kes di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.
Sejak era reformasi pada tahun 1998, Ronnie adalah kalangan pemimpin DAP yang dilihat memainkan peranan penting dalam DAP menjalinkan hubungan dengan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah beliau sering terlibat dengan ‘usaha belakang tabir’ antara DAP dan PKR.
Mungkin kerana rakyat sudah sedar akan kelemahan kerajaan Pakatan dimana sewaktu prk Manek Urai walaupun Pas menang tapi Umno telah berjaya mengurangkan majoriti Pas dan ini telah menakutkan Pembangkang dan disinilah Anwar telah melakukan sesuatu agar perhatian rakyat kepada BN perlu dialihkan agar pada prk Permatang Pasir nanti pakatan akan ada isu untuk dijaja.Inilah permainan politik Anwar dimana Anwar hanya memperdayakan rakyat tanpa ada usaha dari pakatan dan Anwar untuk membela rakyat keluar dari kemelut ekonomi dunia.
Anwar dan rakan rakan dalam pakatan harus bertanggungjawab atas apa yang dilakukan semasa perhimpunan haram tempohari kerana ramai orang melayu yang berniaga kecil kecilan disepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman telah mengalami kerugian yang telah menjejaskan periok nasi mereka.Seharusnya Anwar perlu membela mereka tapi sebaliknya menabur pasir kedalam periuk nasi mereka.
Pemimpin jenis apakah ini yang menghancurkan bangsa sendiri.Hanya satu sahaja pilihan kita ...kita hapuskan dan kita kuburkan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir nanti dan pada pilihan raya umum ke 13 nanti.
KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Saya budak baru belajar..dan xfaham kenapa diorang nak mansuhkan ISA? Apakah itu ISA? sila response
BalasPadam