KELANTANGAN DAP terhadap orang Melayu dan agama Islam yang semakin bersemarak sejak akhir-akhir ini sebenarnya berpunca daripada orang Melayu Islam sendiri.
Mereka mendapat sokongan daripada segelintir manusia yang mengaku Islam tetapi bersekongkol dengan parti yang terang-terangan anti-Islam.
Allahyarham Pak Sako pernah berkata, kadang-kadang kita kena jadi biadab dan kurang ajar agar kita tidak terus ditindas.
Keangkuhan segelintir masyarakat daripada kaum lain yang bukan beragama Islam telah merosakkan hubungan harmoni yang sekian lama terjalin antara pelbagai kaum di negara ini.
Kerakusan mereka juga membuatkan sesetengah akhbar berbahasa Mandarin begitu berani mengkritik dan mempersendakan akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia. Ia terbukti menerusi terjemahan akhbar Cina di akhbar ini, semalam.
Keberanian mereka ini mungkin kerana kerajaan kita bersikap terlalu berlembut. Yang membantah dan menentang hanyalah suara-suara Melayu dari UMNO. Yang membuat bising dan melaporkan kemarahan ini adalah akhbar Utusan Malaysia. Akhbar Melayu ini dituduh "hanya membawa agenda Melayu dan laporannya tidak boleh di percayai melainkan tarikh surat khabar sahaja yang betul" - China Press, 7 Ogos.
Kerana tiadanya bantahan dari kerabat mereka dari Pas dan PKR (yang mana arak juga dihalalkan kerana dibenarkan oleh orang Cina dalam DAP) maka kuasa bersuara UMNO telah pincang dan lemah.
Permohonan maaf bagi setiap kebiadaban tidak akan merubah apa-apa. Lihat sahaja kelantangan pemimpin Cina DAP ini dalam penghinaan mereka terhadap Islam. Setakat minta maaf tidak akan menjadi kudis kepada mereka. Itupun permohonan maaf kerana terpaksa. Lepas minta maaf, mereka akan ulangi lagi dan minta maaf lagi. Itu sahaja yang dipinta oleh orang Melayu dan kerajaan. Hanya kemaafan.
Bagi saya, sebilangan pemimpin dalam DAP ini sudah terlalu biadab sehinggakan tidak tahu lagi erti sopan dan berbudi. Mereka tidak boleh ditegur dan dikritik. Bangsa mereka tidak boleh disentuh. Haram bagi bangsa Melayu dari UMNO untuk menegur mereka. Jika ditegur dan dikritik, kita dilabelkan sebagai rasis. Lihat apa terjadi kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sebilangan pemimpin DAP ini sebenarnya mendapat sokongan kuat dari bangsa Melayu sendiri. Mereka disokong oleh pemimpin Melayu pengkhianat bangsa dan negara. Melayu pengkhianat ini dan dibantu oleh konco-konco yang tamak kuasa yang kini berada di Selangor telah menyemarakkan lagi api keberanian pemimpin DAP ini. Inilah punca segala kebiadaban dan kurang ajar mereka terhadap agama Islam dan negara.
Saya tidak memperkatakan tentang mereka yang beragama Islam dalam Pas kerana pendokong parti Islam Pas ini boleh diibaratkan seperti "kucing jantan yang telah dikasi". Itulah Pas dalam pakatan pembangkang.
Kepada kaum bukan Melayu yang masih cintakan Malaysia, tuan-tuan usah risau kerana ini semua hanya ditujukan kepada mereka yang biadap sahaja. Kalau ada yang terasa pedih, perasaan orang Islam yang dihina tentunya lagi pedih berbanding ini.
Kepada pihak berkuasa, amaran mungkin sudah tidak berguna lagi kepada manusia spesies ini. Kenakan sahaja tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau tarik balik kerakyatan mereka. Itu sahaja hukuman yang selayaknya buat mereka. Jangan cuba menjadi Belanda mendapat tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA